Login

Register

Login

Register

Mantapkan kewangan 2020 anda dengan 5 tips power ni 

“Fuh tercapai juga nak naik kereta terbang. Lama tunggu ni. Tengok tengok dah 2020”

Eh! 

Abaikan lawak hambar Tok tu. 

2019 dah pun melabuhkan tirainya. Dah sampai masanya untuk kita sambut kedatangan 2020. Macam mana tahun 2019 korang? Bertambah baik atau kekal statik je? Takpe yang lepas, biarkan lepas. Yang penting kita #flyhigh2020 ni. Tok doakan korang semakin berjaya. 

Apa yang kita kena mulakan untuk 2020 ni? 

#1 Mulakan simpanan 

Jika kita belum mula menyimpan, tahun 2020 ni kita mulakan menyimpan. Bila dapat bonus, simpan. Kalau 2020 ni kita naik gaji, simpan. 

Kat mana nak simpan? Korang boleh simpan dekat Tabung Haji dan juga ASB. 

Yang penting korang simpan kat akaun yang susah untuk dikeluarkan. Simpan dan lupakan. Guna simpanan untuk keperluan je. Jangan pula korang pergi guna untuk perkara yang tak sepatutnya. Makin takde lah simpanan korang nanti. 

#2 Rancang beli rumah 

Korang masih berkira-kira nak beli rumah tahun ni? Boleh mulakan dengan mencari ilmu tentang hartanah dulu. Jangan main taram je beli rumah. Anak muda bijak kewangan kena sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini. 

Tok banyak berkongsi tips tips hartanah di website Gilahartanah. Boleh baca. Percuma aje.

#3 Alert dengan keluar masuk duit 

Belajar untuk alert keluar masuk duit. Berapa banyak belanja bulanan yang korang keluarkan. Takdelah tiba-tiba je rasa duit hilang entah ke mana. Silap hari bulan tengah bulan duit dah kering, korang kena makan meggi je sampai hujung bulan. 

Bila korang dah tahu duit banyak keluar kat mana, korang bolehlah mula kawal supaya tak overspend. 

#4 Hutang wajib bayar 

Kita tak boleh lari dari berhutang. Jadi, senaraikan segala hutang yang korang ada dan check balik korang bayar balik on time tak. Kalau ada hutang dengan bank, jangan la bayar sedap hati korang je. Rabak rekod CCRIS nanti kang nak apply loan susah nak lepas pula.  

Kalau hutang dengan orang, pastikan kita bayar. Jangan lari dari bayar hutang.

Amboi time berhutang, pijak semut pun tak mati.

Dah dapat duit, terus lari tak sedar diri.

Eh, terpantun pula. 

#5 Sentiasa ‘lapar’ untuk belajar ilmu kewangan dan pelaburan 

Ilmu tentang kewangan dan pelaburan sangat luas. Makin banyak korang belajar, makin banyak benda baru yang korang akan jumpa. 

Ada orang pernah tanya kat Tok,

“Terlambat tak kalau saya baru nak belajar pasal kewangan? Saya nak target beli rumah ni” 

Jawapan Tok, tak terlambat pun. Baguslah korang dah ada azam tu. Tok sangat galakkan. 

Tahun lepas kewangan korang tahap biasa je, tahun 2020 ni korang boleh powerkan. Tok yakin korang mampu.  

Nak berubah kena mula dengan kita

2020 ni kita target untuk jadi lebih baik dari segala segi. Hanya kita yang mampu ubah diri sendiri. Tok hanya boleh idea. Yang tukang laksanakan adalah korang sendiri. 

Semoga 2020 ini adalah tahun terbaik bagi kita semua.  

Tok Penghulu

Read Previous

3 tip tundukkan masalah berbelanja ikut emosi

Read Next

Kenapa ada orang beli rumah pertama tak dapat 90% loan?

Secured By miniOrange