PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kisah Gadis Umur 22 Tahun, Gaji RM1200, Beli Kereta CASH Dan Hartanah Bernilai RM110,000

Tiada apa yang mustahil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Selalu Tok dengar keluhan pembaca GilaHartanah.com.

“Gaji saya sikit je, Tok. Harga rumah dah mahal. Macam mana nak beli rumah ni?”

Tuan Faizul Ridzuan telah menggalakkan kami menceritakan kisah gadis muda Cik S yang kini bekerja di kafe CoffeeBean di Kuala Lumpur.

Kami berpeluang menemuduga Cik S yang bergaji RM1200 sebulan tentang bagaimana beliau mampu menyimpan RM500 sebulan untuk membeli hartanah bernilai RM110,000.

Ikuti wawancara kami:

Q – Umur Cik S dan suami sekarang berapa ya?

A- Saya  berumur 22 tahun dan suami berumur 23 tahun

Q – Kahwin bila tu?

A – Tahun 2012 bila umur saya 19

Q – Wah awalnya kahwin! Macam mana kumpul modal untuk berkahwin? Ambil personal loan tak?

A – Kami tak ambil personal loan langsung. Kami belanja RM15,000 untuk semua, dan semua duit tu dari simpanan saya dan suami.

Q – Kalau tak keberatan, boleh kongsikan pendapatan suami dan cik S sekarang? 

A – Segan nak cakap. Pendapatan bersih kami berdua sebulan adalah hampir RM3000 sebulan sekarang.

Q – Sekarang ramai graduan yang mengatakan gaji RM3000 sebulan pun tak cukup. Macam mana Cik S boleh menyimpan sehingga RM500 sebulan dengan pendapatan bersama tak sampai RM3000 sebulan?? Sewa rumah, Kereta, makan, Astro, Internet, semua tu, bolehkah hidup dengan pendapatan RM3000 sebulan?

A – Tak tahulah. Tapi kami jenis tak berbelanja banyak. Contohnya :

  1. Dulu kami takde kereta, hanya ada 2 motor. Kalau kerja kami syif yang sama, kami pergi kerja naik satu motor je. Romantik sikit.
  2. Pergi kerja bawa bekal. Boleh makan sedap dan kita pun tahu yang makanan tu bersih sebab kita sediakan sendiri.
  3. Kami tak langgan internet atau Astro sendiri
  4. Kami duduk dengan parents buat masa ni.
  5. Tak pernah melancong keluar negara, hanya melancong dalam negara sahaja.
  6. Baru-baru ni kami beli kereta nd-hand Wira pada harga RM10,000, tanpa hutang. Tapi jarang bawa sebab hari hari naik motor pergi kerja.

Q – Apa perancangan kewangan yang pernah dibuat sebelum ini?

A – Kami takdelah merancang secara detail, tapi kami tahu kami kena berjimat dan menyimpan.

Tahun pertama kami kahwin kami terus buka simpanan ASB.

Tahun kedua kami beli kereta wira tu cash.

Tahun ketiga kami rancang nak beli rumah, dah lama kami tengok tengok rumah sampai jumpa rumah apartment low cost di Damansara. Kami nak beli tapi tak berani sebab ilmu takde.

Q – Oh kata tak berani nak beli sebab takde ilmu tapi sekarang berani pulak?

A – Itulah. Kebetulan abang Faizul Ridzuan selalu buat appointment di tempat saya bekerja. Hari-hari mamat ni datang berjumpa orang yang lain lain. Bila saya dapat tahu abang Faizul ni suka melabur dalam hartanah, saya beranikan diri tanya dia. Dan alhamdulillah dia tak lokek ilmu dan dia yang guide saya step by step. Tu yang jadi berani sikit.

Q – Ada yang mengata yang Cik S boleh menyimpan RM500 sebulan ni kerana duduk dengan ibu-bapa. Apa nasihat Cik S kepada mereka? 

A – Kami suami isteri sebenarnya pilih untuk duduk dengan ibu-bapa kerana saya nak jaga adik saya yang juga merupakan orang OKU. Rumah yang kami duduki sekarang pun, sewanya kami yang bayar. Saya dan suami (beliau anak sulung dan juga merupakan harapan untuk tanggungan keluarga beliau) ada tanggungjawab besar jadi kami pilih untuk tinggal bersama mereka.

Macam tu la ceritanya. Memang tak ramai orang yang mampu buat macam Cik S. Apa yang Tok boleh puji adalah sikap dia.

Dengan gaji yang sedikit, Cik S sanggup ikat perut dulu, pandai “ukur baju di badan sendiri”, tidak berbelanja boros.

Akhirnya, dapat jugak beli kereta dan rumah sendiri, sedangkan orang lain ada yang gaji lebih besar pun masih menyewa lagi sampai sekarang.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Apa lagi alasan kita?

BACA :  KENAPA KERETA MERUPAKAN KESALAHAN KEWANGAN PALING TERUK YANG KITA SELALU BUAT

BACA : BANYAK HUTANG? BACA CARA UNTUK LESAPKAN HUTANG JAHAT!

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *