Home Tips Kewangan 23 soalan lazim yang ramai tanya tentang loan rumah (Siri Akhir)

23 soalan lazim yang ramai tanya tentang loan rumah (Siri Akhir)

1837
1
SHARE
Sumber gambar - rocksolidlaw.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Beli rumah, boleh jadi antara objektif yang ramai orang nak capai dalam hidup mereka.

Tapi sebelum dapat capai semua ini, penting untuk kita sediakan diri betul-betul.

Mungkin apa yang bakal Tok cakap kejap lagi, kedengaran agak cliche. Tapi penting untuk kita fahamkan berberapa perkara asas tentang loan rumah.

Lagipun, elok untuk kita asah kefahaman ini. Supaya senang bila kita nak beli rumah pertama nanti.

Nah, hadamkan perkongsian yang Tok hadamkan kat iProperty ini sekarang.

Nota : Korang terlepas baca Siri #1? Klik sini untuk baca.

#12 : Boleh ke bayar ansuran bulanan lebih berbanding biasa?

Yang ini, bergantung kat terma dan syarat yang terkandung dalam perjanjian loan rumah korang.

Dengan membayar wang tambahan setiap bulan atau membuat bayaran tambahan pada akhir tahun, korang boleh cepatkan proses pembayaran pinjaman yang korang buat.

Bila membayar wang tambahan, pastikan pembayaran tu dibuat atas prinsipal korang.

Dan bila nak buat pembayaran tambahan tu, pastikan korang maklumkan dulu kat institusi kewangan (bank).

Tempoh notis adalah antara 1 atau 3 bulan awal sebelum korang buat bayaran.

#13 : Perlu ke guarantor (penjamin) untuk buat loan rumah?

Ini pulak, bergantung kat budi bicara institusi kewangan (bank) dan bergantung kat kesihatan kewangan dan kredit peminjam (korang la tu).

#14 : Adakah bank ada hak untuk caj akaun pinjaman anda untuk sebarang caj lain (seperti caj lewat, kos guaman, insuran, dan lain-lain)?

Kuasa institusi kewangan (bank) untuk mengenakan caj kat korang, biasanya akan ditunjukkan kat dalam terma dan syarat pinjaman.

#15 : Berapa lama tempoh tangguh (grace period) untuk pembayaran ansuran bulanan / faedah anda?

Biasanya, institusi kewangan (bank) akan bagi tempoh tangguh (grace period) selama 7 hingga 14 hari untuk korang bayar.

Sebarang pembayaran yang mereka terima lepas tempoh ini, akan dikenakan caj lewat.

Jadi, pastikan korang bayar tepat pada masanya atau sebelum tempoh grace period ni habis.

#16 : Bila institusi kewangan (bank) akan lepaskan loan kepada penjual / pemaju?

Untuk rumah yang sedang dalam pembinaan (under construction), institusi kewangan (bank) akan lepaskan bayaran progresif (progressive payment) kepada pemaju berdasarkan tuntutan yang dibuat setelah setiap peringkat pembinaan selesai.

Ini akan disahkan oleh Sijil Arkitek terlebih dulu. Dah sah, baru mereka (bank) akan lepaskan bayaran kepada mereka.

Untuk hartanah yang dah siap (completed), pinjaman akan dikeluarkan setelah selesai urusan dokumentasi undang-undang, atau apabila dah dapat semua kelulusan yang relevan (seperti kelulusan kerajaan negeri).

#17 : Boleh ke anda beli rumah dibawah nama bersama (joint name) dan memohon pinjaman perumahan hanya di bawah satu nama?

Institusi kewangan (bank) akan mempertimbangkan permohonan seperti ini berdasarkan merit dalam setiap kes.

Korang boleh tengok contoh situasi seperti kat bawah ni :

  • Pemilik bersama (biasanya suami dan isteri) – Seorang tak bekerja (takde sumber pendapatan), dan hanya seorang lagi yang bertanggungjawab untuk membayar loan rumah.
  • Pemilik bersama adalah ibu bapa / ibu atau bapa dan anak-anak – Ibu bapa dah berumur, dan bergantung kat pendapatan anak-anak untuk membayar loan rumah.

Semua kes kat atas ini tadi bergantung kat budi bicara institusi kewangan (bank).

#18 : Kalau pemaju tak siapkan projek, adakah anda perlu bayar faedah / ansuran bulanan rumah?

Ya, korang masih perlu servis loan rumah yang dibuat. Ini berdasarkan perjanjian yang ada dalam perjanjian pinjaman yang dipersetujui antara korang dan pihak institusi kewangan (bank).

Cuma, memandangkan bank mempunyai kepentingan kat hartanah tersebut, korang boleh berbincang tentang pelan pembayaran balik dengan institusi kewangan (bank) yang korang buat pinjaman rumah tu.

Korang juga kena laporkan perkara ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Nota : Biasanya, masalah ni berlaku kat pemaju yang baru dan tak ternama. Sebagai langkah keselamatan, kaji dulu latar belakang pemaju dan hanya beli rumah dengan pemaju dengan latar belakang yang baik.

#19 : Apa yang jadi bila anda habis bayar loan rumah?

Bila loan rumah dah settle, institusi kewangan (bank) akan melepaskan caj ke atas rumah tu melalui peguam yang dilantik.

Institusi kewangan (bank) akan melepaskan (uplift) tuntutan ke atas rumah tu, dan hak akan dipindahkan kepada korang.

#20 : Apa yang jadi kalau berlaku kematian kat peminjam yang tak membeli insuran?

Orang yang meninggal dunia / waris terdekat boleh menuntut hak melalui hak pengadilan hak milik si mati.

Orang itu ada pilihan, sama ada nak teruskan servis membayar pinjaman atau menebus rumah tu.

Cuma, kebanyakan institusi kewangan (bank) akan mewajibkan pembeli rumah untuk membeli insuran MRTA untuk mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

#21 : Apa yang institusi kewangan (bank) akan buat bila anda kantoi bayar ansuran bulanan?

Kalau korang gagal bayar ansuran bulanan sebanyak 3 kali berturut-turut, institusi kewangan (bank) akan mengambil tindakan untuk menarik balik loan rumah yang korang buat.

Dalam senario terburuk, institusi kewangan (bank) akan merampas dan jual rumah tu untuk melangsaikan baki pinjaman yang ada.

Peminjam tetap bertanggunjawab untuk membayar perbezaan antara harga lelong dan jumlah loan yang masih belum dijelaskan.

#22 : Apa cara paling mudah untuk membayar balik loan rumah?

Institusi kewangan (bank )tawarkan pelbagai perkhidmatan untuk mudahkan perbankan korang.

Beberapa alternatif untuk membayar pinjaman termasuk :

  • Buka akaun simpanan / semasa dan susun arahan tetap dengan caj minimum (kalau korang mengekalkan akaun deposit dan pinjaman dengan bank yang sama, caj mungkin akan dikecualikan),
  • Melalui pemindahan ATM,
  • Perbankan Internet,
  • Perkhidmatan perbankan telefon,
  • Deposit cek korang di mesin deposit, atau hantar cek terus ke institusi kewangan (bank).

#23 : Patut ke saya refinance loan rumah kalau ditawarkan kadar faedah yang lebih rendah?

Apa yang korang perlu pertimbangkan terlebih dulu, adalah kos yang terlibat untuk buat refinance.

Seperti yang korang dah sedia tahu, korang dah pun keluarkan sejumlah besar wang untuk dapatkan loan rumah pertama korang.

Sebagai contoh, yuran pemprosesan (processing fee), fi guaman, setem duti, dan transfer fee.

Kalau korang buat refinancing, korang kena bayar balik semua ni semula. Korang sanggup ke?

Sebelum korang nak buat refinancing, korang wajib memastikan yang simpanan dari kadar faedah yang lebih rendah adalah mencukupi untuk mengimbangi semula kos yang ditanggung, yang berkaitan dengan refinancing (termasuk caj penalti, jika ada).

Ada banyak faktor yang mempengaruhi kelayakan korang untuk lulus loan rumah. Dan nak dapatkan benda tu, bukan satu kerja yang mudah.

Jadi, sediakan diri korang dengan ilmu yang betul secukupnya sebelum mula membeli. Tok percaya, korang boleh buat punya.

Sila SHARE manfaat perkongsian ni kepada kawan-kawan korang yang nak beli rumah dalam masa terdekat ni. Bantu mudahkan kerja mereka.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here