25 Kawasan cadangan pembangunan LRT3. Harga hartanah bakal naik di Lembah Klang?

25 Kawasan cadangan pembangunan LRT3. Harga hartanah bakal naik di Lembah Klang?

2948
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

 

Salah satu indikator yang menjadikan nilai hartanah itu meningkat dari semasa ke semasa, adalah pembangunan infrastruktur yang berlaku di sekelilingnya.

Satu daripadanya? Pengangkutan awam.

Berdasarkan perkongsian maklumat daripada Mak Kum Shi (Editor web EFY), Light Rail Transit (LRT) Line 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia’ (LRT3) akan memberi manfaat kepada golongan yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.

LRT3 adalah projek pengangkutan awam yang melibatkan pembangunan LRT sepanjang 36 kilometer dari Bandar Utama hingga Johan Setia di Klang.

Penduduk yang berada di kawasan Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur akan dapat manfaat daripada kemudahan LRT3 ini.

3 Kawasan utama Lembah Klang untuk pembangunan LRT3.

Laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assesment) LRT 3 kini boleh dilihat di kawasan umum seperti Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Laporan ini memberikan maklumat penting bagi kedua-dua pelabur hartanah dan penduduk kawasan seperti kawasan cadangan pembangunan LRT3.

Secara asasnya, ia akan merangkumi tiga kawasan majlis perbandaran iaitu:

  1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
  2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
  3. Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pembangunan LRT3 ini juga terbahagi kepada 3 segmen iaitu:

  1. Segmen pertama – Bermula dari stesen One Utama hingga stesen Persada PLUS (Kawasan MBPJ).
  2. Segmen kedua – Stesen Persada PLUS ke stesen Bukit Raja (Kawasan MBSA).
  3. Segmen ketiga – Stesen Bukti Raja ke Johan Setia (Kawasan MPK).

LRT3 mempunyai 25 stesen?

LRT3 dijangka mempunyai 25 stesen dan 4 stesen pertukaran iaitu:

  1. Stesen Bandar Utama digabungkan dengan MRT 1.
  2. Stesen Station 3 digabungkan dengan Kelana Jaya.
  3. Stesen Klang digabungkan dengan KTM Komuter.
  4. Stesen SIRIM digabungkan dengan BRT.

Berikut adalah senarai 25 cadangan tempat pembangunan LRT3 dan jalan raya yang terlibat, berdasarkan laporan DEIA.

No. Nama stesen Jalan raya yang terlibat
1. One Utama Persiaran Bandar Utama
2. Damansara Utama Jalan 5
3. Tropicana Jalan Tropicana Selatan 1
4. Lien Hoe Persiaran Tropicana
5. Dataran Prima Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
6. Persada PLUS Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
7. Station 3 Persiaran Kerjaya
8. Temasya Persiaran Kerjaya
9. Glenmarie Persiaran Kerjaya
10. Stadium (Grand Sentral) Persiaran Sukan
11. Persiaran Hishamuddin Persiaran Hishamuddin
12. Section 14 Persiaran Dato’ Menteri
13. SIRIM Lebuhraya Persekutuan
14. UiTM Lebuhraya Persekutuan
16. Bukit Raja Persiaran Bestari
17. Kawasan 17 Persiaran Bukit Raja
18. Jalan Meru Jalan Meru
19. Klang Jalan Jambatan Kota
20. Taman Selatan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
21. Sri Andalas Jalan Langat
22. Tesco Bukit Tinggi Jalan Langat
23. AEON Bukit Tinggi Jalan Langat
24. Bandar Botanik Jalan Langat
25. Johan Setia Jalan Langat

Adakah kawasan rumah anda bakal terkena salah satu daripada tempias LRT3 ini?

Sebagai seorang pelabur hartanah, kawasan-kawasan di atas berpotensi membantu menaikkan harga hartanah dalam masa beberapa tahun.

Seperti yang kita sedia tahu, kawasan Lembah Klang sememangnya mempunyai potensi yang pelbagai. Dari kaca mata seorang penduduk, mereka bakal merasai kewujudan satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kesesakan lalu lintas.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY