3 KRITERIA WAJIB ANDA PERLU TAHU UNTUK ELAK TERSALAH BELI RUMAH
sesuai untuk duduk sendiri mahupun buat investment
NAK SENARAI RUMAH MENEPATI 3 KRITERIA
Hi, apa khabar? Harap semua sihat sejahtera.
Jadi, anda nak tahu tips untuk beli property yang selamat.
Nak cari property yang selamat untuk dibeli tak lah susah. Tapi, ramai lagi yang masih tersalah beli. Lepas dah tersalah beli, pening kepala sebab terpaksa “bela” dan rugi beribu-ribu Ringgit untuk beberapa tahun pulak tu.
Pening kepala dan membebankanlah kalau macam itu.
Macam mana anda nak tahu rumah itu selamat atau tak untuk dibeli?
Kriteria asas yang kami nak share ini digunakan oleh hampir semua pelabur hartanah bila nak beli property yang selamat untuk pelaburan atau duduk sendiri.
Dan paling penting, anda berpeluang untuk beli property tersebut tanpa modal
Kami kongsikan dahulu apa kriteria asas dalam pelaburan hartanah untuk beli rumah tanpa modal.
Kriteria 1:
Ada pelbagai cara menyewa
(Multiple rental options)
- Segmen penyewa yang pelbagai seperti keluarga, pelajar, pekerja professional. Anda boleh sewa kepada sesiapa sahaja.
- Kawasan tersebut sesuai disewa oleh penduduk tempatan dan expat (penduduk warganegara asing).
- Mempunyai pelbagai tempoh penyewaan (short term, medium term & long term)
- Sewa per bilik (room rental)
- Sewa per kepala (mengikut bilangan individu)
- AirBnB
- Coliving
Kriteria 2: Harga Median
- Jangan terkejut bila tengok perkataan ini. Mudah je untuk faham.
- Sebelum beli rumah, anda perlu tahu perbezaan antara harga rumah tersebut dengan harga median rumah di kawasan itu.
- Bila anda tahu ini, senang untuk anda tengok dan bandingkan harga rumah tersebut. Di sini, anda dah boleh tahu sama ada harga rumah yang dibeli itu berbaloi ke tak.
- Macam mana nak tahu harga median sesuatu kawasan? Jangan risau, kami akan bagi.
Kriteria 3: Duduk Sendiri
- Selesa untuk tinggal di situ – anda sendiri kena rasa tak ada masalah untuk tinggal di situ. Maksudnya, tempat itu selesa, komuniti yang baik, rasa selamat.
- Boleh disewakan – Sekiranya anda perlu berpindah, anda boleh menyewa rumah tersebut TANPA rugi.
- Boleh dijual – Sekiranya anda tak ingin tinggal di situ dan tak sanggup untuk sewakan lagi, anda tak ada masalah untuk jual pada masa akan datang. Kalau beli yang lagi mahal dari yang sepatutnya, nanti belum tentu senang nak jual balik.
3 kriteria ini nampak senang & simple, tapi ramai orang terlepas pandang. Sedangkan ianya adalah panduan supaya bila nak membeli property tak mudah kena scam!
“Tapi Saya Tak Ada Masa Nak Cari Rumah Yang Saya Nak, Mana Saya Nak Dapatkan Info Ya?”
BERITA BAIK UNTUK ANDA!
Kami telahpun menyenaraikan property yang menepati 3 kriteria yang selamat untuk investment mahupun diduduki.
Berminat nak tahu senarai property tersebut? Isi detail di bawah, tim kami akan consult anda dalam 48 jam selepas mendaftar.