PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Apa peluang yang ada untuk pembeli rumah waktu krisis COVID-19?

Ini antara soalan ‘panas’ yang Tok selalu dapat daripada pembaca sewaktu krisis COVID-19 sekarang. 

Ditambah pula dengan kejatuhan harga minyak global, ekonomi negara kita akan terkesan secara langsung jika situasi ini berterusan. 

Ramai pakar yang menjangka, krisis ekonomi bakal berlaku tidak lama lagi dan perkara ini tak boleh disangkal lagi. 

Ada segelintir marhaen menganggap, kita patut elak beli rumah sewaktu ekonomi sedang bermasalah. 

Buat yang mampu dan tak ada masalah kewangan yang teruk, ini adalah masa terbaik untuk beli rumah. Jemput hadamkan perkongsian Tok ini untuk tahu lebih lanjut. 

AWAS – Tip ini bukan untuk semua orang! 

Sebelum Tok mulakan, izinkan Tok beri nasihat. 

Perkongsian ini adalah untuk mereka yang tak berdepan dengan masalah kewangan. Maksudnya, korang menepati kriteria seperti berikut: 

  • Masih ada kerja (dan ada gaji) sewaktu krisis COVID-19 ini, 
  • Ada simpanan yang banyak dalam bank, 
  • Mampu tampung perbelanjaan asas (seperti makanan, tempat tinggal, dan sebagainya) untuk meneruskan kelangsungan hidup, dan 
  • Simpanan kecemasan melebihi 6 bulan gaji (atau lebih). 

Kalau korang tak menepati kriteria ini, Tok mohon agar korang kukuhkan kewangan peribadi terlebih dulu. Kelangsungan hidup korang dan keluarga lebih penting. Fokus kat situ dulu. 

Buat yang tak ada masalah dari segi kewangan sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan berhasrat nak beli rumah waktu ini, perkongsian ini khas untuk korang. 

Tok sediakan link artikel bantuan yang Kerajaan sediakan untuk menghadapi krisis ini untuk kemudahan korang: 

Kadar faedah loan rumah, lebih rendah daripada 4%? 

Sekarang, pasaran hartanah sedang berada dalam posisi buyers-market. 

BNM rendahkan OPR, menjadikan kadar faedah (interest) pinjaman rumah antara yang terendah dalam sejarah. 

Ramai pakar termasuk Faizul Ridzuan sendiri, menjangkakan interest loan rumah akan turun serendah 3.5% dalam tempoh 9 bulan akan datang. 

Sekarang ni, purata interest yang bank konvensional tawarkan sekitar 3.8%. Kadar ini lebih rendah kalau dibandingkan dengan kadar LPPSA (which is at 4%). 

91995896 3151574754906143 1794716479078268928 o
Kadar faedah bank terkini. Sumber gambar – FAR Capital Sdn Bhd

Dah tentu bagi yang mampu, lihat situasi ini sebagai peluang yang sukar dilepaskan. Dalam waktu terdesak ini juga, ada pemaju berikan insentif dalam bentuk diskaun dan rebat yang menarik. 

Pendek kata, sekarang adalah masa terbaik untuk beli rumah. 

Buat yang bersedia nak beli rumah, follow tip yang Tok kongsikan kat bawah ini: 

Tip #1: Beli rumah yang dah siap (atau rumah sub-sale)

Rumah sub-sale, dalam bahasa mudah,merujuk kepada rumah terpakai atau rumah second hand. 

Tok sarankan beli rumah dalam pasaran ini sebab rumah ini dah siap terbina. Bermakna, korang tak berdepan dengan risiko seperti rumah under construction, yang mana ada risiko pembinaan projek itu ditangguhkan. 

Antara kelebihan beli rumah sub-sale adalah: 

  • Korang boleh pindah masuk terus atau terus sewakan untuk jana pendapatan, 
  • Boleh terus tengok kondisi rumah sebelum buat keputusan membeli, 
  • Boleh negotiate (berunding) dengan penjual untuk beli pada harga yang lebih rendah. 

Tip #2: Beli projek under-construction (rumah dalam pembinaan) yang hampir siap

Boleh je nak beli rumah under construction. Tapi pastikan projek tu dah nak siap dalam masa terdekat. 

Ini supaya korang boleh terus pindah masuk, atau sewakan selepas siap dan jana cash flow (aliran tunai) tanpa buang banyak masa. 

Lagipun, macam Tok cakap tadi, ramai pemaju yang berikan diskaun, rebat, atau cash back yang menarik. Dengan cash back yang ada, korang boleh gunakan sebagai emergency fund untuk waktu terdesak. 

Tapi, pastikan korang buat kira-kira sebab cash back bukan duit percuma. Kena strategik sikit kalau nak beli rumah dengan cash back ni. 

Cuma, korang kena tahu bila projek itu bakal siap. Di FAR Capital, mereka ada projek yang bakal siap dalam masa beberapa bulan saja lagi. 

Tip #3: Cari rumah bawah nilai pasaran (atau below market value)

Semasa ekonomi tengah tak stabil, ramai pemaju dan pemilik rumah terdesak nak jual produk mereka. 

Waktu ekonomi tak stabil pulak, orang ramai jadi kurang bernafsu untuk keluarkan duit dan membeli rumah. 

Bila ini berlaku, permintaan untuk beli rumah akan berkurang. Masa ni, korang boleh nampak pemaju dan penjual berikan macam-macam tawaran menarik kat pembeli. 

Ini adalah masa terbaik untuk korang cari rumah yang dijual pada harga below market value. 

Tok tak cakap senang nak cari rumah macam ni. Tapi rumah seperti ini wujud dan tak mustahil korang dapat jumpa kalau rajin mencari. Boleh tanya rakan-rakan ejen hartanah untuk dapatkan listing ini. 

Tip #4: Ambil tempoh maksimum pinjaman rumah 

Waktu kegawatan ekonomi, cash flow (aliran tunai) adalah sangat penting. 

Dengan stretch (panjangkan)tempoh pinjaman, korang akan ada lebihan tunai yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Ini dapat mengurangkan bebanan kewangan korang. 

Objektif utama – supaya korang tak sesak nak bayar balik ansuran bulanan kat bank. Benda ni boleh dibawa berbincang dengan bank yang korang buat pinjaman tu. Rajinkan bertanya kat ejen bank. 

Tip #5: Cari penjual yang terdesak 

Cara ini, mungkin tak famous kalau dibandingkan dengan tip yang Tok kongsikan sebelum ini. 

Tapi bila penjual terdesak, korang ada leverage dari segi rundingan harga jualan. Bayangkan, korang ada kuasa vito untuk beli rumah pada harga yang lebih rendah (below market value). 

Ada banyak sebab yang buatkan penjual tu nak jual rumah dengan cepat, seperti masalah berkaitan kewangan, atau lain-lain faktor. Gunakan peluang ini dengan sebaiknya. 

Tip BONUS: Pilih pinjaman yang cover ansuran bulanan bank

Kalau nak ambil pinjaman rumah, pastikan kadar faedah tu dapat cover kadar ansuran bulanan rumah yang dibayar kepada bank. 

Ini sebagai persediaan supaya korang tak terkesan dengan teruk bila terpaksa turunkan kadar sewa. Tujuannya supaya korang boleh kawal bleeding (terpaksa top-up ansuran rumah dengan duit sendiri). 

Katakan, korang dah kaji kadar sewa rumah di lokasi A pada RM2,000. Korang perlu dapatkan loan rumah dengan ansuran bulanan yang tak lebih daripada jumlah ini (atau lebih rendah lagi). 

Sebelum beli, korang wajib pastikan: 

  • Rumah tu tak melebihi harga median (atau lebih baik lagi, lebih rendah berbanding harga median) sesebuah kawasan tu, 
  • Tahu beza antara premium harga rumah baru berbanding rumah lama, 
  • Tak bergantung kepada satu jenis sewaan (kena ada multiple rental options), 
  • Hanya beli rumah Gred A atau B saja, 
  • Ada booster yang bakal siap dalam masa terdekat, dan
  • Tak ada lebihan bekalan hartanah (oversupply) dalam kawasan yang korang nak beli tu (contoh kes seperti di Cyberjaya). 

Ini kriteria yang akan pastikan pembelian korang tu selamat dan tak akan bebankan korang sewaktu krisis ekonomi melanda. 

— 

Tok harap dengan perkongsian ini, korang dapat beli rumah tanpa mengira situasi dan keadaan ekonomi semasa. 

Pada pendapat personal Tok, bila-bila masa adalah masa terbaik untuk membeli rumah. Dengan syarat, korang mampu dari segi kewangan dan dah lepas perkara yang wajib. 

Setiap masalah, ada terselit peluang. Tanam mindset ni dalam kepala kita dalam-dalam ya. 

Bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja. Ada juga yang lebih memilih untuk menyewa sampai sekarang.

Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook menyewa 1

Comments are closed