Ini satu lagi kaedah bajet yang bagus untuk uruskan kewangan. No #6 boleh buatkan anda jadi kaya.

Merancang bajet dengan baik boleh selamatkan duit kita.

Ini supaya kita tak sesak sehingga hujung bulan nanti. Kalau tak buat, silap-silap ada yang terpaksa telan Maggi sampai dapat gaji baru. Dan Tok tak nak ini terjadi kat korang.

GH Masterclass

Sebelum ni, Tok ada kongsikan cara buat bajet gunakan sampul surat. Tok harap, kaedah ini berjaya membantu korang buat bajet yang baik.

Dan kali ini pula, Tok ada baca satu lagi kaedah yang Tok rasa, amat efektif membantu korang buat bajet dengan baik (dan pada pandangan Tok, ia lebih seronok untuk kita buat).

Tok baca ilmu ini kat blog Bright Side, dan Tok tak nak buang masa dan nak kongsikan kat korang sekarang juga.

Kaedah ini buatkan korang rasa seronok nak buat bajet, dan ia amat efektif!

Kaedah yang Tok maksudkan adalah bajet gunakan balang. Ya, balang yang ada kat rumah korang itu. Daripada dibiar kosong, baik kita gunakan balang ini untuk bantu mengawal kewangan kita.

Ini adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengawal kewangan keluarga atau personal.

Idea utama adalah bahagikan duit korang yang nak dibelanjakan pada setiap bulan, ke dalam 6 buah balang ini.

Tok tak kisah kalau korang nak pakai balang apa pun. Tak kira balang plastik atau kaca. Janji ia balang jernih supaya kita boleh nampak duit yang tersimpan dalam itu.

Dan setiap balang ini pula, ada fungsinya yang tersendiri. Tok akan terangkan seperti berikut:

Balang #1: Bajet untuk keperluan asas.

Tiba masa untuk kita masukkan duit dalam balang pertama.

Untuk balang ini, masukkan 55% daripada jumlah gaji yang kita dapat setiap bulan. Dan kita akan gunakan duit ini untuk segala perbelanjaan keperluan asas dalam kehidupan seharian kita, sehingga hujung bulan.

Antara perkara yang boleh kita gunakan duit dalam balang ini adalah:

  • duit sewa rumah,
  • duit minyak kenderaan,
  • membayar cukai,
  • makan dan minum,
  • bayar duit tol, atau lain-lain yang berkaitan.

Balang #2: Bajet untuk hiburan.

Kita hanyalah manusia biasa. Kadang-kala, bila dah sampai masa, hiburan boleh jadi perlu. Kalau tak, kita akan jadi tertekan. Dan ini tak elok untuk diri kita sendiri dan juga orang lain.

Jadi, kita boleh buat bajet khas untuk perkara ini. Masukkan 10% daripada jumlah gaji korang dalam balang ini.

Gunakan duit ini untuk perkara yang korang tak buat selalu. Contohnya, tengok wayang atau pergi bercuti dengan kawan-kawan. Ini adalah duit yang korang boleh belanjakan sesuka hati.

Nota tambahan: Walaupun Tok cakap sesuka hati korang, tak bermakna korang boleh belanja sampai habis. Berbelanja biarlah berpada-pada. Ingat ya. Kalau habis duit dalam balang ini, jangan gatal tangan ambil duit dalam balang lain pula.

Bajet #3: Bajet untuk pelan kewangan masa depan.

Ini adalah balang yang paling penting daripada semua 6 balang tadi. Ingat tak Tok pernah pesan supaya simpan duit gaji korang sekurang-kurangnya 10%?

Duit dalam balang ini bakal menjadi punca kebebasan kewangan korang pada masa hadapan.

Kita akan gunakan duit ini sebagai modal untuk buat pelaburan dan mencipta aliran pendapatan pasif. Jadi, selagi kita belum capai matlamat itu, elak belanjakan duit dalam balang ini untuk perkara lain.

Disiplin adalah perkara utama supaya kita sentiasa menyimpan duit secara konsisten dalam balang ini. Selain itu, latih diri menahan nafsu berbelanja kuasai diri korang.

Walaupun dah berjaya capai matlamat bebas kewangan nanti, hanya belanjakan keuntungan yang kita dapat daripada pelaburan yang kita buat. Bukan duit yang kita simpan dalam balang ini ya.

Bajet #4: Bajet khas untuk ilmu.

Tak sah kalau kita tak sediakan bajet untuk satu lagi jenis pelaburan – ilmu. Tok boleh cakap, pelaburan ini adalah yang boleh kita berikan 100% fokus.

Duit yang disimpan dalam balang ini bertujuan sebagai modal pendidikan dan juga personal growth (peningkatan diri). Simpan duit dalam balang ini sebanyak 10% setiap bulan ya.

Ilmu adalah pelaburan terbaik yang akan berikan korang keuntungan jangka masa panjang, dan ia juga adalah aset utama diri korang.

Dengan ilmu, kita boleh buat lebih banyak duit. Selalu ingat pesan Tok ini.

Gunakan duit dalam balang ini untuk membeli bahan ilmu seperti buku, e-book, seminar, membayar sesi 1-on-1, membeli podcast, atau sebagainya.

Balang #5: Bajet untuk benda yang kita tak selalu beli.

Kita akan gunakan duit ini untuk membayar perbelanjaan yang besar (large purchases). Simpan 10% daripada jumlah gaji yang kita dapat setiap bulan.

Biasanya, ia berkaitan dengan barang seperti pakaian baru, kasut, kereta, bayar yuran tahunan gym atau kelab, atau lain-lain (barang yang tak penting).

Katakan, korang dah lama nak beli televisyen flat-screen baru untuk main PS4 korang. Korang boleh gunakan duit dalam balang ini.

Sebab ini adalah bajet khas untuk puaskan nafsu berbelanja, kita boleh sentiasa simpan duit dalam balang ini. Jadi, kita tak akan kacau bajet lain yang lebih penting untuk disimpan.

Kalau bajet dalam balang ini dah habis, tunggu untuk bulan seterusnya (macam bajet nombor #3).

Balang #6: Bajet untuk bersedekah.

Sedekah adalah punca utama supaya paip rezeki terus mengalir dengan sempurna. Bahkan, ia elakkan kita daripada menjadi miskin.

Tambahan pula, kalau rajin bersedekah, kita bukan saja dapat pahala yang berganda. Kita juga dapat membantu orang susah dengan ringankan beban mereka.

Senang kata, amalan sedekah banyak manfaatnya. Dan ia tak pernah rugikan kita.

Untuk bajet ini, simpan sekitar 5% (atau lebih, ikut kemampuan. Lebih banyak, lagi bagus) daripada gaji kita. Bila kita dah sediakan bajet ini siap-siap, kita tak akan terlepas peluang untuk bersedekah selagi masih hidup.

Ini adalah satu amalan yang akan membuka pintu rezeki kita dengan begitu luas, dan amalan sedekah tak akan pernah putus, walaupun kita meninggal dunia nanti. Jadi, buat bajet untuk tujuan ini ya.

Tak kira apa cara atau kaedah bajet yang korang gunakan, pastikan dulu korang jelas dengan perbelanjaan yang kerap dibuat.

Ini adalah perkara utama untuk elakkan korang berhutang dan ada bajet yang cukup setiap bulan.

Dan tak lupa juga. Disiplin mainkan peranan penting dalam setiap usaha buat bajet dan menyimpan duit. In Shaa Allah, Tok harap artikel ini dapat membuka minda korang dengan luas dalam bab membuat bajet yang ohsem.

Photo by stevendepolo

3 thoughts on “Ini satu lagi kaedah bajet yang bagus untuk uruskan kewangan. No #6 boleh buatkan anda jadi kaya.

  1. Ringkasan yang mudah untuk kita lebih ingat dan faham 🙂

    Bajet 1 (Asas) – 55%
    Bajet 2 (Hiburan) – 10%
    Bajet 3 (Simpanan) – 10%
    Bajet 4 (Ilmu) – 10%
    Bajet 5 (Barang jarang beli) – 10%
    Bajet 6 (Sedakah) – 5%

    Thanks tokk! Saya dah mula mudah nak buat bajet setiap bulan saya 😀

Leave a Reply