Home Tip beli rumah Kira kelayakan loan rumah kerajaan. Guna 3 langkah mudah ini

Kira kelayakan loan rumah kerajaan. Guna 3 langkah mudah ini

6602
3
SHARE
Sumber gambar - jefferylam.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Baru-baru ni, Tok ada baca satu perkara penting.

Ada beberapa perubahan penting yang berlaku kat kriteria kelayakan pembiayaan LPPSA (loan kerajaan).

Ini bermakna, akan berlaku perubahan dalam kiraan apabila arahan ni berkuatkuasa pada 1 Oktober ini.

Dalam Malaysia, ada lebih 1.6 juta pekerja sektor awam. Dan mungkin ada antara mereka yang belum tahu maklumat ni.

Jemput hadamkan ilmu yang Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi kongsikan ini. Tok boleh gerenti, banyak manfaat yang korang bakal dapat.

Ada benda baru yang anda wajib tahu? 

Selaras dengan penguatkuasaan surat edaran JPA, sebarang pembiayaan berkaitan LPPSA tertakluk kepada baki gaji bersih dalam slip gaji, tak kurang daripada 40% daripada gaji kasar.

Ringkasnya, potongan LPPSA dan potongan-potongan lain dalam slip gaji tak boleh lebih daripada 60% gaji kasar.

Korang boleh rujuk surat edaran tu kat bawah ni :

Sumber gambar – LPPSA
Sumber gambar – LPPSA
Nota : Kalau tak jelas, korang klik sini. 

Saya telah masukkan kriteria ini siap-siap dalam pos lama saya tentang cara kira kelayakan pembiayaan LPPSA.

Jemput hadamkan perlahan-lahan.

Kelayakan anda bergantung kat 2 benda ini

Berdasarkan Pekeliling LPPSA Bil. 1/2017 dan Garis Panduan LPPSA Bil. 1/2017, pengiraan kelayakan pembiayaan perumahan sektor awam adalah tertakluk kepada :

  1. Jadual Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam;
  2. Arahan Bayaran Balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun tetap.

Elaun tetap yang diambil kira adalah :

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) / Elaun Perumahan Wilayah (EPW);
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) / Imbuhan Tetap Keraian (ITK); dan
  • Imbuhan Tetap Jawatan Utama / Khas (ITJU)

3 langkah kira kelayakan pinjaman rumah

Bawah ni adalah langkah pengiraan sebelum korang memohon pinjaman kerajaan :

1. Semak kelayakan berdasarkan Jadual Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (atau baki kelayakan jika pembiayaan ke-2), mengikut amaun gaji pokok dan elaun tetap.

2.a. Kira amaun maksimum bagi Arahan Bayaran Balik (ABB) tak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun tetap (atau 50% jika pembiayaan ke-2).

2.b. Kira berapa ansuran bulanan dibenarkan berdasarkan jumlah potongan maksimum 60% dalam slip gaji (potongan sedia ada + potongan baru untuk ansuran bulanan pembiayaan perumahan = maksimum 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap).

3. Ansuran bulanan pembiayaan tertakluk kepada amaun pembiayaan dan tempoh pembiayaan.

a) Amaun pembiayaan : Seperti poin 1, 2.a, dan 2.b.

b) Tempoh pembiayaan :

  • Pembiayaan Pertama :
    • KWSP : Umur tamat perkhidmatan, atau 360 bulan (mana-mana terdahulu),
    • Pencen : Sehingga usia 90 tahun atau tempoh 360 bulan (mana-mana terdahulu)
  • Pembiayaan Ke-2 :
    • KWSP : Umur tamat perkhidmatan, atau 300 bulan (mana-mana terdahulu),
    • Pencen : Sehingga usia 90 tahun atau tempoh 300 bulan (mana-mana terdahulu)

Kalau dalam slip gaji dah ada potongan ANGKASA sampai 50% daripada amaun gaji, tipis la harapan nak dapat pembiayaan perumahan yang tinggi.

Entah-entah tak layak langsung kot, kalau ambil kira potongan-potongan lain contohnya KWSP dan sebagainya.

3 cara elak permohonan loan anda ditolak

Ada 3 cara yang korang boleh buat :

#1 : Jangan sekali-kali buat pembiayaan peribadi

Pastikan potongan dalam slip gaji seminimum yang mungkin, iaitu jangan ambil pembiayaan peribadi.

Ramai yang baru mula kerja terus hentak pembiayaan peribadi maksimum, kemudian slip gaji ‘cacat’ ada ANGKASA sampai lebih 50% gaji.

#2 : Buat pembiayaan rumah seawal mungkin

Bagi skim KWSP, buat pembiayaan seawal mungkin, kerana tempoh maksimum pembiayaan korang sehingga usia tamat perkhidmatan yang lazimnya usia 56 tahun, atau sehingga tempoh 30 tahun.

Maksudnya, buat pembiayaan perumahan LPPSA sebelum usia 26 tahun ‘jika boleh’ bagi membolehkan korang menikmati tempoh pembiayaan maksimum selama 30 tahun pada kadar efektif 4.0%.

#3 : Elak buat pinjaman maksimum

Ini sebab korangs masih boleh guna bakinya untuk pembiayaan kali ke-2. Mulakan dengan membeli rumah yang kecil dan sederhana.

Lagipun, masa mula kerja, gaji masih rendah lagi, kan? Ingat, layak tak semestinya mampu.

Cara kira kelayakan loan rumah yang anda layak dapat

Kiraan ini adalah berpandukan kefahaman saya terhadap 3 bahan rujukan berikut :

  • PEKELILING LPPSA BIL. 1 TAHUN 2017,
  • GARIS PANDUAN LPPSA BIL. 1 TAHUN 2017,
  • PINDAAN 2/17 SOALAN LAZIM : KEMUDAHAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam konsep kiraan, mohon maklumkan. Terima kasih.

Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)
Sumber gambar – Mohd Fadhli Mohd Fauzi (FB)

Dah habis baca? Bila dah tahu ilmu ni, baru korang tahu jumlah kelayakan sebenar korang untuk memohon.

Takde la korang kelam-kabut bila benda ni mula berkuatkuasa pada 1 Oktober nanti.

Nota : Sila SHARE artikel ini, sebab ramai lagi daripada 1.6 juta penjawat awam yang masih tak tahu tentang ini. Mereka boleh belajar sesuatu terutamanya 3 poin atas tadi tu.

3 COMMENTS

  1. ABB 1088.81
    POTONGAN SLIP : 1049.56

    1088.81-1049.56 : 39.25 (memang tak layak nak mohon dah ….arghh stresssss

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here