PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 perkara yang anda boleh buat untuk mantapkan tahap kewangan waktu pandemik

12 Mac 2020 merupakan hari WHO (World Health Organization) menetapkan kategori situasi penularan wabak Coronavirus (atau COVID-19) sebagai pandemik. 

Lebih parah lagi, kemelesetan ekonomi pada skala global juga dijangka jika situasi ini berterusan untuk satu jangka masa yang lama. 

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, penting untuk kita sediakan diri secukupnya. Dari segi kewangan, apa yang kita boleh buat? Apa peluang yang kita boleh ambil sekarang? 

Jemput baca artikel ini sampai habis.

#1 – “Patut ke aku jual pelaburan aku sekarang?” 

Kita mulakan dengan perkara yang perlu kita elak buat terlebih dulu. 

Seperti yang anda sedia maklum, pasaran saham mengalami kejatuhan yang teruk akibat penularan wabak ini. Pasaran saham turun naik. 

Memang geram dan stress tengok saham jatuh. Tok faham. Tapi elakkan ikut hati dan jual segala saham yang ada dalam tangan anda sekarang. Lebih-lebih lagi saham yang anda simpan untuk persaraan. 

Selagi anda tak berdepan masalah besar dalam menguruskan perbelanjaan keperluan asas, tak perlu jual. Ini untuk pastikan kesihatan kewangan pada masa depan anda terjaga rapi. 

Matlamat dalam pelaburan pasaran saham adalah beli semasa murah dan jual bila nilai meningkat tinggi. Jual saham dalam keadaan panik adalah perkara terakhir yang anda patut buat. 

Perkara ni jugak tertakluk kepada instrumen pelaburan lain seperti hartanah, Unit Trust, atau lain-lain pelaburan yang kita ada. Hanya liquidate (cairkan) bila betul-betul memerlukan saja ya.

#2 – Elakkan beli barang secara berlebihan 

Betul, kita kena bersedia untuk hadapi masalah ini. Cuma, tak perlu over-prepare (terlebih bersedia) dengan membeli banyak stok. Tindakan ini akan menyusahkan orang lain yang mungkin tak berkemampuan. 

Cuba bayangkan sebentar. Katakan, kita dapat perintah kerajaan untuk bekerja dari rumah dalam tempoh sebulan. Perlu ke kita beli stok makanan dan keperluan melebihi dari tempoh tu? 

Beli apa yang kita dan keluarga perlukan saja. Elakkan terlebih belanja. 

Lagi satu, elakkan beli barangan ini menggunakan kad kredit. Melainkan anda boleh bayar hutang ini dalam tempoh grace period yang ditetapkan bank. Matlamat anda adalah nak jaga kewangan, bukan tambah lebih banyak hutang. 

Beli lah secara berpatutan dan mula menyimpan mulai sekarang. 

#3 – Naik taraf simpanan kecemasan anda 

Anda juga boleh dapat lebihan tunai dengan menstrukturkan balik pinjaman perumahan anda pada kadar faedah yang lebih rendah. Bila nak beli hartanah, pastikan anda membeli hartanah yang betul sebab hartanah adalah pelaburan yang panjang. Anda boleh memilih untuk membeli hartanah untuk duduk sendiri ataupun sebagai pelaburan. Banyak pilihan hartanah yang anda boleh pilih di pasaran. Kalau anda dah bersedia untuk beli hartanah sekarang, anda boleh beli. 

Dengan lebihan tunai yang ada, kita boleh fokus untuk bina simpanan kecemasan pada masa memerlukan. Lebih-lebih lagi pada masa ekonomi negara yang tidak menentu ini. 

Bayangkan kalau kita terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan. Simpanan kecemasan ini akan bantu kita meneruskan kehidupan sementara menunggu kita dapat kerja lain. 

Ini adalah masa terbaik untuk membina simpanan kecemasan kita. Anda tak perlukan duit yang banyak gila pun. Cukup sekadar dapat menyediakan kehidupan yang selesa dan lengkap dengan keperluan asas. 

Ingat, kita dalam survival mode. Buat anda yang masih dapat mengekalkan kerja, mohon menyimpan dengan lebih agresif dari masa ke semasa. 

#4 – Hadkan perbelanjaan selagi boleh

Buat mereka yang tak ada simpanan kecemasan atau risau dengan aliran tunai yang terganggu semasa penularan wabak ini, kurangkan perbelanjaan adalah satu tindakan pantas yang kita boleh ambil. 

Ada banyak cara untuk kita buat perkara ini, tanpa perlu korbankan lifestyle sedia ada. 

Contohnya, langgan akaun Netflix. Anda boleh melanggan akaun Netflix bersama rakan-rakan lain, daripada menanggung langganan tersebut seorang diri. Kalau sebelum ni anda ada langgan keahlian gim, anda boleh fikirkan sekarang waktu yang berbaloi ataupun tidak untuk teruskan. Ada projek hartanah yang tawarkan gim secara percuma. Anda boleh nikmati kemudahan ini bila anda tinggal di sini. 

Teknik lain yang boleh digunakan seperti mencetak penyata akaun bank dan kad kredit terkini. Dari sini, kita boleh periksa sebarang perbelanjaan yang boleh dikurangkan. 

Ingat sentiasa. Matlamat kita adalah untuk mengawal perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu. Lebih banyak kita boleh jimat, lebih bagus. 

#5 – Ambil peluang dapatkan kadar faedah yang lebih rendah

Kadar faedah bank mencatatkan penurunan yang drastik sewaktu penularan wabak Coronavirus (COVID-19) ini. 

Antara contoh terbaik adalah pinjaman perumahan. Pinjaman perumahan untuk tempoh 35 tahun adalah serendah 4%, dan ada kemungkinan untuk turun lebih rendah lagi pada masa depan. 

Dengan skor kredit yang bagus, kita ada peluang cerah untuk dapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih baik. 

Sekarang, sekarang adalah waktu terbaik untuk kita belajar uruskan kewangan dan ambil peluang sebaiknya. 

Kita tak boleh jangka bila wabak ini dan kesukaran ekonomi akan berlanjutan. Kita cuma boleh bersedia sebaik mungkin.

Apa pun, Tok sentiasa doakan agar anda berjaya survive dalam situasi ini. Stay strong! 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed