PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kenapa lelaki ini tak galakkan beli hartanah pelaburan bawah RM200,000 di Klang Valley?

“Betul ke semua hartanah confirm buat untung?”

Hakikatnya, tak semua. Dah nama pun pelaburan, pasti akan ada terselit risiko tak kira besar atau kecil.

Apa-apa pun, kena kaji dulu tahap kemampuan kewangan kita. Baru kita boleh decide nak melabur kat hartanah yang mana satu.

Rezeki setiap orang lain-lain, tak sama. Ada orang bergaji lebih RM3,000 sebulan, dan ada yang bergaji bawah RM1,500 sebulan.

Cuma, kalau korang mampu beli hartanah medium cost, kenapa perlu korang beli jugak hartanah berstatus low cost?

Kenapa perlu kacau jugak hak orang lain kalau korang dah terlebih mampu?

Tok nak korang baca perkongsian Tuan Faizul Ridzuan pasal topik ni. In shaa Allah mata dan hati korang akan lebih terbuka lepas selesai hadam nanti.

Ramai orang nak tahu jawapan kepada soalan cepu emas ini

Salam semua.

Pada bulan September yang lepas dalam program Sarjana Hartanah dan juga program anjuran Richworks, saya ditanya soalan ni:

“Okay ke kalau beli rumah lowcost atau rumah murah?”

Okay. Saya nak kongsikan yang saya tak galakkan atas sebab sebab berikut.

#1: Tak rasa bersalah ke ambil hak orang lain?

Biarkan rumah murah bawah RM200,000 untuk mereka yang kurang mampu.

Kalau gaji kita lebih RM5,000, janganlah kita kacau rumah yang disediakan khas untuk orang yang kurang berkemampuan.

#2: Rugi kalau gunakan 90% loan untuk beli rumah low cost

90% loan patut kita pakai utk hartanah paling mahal kita mampu dan masih selamat dan logikal untuk dibeli.

Bila dah habis pakai semua 6 cara (yang saya kongsi dalam Sarjana Hartanah) untuk atasi 70% LTV dan dah takde jalan lain, barulah explore nak beli rumah kos sederhana.

30% dari hartanah RM200,000 adalah RM60,000, tapi 30% dari hartanah Rm500,000 adalah RM250,000. Kena strategik sikit kalau nak guna loan 90% tu.

#3: Yang mana lebih untung (dan senang) untuk anda buat?

Saya prefer beli 4 hartanah untuk dapat RM30,000 sebulan passive income berbanding beli 12 hingga 15 hartanah untuk dapat RM20,000 sebulan.

Dah tentu lebih mudah untuk jaga 4 hartanah berbanding jaga 12 hingga 15 hartanah untuk dapatkan result yang sama.

#4: Lebih mudah dapatkan kadar sewa dan capital appreciation yang tinggi

Hartanah jenis mass market, kalau beli yang betul, boleh bagi capital appretiation dan rental yang mantap.

#5: Beza networth yang ketara buat anda tak tidur lena

Networth lepas 20 hingga 30 tahun akan berbeza untuk rumah low cost berbanding lawan rumah mass market.

Ansuran hanya RM2,700, tapi boleh sewakan hingga RM4,000 sebulan

Senang ke nak beli hartanah nilai RM300,000 – RM600,000 yang cashflow positif?

Memang bukan mudah. Tapi bukan mustahil juga.

Hartanah saya yang VP tahun 2015-2016 ada yang boleh bagi cashflow 4 angka.

Ada student Sarjana Hartanah yang yang beli hartanah yang installment mereka baru RM2,700.

Tapi sekarang disewakan pada lebih RM4,000 sebulan menggunakan cara pemilihan hartanah dan penyewaan yang saya kongsikan dalam Sarjana Hartanah tahun lepas.

Saya gembira dengan pencapaian beliau sebab orang lain nak dapat break even pun susah.

Tapi beliau dapat juga cashflow positive 4 angka. Alhamdulillah.

Anda pilih jadi singa atau lembu?

Tak semestinya kena membeli berpuluh hartanah baru boleh jadi senang. Beli 4-8 pun dah okay kalau beli benda yang betul.

Kualiti lebih penting dari kuantiti.

Singa tak perlu memburu setiap hari. Sebab sekali dia memburu, cukup untuk makan berminggu.

Lembu pula, hari hari kena cari port rumput baru.

Boleh nilai sendiri strategi pelaburan kita, sama ada kita tiru singa atau lembu dalam pelaburan hartanah. Agak-agak, korang yang mana satu?

Nota ekstra: Konteks perbincangan saya adalah dari sudut pelaburan hartanah di Klang Valley, di mana majoriti hartanah berharga RM200,000 ke bawah adalah dari kategori low cost.

Definisi low cost ini tak patut dipakai di luar Klang Valley, di mana ada banyak hartanah di bawah RM200,00 yang dalam kategori mass market.

RM200,000 di Ipoh atau Melaka boleh beli DSL (double storey landed) yang memang patut dikategorikan sebagai mass market property.

Kesimpulannya, lain kawasan, lain definisi mass market dan low cost mereka.

Tok harap perkongsian ni dapat membuka minda korang luas-luas.

Kan lebih untung kalau korang gunakan 90% loan tu dan beli hartanah yang mass market? Yang low cost tu, bagi peluang kat orang yang kurang mampu.

Tok nak korang jadi pelabur hartanah yang bijak dan berjiwa besar. Kalau betul korang dah mampu, elakkan kacau hak orang lain yang lebih memerlukan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *