3 jenis market value ‘rumah busuk’ anda wajib tahu

/, Tip pelaburan hartanah/3 jenis market value ‘rumah busuk’ anda wajib tahu

Apa cara terbaik untuk buat untung dengan pelaburan hartanah?

“Kita bukan buat untung sewaktu menjual. Tapi kita buat untung semasa membeli”

Ayat ni, menjadi sebutan ramai pelabur otai. Dan benda ni memang betul pun. Tapi macam mana nak buat?

Antara yang kita boleh buat, berkait rapat dengan harga hartanah. Jadi, penting untuk korang tahu harga pasaran (market value) sesebuah hartanah tu.

Nak lagi jelas? Hadamkan ilmu best perkongsian Tuan Ir Ajak Abdul Razak ini. Tahu ni, dan korang boleh buat untung dengan rumah busuk yang dibeli.

Anda beli rumah subsale atau secara lelong?

Saya berpandangan secara mudahnya, ada 3 kategori market value (harga pasaran) bagi sesebuah rumah busuk. Sama ada melalui pembelian secara subsale (rumah second hand) atau kaedah lelongan awam :

#1 : ‘Rumah busuk’ yang asal, tanpa sebarang ubahsuai

Ini bermakna rumah yang dibeli dalam keadaan asal. Korang beli as it is.

Biasanya, para pembeli akan berusaha untuk mendapatkan harga di bawah harga pasaran semasa bila beli rumah macam ni. Sebab rumah busuk tu dalam keadaan uzur dan usang.

Rumah busuk ni, perlu dibaiki untuk kembali pulih supaya boleh didiami. Dan untuk mewangikan rumah busuk ni, dah pasti memerlukan wang.

Sebagai contoh, harga rumah busuk di bawah harga pasaran di antara 10% sehingga ke 50%. Dan ini bergantung kepada keadaan fizikal rumah pada waktu itu dan kedudukan lokasi rumah busuk berkenaan.

Pada kebiasaannya, rumah ni akan dijual pada harga di bawah market value. Jarang orang jual rumah macam ni pada harga yang mahal dan tak masuk akal.

Ini bermakna, pembeli dah membeli rumah busuk pada keadaan untung. Sebab beli harga di bawah market value.

#2 : ‘Rumah busuk’ yang dibaiki supaya boleh dihuni

Maksudnya, dengan mengeluarkan modal untuk membaiki semua kerosakan rumah busuk untuk kembali kepada keadaan asal rumah berkenaan.

Ini dapat dibuat dengan membaiki kerosakan yang ada seperti (contoh) : 

  • Menggantikan atap yang rosak,
  • Pintu yang dah rosak,
  • Tingkap yang pecah,
  • Tandas yang tersumbat,
  • Sinki dapur yang telah dicuri,
  • Pintu pagar yang telah hilang,
  • Membuang semua sampah sarap,
  • Menebas rumput pada sekeliling rumah,
  • Mengecat semula dinding luar dan dalam rumah.

Satu contoh lagi.

Katakan market value rumah busuk adalah RM100,000, dan korang berpeluang membeli dengan harga RM65,000 saja. Maka masih terdapat baki nilai RM35,000 (katakan sekitar 35% harga di bawah MV) lagi.

Dengan baki ni, korang boleh digunakan untuk membaiki rumah busuk berkenaan supaya menjadi lebih sempurna dan berkeadaan baik, serta boleh mencapai nilai semasa apabila dibuat penilaian harga.

Untuk capai ini, korang kena imbangkan kos baik pulih dan kos lain yang berkaitan.

#3 : ‘Rumah busuk’ yang diubahsuai jadi ‘wangi’

Dalam kategori ini mungkin, boleh di ubahsuai rumah busuk menjadi lebih sempurna. Pendek kata, ‘wangi’ :

  • Bina porch kereta,
  • Extend dapur di belakang,
  • Pasang plaster siling,
  • Pasang tiles lantai seluruh rumah,
  • Rewiring baru sebuah rumah,
  • Bina table top,
  • Pasang kitchen cabinet atas dan bawah,
  • Baiki tandas bagi cantik,
  • Pasang pagar,
  • Ganti atap jika bocor,
  • Gantikan pintu kayu,
  • Pasang gril,
  • Cat dinding dengan warna yang menarik dan kemas.

Apabila rumah dah diubah jadi wangi dan cantik, tak mustahil dengan hanya MV (market value) rumah basic sekitar RM75,000 boleh mencipta MV baru menjadi RM150,000. 

Ini disebabkan keadaan rumah yang amat sudah selesa dan sempurna, dengan mengambil kira item-item yang telah di ubahsuai. Betul tak?

Dengan 3 kategori ini, korang dah nampak gambaran untuk menyediakan jumlah bajet yang sesuai mengikut citarasa dan tujuan ubahsuai rumah busuk masing-masing.

Ini sekadar pandangan saya saja ya. Takde kena mengena dengan orang lain. Sekadar berkongsi cerita rumah busuk dan ilmu diilhamkan oleh ALLAH S.W. Alhamdulillah. 🙂

Bila korang dah tahu jenis market value untuk rumah subsale (atau lelong) yang nak dibeli, bermakna korang dah boleh buat bajet siap-siap.

Kerja korang pun jadi bertambah senang. Korang boleh letakkan jumlah kat tempat yang sepatutnya.

Ilmu ini best? Silakan SHARE dan panjangkan manfaat ini kat kawan-kawan korang yang berminat nak beli rumah busuk sebagai pelaburan.

By |2017-12-07T00:45:07+00:00December 7th, 2017|Featured, Tip pelaburan hartanah|