PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Special Relief Facility (SRF) untuk SMEs yang terjejas dengan COVID-19

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 billion di bawah Special Relief Facility (SRF) bagi meringankan beban kewangan dan menyambung semula operasi perniagaan SMEs yang terjejas oleh penularan coronavirus. Special Relief Facility (SRF) ini tersedia dari tarikh 6 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020.

SMEs yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh sehingga 5.5 tahun, termasuk tempoh tangguh pembayaran selama 6 bulan. Kadar pembiayaan dihadkan pada 3.75% p.a.

SME yang memohon perlulah mengandungi sekurang-kurangnya 51% saham yang dipegang oleh rakyat Malaysia.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut oleh institusi kewangan yang menawarkan Special Relief Facility (SRF) ini :

#1 : Maybank

maybank
Sumber gambar : The Edge Market
  • Tempoh memohon : 6 Mac hingga 31 Disember 2020
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja
  • Quantum pembiayaan : Dari RM20,000 sehingga RM1,000,000
  • Cagaran : Tidak diperlukan
  • Tempoh : 5.5 tahun (termasuk tempoh tangguh pembayaran selama 6 bulan untuk prinsipal dan pembayaran faedah / keuntungan)
  • Effective rate : 3.75% p.a termasuk yuran jaminan
  • Syarat Kelayakan:

i) SMEs yang terjejas teruk oleh COVID-19 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan-badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.

ii) Perniagaan mestilah sekurang-kurangnya terdiri daripada 51% pemegang saham rakyat Malaysia

Untuk memohon, korang boleh terus klik link : Special Relief Facility Maybank

#2 : Ambank

ambank
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja
  • Cagaran : Tidak diperlukan
  • Effective rate : 3.75% p.a
  • Jaminan Perlindungan : Jaminan Perlindungan 80% ke atas jumlah prinsipal oleh Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) / Syarikat Jaminan Perbiayaan Perniagaan (SJPP)
  • Yuran jaminan : Tiada yuran jaminan
  • Yuran guaman : Tiada yuran guaman
  • Jenis Pembiayaan : Pinjaman / Pembiayaan Berjangka
  • Saiz Pembiayaan : Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM1 juta bagi setiap SME termasuk pembiayaan kepada syarikat berkaitan dengan pemegang saham biasa
  • Tempoh Pembiayaan : Maksimum 5.5 tahun dari tarikh pengeluaran pertama, termasuk tempoh moratorium 6 bulan bagi kedua-dua pembayaran prinsipal dan faedah

Untuk memohon, korang boleh klik link : Special Relief Facility Ambank

#3 : Alliance Bank

alliance bank logo
  • Tempoh memohon : Dari 6 Mar 2020 hingga 31 Dec 2020
  • Kriteria Kelayakan : SMEs yang terjejas oleh COVID-19
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja (* Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada)
  • Kadar Pembiayaan : Sehingga 3.75% p.a.
  • Cagaran : Tidak diperlukan
  • Perlindungan jaminan : Credit Guarantee Corporation/Syarikat Jaminan Perbiayaan Perniagaan hendaklah menyediakan perlindungan jaminan 80% ke atas jumlah prinsipal.
  • Yuran Jaminan : Tiada yuran jaminan akan dikenakan kepada peminjam
  • Jenis pembiayaan : Term Loan sahaja
  • Saiz Pembiayaan : Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM1 juta bagi setiap SME termasuk pembiayaan kepada syarikat berkaitan dengan pemegang saham biasa
  • Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 5.5 tahun dari tarikh pengeluaran pertama, termasuk tempoh moratorium 6 bulan bagi kedua-dua pembayaran prinsipal dan faedah dan bukan klasifikasi pembiayaan seperti yang terjejas semasa moratorium
  • Dokumen yang diperlukan : Salinan kad pengenalan (semua director), penyata bank 6 bulan, dokumen berkaitan pendaftaran perniagaan

Untuk memohon, korang boleh klik link : Special Relief Facility Alliance Bank

#4 : CIMB

cimb
Sumber gambar : CIMB
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja
  • Jenis pembiayaan : Term Loan / Term Financing sahaja
  • Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 5.5 tahun termasuk tempoh moratorium 6 bulan
  • Kadar pembiayaan : 3.75% p.a termasuk yuran jaminan
  • Saiz Pembiayaan : Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM1 juta
  • Perlindungan jaminan : Sehingga 80% oleh Credit Guarantee Corporation

Syarat kelayakan:

  • Terbuka kepada pemilik tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad atau syarikat terhad persendirian sahaja
  • Perniagaan yang dikelaskan sebagai SME, seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia
  • Dana pemegang saham maksimum tidak melebihi RM5 juta
  • Pemegangan Saham oleh Public Listed Companies dan Government Linked Companies  (jika ada) dalam SME tidak boleh melebihi 20%
  • Rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia yang memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam SME
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.

Untuk memohon, korang boleh klik link : Special Relief Facility CIMB

#5 : Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN
Sumber gambar : bharian.com.my
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja (Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk refinance kemudahan sedia ada)
  • Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM250,000
  • Tempoh pembiayaan : Sehingga 5.5 tahun termasuk tempoh moratorium 6 bulan
  • Kadar pembiayaan : 3.75% p.a
  • Kriteria Kelayakan : SMEs yang terjejas oleh COVID-19

Dokumen yang diperlukan:

  • Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan / atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Permit Operasi (untuk perniagaan yang berkaitan) / Surat Ikatan Perkongsian (jika berkenaan)
  • Salinan IC Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / Pengarah
  • Latest 2 tahun Audited / Certified Account / Management Account
  • Penyata Bank Syarikat 6 bulan terkini
  • Pulangan Cukai Pendapatan Terkini (jika ada)

Untuk memohon, korang boleh download dan isi form Special Relief Facility BSN ni dan hantar kepada BSN.

#6 : HongLeong Bank

hongleong bank
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja (Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk refinance kemudahan sedia ada)
  • Kadar pembiayaan : Sehingga 3.75% p.a. (termasuk bayaran jaminan sebanyak 0.5% p.a.)
  • Had Pembiayaan : Maksimum RM1 juta bagi setiap SME, termasuk pembiayaan kepada syarikat berkaitan yang mempunyai pemegang saham biasa *
  • Perlindungan Jaminan : Liputan jaminan sehingga 80% oleh CGC / SJPP
  • Jenis Kemudahan : Term Loan
  • Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 5.5 tahun dari tarikh pengeluaran pertama, termasuk tempoh moratorium 6 bulan bagi kedua-dua prinsipal dan pembayaran faedah / keuntungan
  • Cagaran : Tiada cagaran diperlukan daripada SME di bawah kemudahan ini
  • Dokumen yang diperlukan : Salinan IC pengarah / rakan kongsi / pemegang saham, penyata bank 6 bulan, dokumen berkaitan pendaftaran perniagaan

Untuk memohon, korang boleh hubungi HongLeong bank di 603-7626 8899 atau e-mel [email protected]

Comments are closed