5 Cara Wujudkan Suasana Kerja Selesa Dalam Ruang Terhad

| |

Bekerja dari rumah adalah norma baharu.

Tok tulis artikel ni pun dari rumah je.

Ada yang gembira bekerja dari rumah dan ada juga yang tertekan.

Biasanya golongan bujang lah yang lebih tertekan bila kena kerja dari rumah. Lagi-lagi yang tinggal di rumah bujang. Duduk ramai-ramai dalam satu rumah.

Bila dah tinggal ramai-ramai ni ruang sangatlah terhad, nak kerja pun tidak selesa. Sebelum Covid tiada masalah ni sebab rumah sekadar tempat rehat dan tidur sahaja.

Awalnya macam okay je kerja di ruang terhad ni, tapi lama kelamaan jadi makin tertekan. Situ lah tidur, situ lah kerja, situ lah juga tempat makan.

Tapi apa kita boleh buat, ini adalah norma baharu. Kita yang perlu adapt dengan keadaan semasa. Jadi apa yang kita boleh buat untuk kekal produktif dalam ruang kerja yang terhad?

Tips #1 : Cari ruangan yang sesuai

Kalau dah tiada ruang lansung untuk kita set up ruang kerja, belilah meja lipat kecil. Senang nak bawa ke mana-mana ruang dalam rumah. Pagi-pagi mungkin boleh kerja di balkoni sambil menghirup udara pagi dan disinari mentari. Bila panas boleh duduk bawah kipas. Nak privasi boleh kerja dalam bilik. Murah je kat Shopee meja tu, tidak sampai RM100 pun.

Ni contoh meja lipat yang boleh guna untuk buat kerja.

Link : Shopee

Tips #2 : Bekerja dengan waktu fleksibel

Dah ada meja kecil, tapi berebut tempat pula dengan kawan-kawan. Tidak mengapa, Tok cadangkan untuk cuba tukar waktu kerja pula.

Kerja dari rumah ni lebih fleksibel, selagi mana kita hantar kerja tepat pada masanya, hadir mesyuarat, ikut suka kita lah nak buat kerja bila kan.

Boleh buat dari 3 pagi-8 pagi contohnya. Sunyi, tiada siapa nak kacau.

Tips #3 : Set up tempat kerja yang baik

Antara elemen utama bagi ruang kerja yang baik adalah sumber pencahayaan. Lebih lagi kalau anda kerja pada waktu malam. Bab cahaya ni jangan buat main, lama-lama boleh rosak mata kalau tak jaga.

Contoh lampu yang anda boleh pilih macam dalam gambar yang Tok bagi. Ni boleh dapatkan kat Shopee.

Link : Shopee

Selain itu boleh juga labur kepada kerusi kerja yang lebih selesa. Pilih yang ergonomik, barulah tidak sakit pinggang. Sekali lagi, Tok cadangkan cari sahaja di Shopee, pilih mana yang berkenan.

Contohnya macam gambar yang Tok tunjukkan ni.

Link : Shopee

Tips #4 : Tutup notifikasi

Ini Tok nak bagi tip produktiviti pula, supaya kita tidak bekerja lebih masa.

Perkara paling penting sekali, tutup notifikasi! Tak kira la whatsapp ke, media sosial ke, tutup semuanya. Tinggalkan notifikasi untuk panggilan sahaja, takut ada kecemasan pula nanti.

Bila tiada gangguan barulah anda boleh fokus bekerja. Kerja pun siap lebih cepat.

Tips #5 : Gunakan teknik rahsia untuk urus masa

Teknik ni mudah je tapi sangat-sangat berkesan. Namanya teknik promodoro. Teknik ini bagus untuk mereka yang sering terleka dengan telefon pintar, sikit-sikit nak scroll Twitter dan Facebook.

Bagaimana caranya? Buka pomofocus di tab Chrome (timer yang sediakan teknik promodoro). Dalam pomofocus tersebut, masa yang diberikan untuk buat kerja adalah 25 minit manakala waktu rehat adalah 5 minit.

Tekan timer dan mulakan kerja anda. Bila masa dah tamat, ambil 5 minit untuk berehat pula. Ulang 3-4 kali, tanpa kita sedar dah 2 jam berlalu.

Nak lebih efisyen? Pecahkan kerja kepada unit-unit kecil. Contohnya anda diminta menyiapkan kertas kerja. Ada 10 bab kesemuanya. Letakkan sasaran untuk siapkan 2 bab dalam tempoh 25 minit. Cukup 4 sesi dah siap 8 bab.

Tok harap anda dapatlah aplikasikan sekurangnya 1-2 tip yang tok dah senaraikan kat atas. Baru-baru ni Tok ada tulis ebook bertajuk 5 benda yang anda wajib kena tahu sebelum anda menyewa di mana – mana tempat.

Ada yang dah menyewa lama, tapi masih tak tahu hak-hak seorang penyewa. Dalam ebook ini Tok bagitahu apa hak penyewa. Selain itu ada juga Tok masukkan juga tip menarik seperti macam mana nak dapat tawaran yang menarik bila menyewa.

Berminat? Muat turun di sini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Previous

Pertama kali memohon loan rumah? Sebelum apply, baca ini

Rumah sewa mana yang lagi sesuai untuk pasangan baru berkahwin?

Next