PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Aku sanggup tahan 6 nafsu ni demi pulangan lumayan” – Kamil

Tok pasti korang pernah dengar pepatah:

“Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.”

Pepatah ni bukan sekadar ayat kosong. Dan kalau korang boleh buat, tak mustahil boleh capai matlamat pelaburan korang dengan lebih cepat.

Bukan Tok seorang yang kata macam ni tau. Nah, Tok nak kongsikan ilmu Tuan Najib Mohamed ini sebagai bukti.

Ramai pelabur hartanah yang berjaya korbankan 6 perkara ini. Dan hasilnya, mereka dapat rasa pulangan pelaburan yang lebih baik dalam tempoh 6 tahun.

Lepas 6 tahun, baru layan nafsu ini

Menjadi pelabur hartanah bukanlah semudah yang disangka.

Banyak pengorbanan dan kesabaran diperlukan. Tak kira sama ada baru bermula mengumpul deposit rumah, atau dah membeli rumah pertama.

Ini bagi memastikan permohonan pinjaman korang lulus dan boleh survive uruskan hartanah pertama tanpa mengalami kerugian yang besar.

#1: Nafsu nak pakai kereta baru

Bagi graduan yang baru mula bekerja, adalah digalakkan pergi kerja gunakan pengangkutan awam. Atau beli kereta secondhand yang kecil secara cash. Contohnya, Perodua Kancil.

Bertambah ohsem kalau korang kekal gunakan motor. Lagi banyak korang boleh jimat.

Sebab apa saya cakap macam ni?

Kalau korang beli kereta dulu, dan lepas tu nak beli rumah, kemungkinan besar permohonan pinjaman rumah korang akan ditolak. Ini akibat komitmen korang telah diambil alih oleh komitment kereta yang tinggi.

Bila guna pengangkutan awam atau beli kereta secara cash, korang confirm boleh jimat sehingga RM6,000 setahun.

#2: Nafsu nak melancong ke serata dunia

Kekerapan melancong, tak kira dalam atau luar negara, akan buatkan semua orang susah nak menyimpan.

Banyak kos utama dan kos tersembunyi yang kita tak sedari. Kos petrol dan tol, tiket kapal terbang, kos hotel, kos makan, kos sewa kenderaan, kos beli cenderahati. Macam-macam.

Kadang-kala, kita lebih cenderung berbelanja lebih sebab terlampau teruja dengan tempat baru. Dah excited, mana nak ingat kan?

Tapi, kalau korang tak melancong, korang boleh jimat antara RM1,000-RM5,000 setahun.

Lagipun, kejap je 5 tahun. Lepas tu, boleh je nak melancong ke mana-mana yang korang suka.

#3: Nafsu nak makan sedap-sedap setiap masa

Zaman sekarang, terlalu banyak restoran dan gerai makan yang menawarkan pelbagai makanan yang enak dan menarik.

Dan harga pula boleh tahan mahal. Ia hanya akan menghakis duit poket kita.

Contohnya, café berkonsepkan hipster yang mana, harganya lebih mahal sebab mereka mengetengahkan konsep moden dan keselesaan.

Tak salah mencuba sekali dua, tapi janganlah sampai setiap minggu nak makan diluar.

Masak dekat rumah adalah lebih menjimatkan dan menyihatkan. Tak percaya? Cubalah dulu. Korang dapat jimat lebih kurang RM2,400 hingga RM4,800 setahun. Banyak tu.

#4: Nafsu beli barang baru dan berjenama

Tak salah membeli sesuatu barang baru kalau ia adalah satu keperluan. Tapi ia akan bertukar jadi kehendak kalau ia tak perlu dan harganya terlampau mahal.

Contohnya, korang nak beli beg untuk ke ofis sebab yang lama dah terkoyak. Pilihlah beg dengan harga yang sederhana dan tahan kualitinya. Elakkan membeli hanya kerana jenamanya saja.

Kadangkala, sebahagian jenama letakkan harga yang terlampau mahal, tapi kualitinya sama sahaja seperti beg lain yang jauh lebih murah. Jadilah pengguna yang bijak. Boleh juga jimat RM200 ke RM1,000 setahun.

#5: Nafsu acah-acah nak window shopping

Sebenarnya, lebih banyak keburukan keluar window shopping, melainkan korang memang berhajat nak beli barang keperluan atau lain-lain sebab.

Korang lebih cenderung untuk membeli barangan yang tak perlu dan wang sedia tu ada potensi berkurang untuk survive sampai akhir bulan.

Rancanglah pembelian sesuatu barang dan anda jimat RM500 ke RM2,000 setahun.

#6: Nafsu nak pakai gajet up-to-date

Pembelian gajet juga boleh dikategorikan sebagai keperluan dan kadangkala kehendak.

Upgrade smartphone sempena keluarnya model baru jenama tersebut adalah satu pembaziran dan kehendak.

Dengan memakai handphone sedia ada (hingga ia betul-betul rosak) membolehkan kita menyimpan wang untuk pelbagai tujuan yang lebih baik.

Contohnya untuk melabur dalam hartanah, dana amanah, dan banyak lagi yang memberikan pulangan yang lebih baik. Boleh jimat RM500-RM2,000 setahun kalau korang tak bertukar-tukar gajet.

Banyak yang boleh berlaku dalam tempoh 6 tahun.

Mana tahu. Berkat kesabaran menahan nafsu-nafsu ni menguasai diri, korang boleh dapat lebih dan lebih baik lagi, berbanding sekadar menjadi hamba turut nafsu. Kan?

Tok sentiasa doakan kejayaan korang. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *