7 gaya fikir yang jadikan lelaki ini jutawan pada umur 22 tahun...

7 gaya fikir yang jadikan lelaki ini jutawan pada umur 22 tahun (yang anda boleh gunakan lepas habis baca).

4899
2
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok rasa, dah lama tak menulis pasal kisah inspirasi untuk korang semua.

3 hari lepas, Tok ada baca perkongsian Tucker Hughes pasal kisah kejayaan beliau kat blog Entrepreneur.

Hughes baru berumur 22 tahun. Tapi, usia muda ini bukan penghalang beliau untuk capai tahap jutawan dalam industri yang kompetitif dan mencabar (industri hartanah komersial) kat Amerika Syarikat.

Kalau nak jadi kaya, perkara pertama yang nak kena ubah adalah mentaliti. Dan kali ini, Tok nak kongsikan 7 gaya fikir (mindset) Hughes yang bantu capai kejayaan dalam hidup beliau.

Kalau beliau boleh buat, dah tentu korang juga sama. Ia tak mustahil terjadi, kalau korang mula tanam gaya fikir ini mulai sekarang.

#1: Umur sekadar nombor.

Kita masih bernafas, kan?

Alhamdulillah. Bermakna, Allah S.W.T masih berikan kita peluang untuk teruskan kehidupan. Tapi hakikatnya, ia tak akan kekal selama-lamanya. Dan kita tak tahu bila.

Selagi masih hidup dan sihat, teruskan tindakan dan fokus 100% kat impian yang kita nak capai.

Tak patut jadikan umur sebagai batu penghalang. Saat kita berikan alasan (tak kira berdasarkan apa faktor sekalipun), kejayaan akan susah nak dekat kat kita.

Kalau kita percaya yang kita boleh buat daripada mula, peluang kejayaan akan jadi lebih cerah. Amalkan sikap positif, tak kira apa juga halangan yang menimpa kita.

Bagi yang masih muda, mula bertindak sekarang. Yang dah berumur pula, masih belum terlambat untuk mula.

Bak kata pepatah:

“Baik lagi lambat, daripada tak buat langsung.” – Matthew Henry

Mulakan tindakan segera, supaya korang boleh cipta dan kekalkan momentum yang ada. Dan sepanjang perjalanan, buatkan lebih ramai orang nak jadi sebahagian dalam perjuangan korang.

#2: Melabur kat diri sendiri.

Pelaburan terbaik yang Hughes pernah buat adalah pelaburan kat diri beliau sendiri. Dan ini perkara yang patut kita semua buat.

Ini antara sikap yang Hughes amalkan:

  • membaca setiap hari (sekurang-kurangnya 30 minit),
  • dengar podcast (yang berkaitan dengan kerjaya beliau) semasa memandu,
  • berjumpa dengan mentor setiap kali ada waktu terluang.

Semua tindakan ini berikan banyak manfaat kat diri Hughes.

Tambah Hughes lagi, kita bukan setakat kena tahu selok-belok industri yang kita ceburi. Tapi, lebih baik lagi tambah pengetahuan tentang kewangan, politik, sukan, atau lain-lain yang berkaitan.

Bila kita ada pengetahuan luas, lebih mudah kita nak berbual dengan ramai orang. Ini akan mudahkan kerja kita bercakap dan buatkan orang lain senang dengan kita.

Jadi, teruskan belajar dan jadikan ilmu bagaikan udara yang kita sedut setiap masa.

#3: Elakkan ‘decision fatigue’.

Decision fatigue bermaksud, kita penat untuk fikirkan keputusan yang terbaik untuk sesuatu perkara atau masalah.

Fokus (attention) boleh guna banyak tenaga kita dan buatkan kita penat secara mental dan fizikal. Dan ia boleh beri kesan yang tak baik kat produktiviti kita.

Tak kira betapa kuat stamina mental kita, akan ada satu hari yang kita tak tahan dan buatkan kita berputus asa (breakdown). Dan korang tak perlu risau. Ini adalah perkara biasa yang boleh kita atasi.

Caranya? Jimatkan tenaga mental korang dengan membuat keputusan mudah dengan pantas, supaya ia berfungsi sebagai autopilot. Tak salah gunakan idea yang berkesan selesaikan masalah, berulang kali.

Sebagai contoh, kita boleh pelan baju yang kita nak pakai, atau buat pelan makan setiap hari untuk seminggu awal.

Elakkan perkara kecil macam ini daripada penatkan minda korang. Sebab ada banyak lagi perkara atau masalah lain (yang penting) perlukan tenaga mental korang.

Dengan ini, kita boleh gunakan baki tenaga mental ini untuk fikirkan masalah yang lebih kritikal, dan perlu diuruskan secara kritis. Ambil masa, dan bila dah buat keputusan, timbal balik keputusan itu dengan berhati-hati.

#4: Membina daya tahan minda.

Beza ketara antara orang yang berjaya dan yang tak, adalah keupayaan untuk bekerja secara produktif untuk satu tempoh yang panjang.

Penting untuk kita membina daya tahan minda. Kalau tak, kita susah nak ada ketahanan untuk bekerja dalam satu tempoh yang lama.

Dan perkara ni akan jadi pengacau besar dalam usaha mencapai matlamat kita. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba kompetitif ini.

Kenali kemahiran dan skil yang kita ada, supaya kita sedar dimana kekuatan kita. Dan kenal pasti gangguan yang alihkan fokus kita. Ini akan buatkan kita tahu dan boleh merangka pelan tindakan untuk atasi masalah ini.

Kita juga boleh buat analisis mendalam tentang aktiviti harian kita setiap hari, dan sentiasa agresif mencari peluang untuk buat penambahbaikan.

#5: Berfikir secara besar (Think big).

Dengan adanya matlamat, kita akan jadi jelas untuk mencapai perkara yang kita nak dapatkan. Kalau tak, tak mustahil kita akan terumbang-ambing, tak tahu apa nak buat.

Kalau korang tak ada lagi matlamat yang nak dicapai dalam tempoh 1, 5, atau 10 tahun akan datang, mula buat sekarang.

Menurut Hughes, beliau akan baca matlamat yang beliau nak capai setiap kali bangun tidur.

Kemudian, beliau akan tanya soalan ini kat diri sendiri:

“Macam mana aku nak capai matlamat ini dalam tempoh X tahun? Apa yang perlu aku buat?”

Jawapan untuk soalan ini akan menjana kuasa konsistensi dalam diri kita. Dengan konsistensi dalam tindakan, tak mustahil kita akan dapat capai matlamat itu dalam masa yang singkat.

Tapi, ia juga boleh dipengaruhi secara positif dan negatif. Ia boleh jadi sauh yang perlahankan tindakan kita, atau jadi pelincir ke arah matlamat yang kita ank capai. Terpulang kat kita nak pilih yang mana satu.

#6: Lakukan sesuatu perkara secara teratur dan bersistem.

Rancang kerja kita dan buat kerja itu secara terancang.

Dalam kes Hughes, beliau akui kejayaan beliau berpunca dari sistem pemasaran secara automatik (dan berskala besar).

Hughes mampu gandakan jumlah output pemasaran dan tingkatkan kadar penukaran (conversion rate) yang baik untuk bisnes beliau.

Antara cara paling mudah adalah dengan letakkan kempen pemasaran kat pelbagai medium setiap minggu (sekurang-kurangnya selama sebulan), mengikut susunan logik dan sediakan content secara berterusan.

Ini adalah cara Hughes.

Dan semua perkara ada sistem perlaksanaan yang tersendiri. Cari dan fahamkan sistem ini, dan tak mustahil korang boleh kaya cepat.

Orang kaya suka pada sistem yang berkesan. Dengan sistem yang betul, kita boleh uruskan sesuatu kerja berulang dengan lebih mudah, dan ia akan jimatkan banyak masa.

#7: Percaya kat diri sendiri.

Kalau bukan korang, siapa lagi?

Tak ada siapa yang berhak jadi penghalang untuk mencapai impian yang korang idamkan. Setiap orang yang tak berjaya hanya ada alasan yang dah sebati dengan diri mereka.

Dan korang lebih baik dari itu.

Orang yang berjaya ada cerita mereka tersendiri. Dah tentu tak semua cerita mereka manis-manis belaka.

Tapi, pengalaman itu buatkan mereka matang dan semakin bersemangat untuk terus maju ke depan.

Bila korang rasa tak ada perkara yang korang tak boleh buat dalam dunia ini, bermakna kejayaan dah semakin hampir kat korang. Jadi, kenapa kena berputus asa sekarang?

Mulakan dengan berjanji kat diri kita setiap hari untuk berusaha mencapai kecemerlangan secara konsisten, setiap hari. Ini adalah benih mentaliti yang Hughes tanam untuk berjaya dalam hidup beliau.

Kejayaan akan hadir kalau kita berusaha betul-betul. Ia bukan satu perkara yang mustahil untuk semua orang.

Kalau kita usaha, kita akan dapat. Dan sertakan sekali doa dan ilmu, sebab 2 perkara ini juga perlu ada.

Tok yakin. Korang yang baca artikel ini nak buat perubahan dalam hidup masing-masing. Jadi, mulakan tindakan. Semoga Allah S.W.T rahmati setiap usaha dan makbulkan matlamat murni korang ini. Ameen.

Photo by davis.steve32

2 COMMENTS

  1. Alhamdulillah, betul tu Tok. Jadikan ilmu umpama udara bagi kita. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa menyuruhnya umatnya mencari ilmu yang berguna untuk kita dunia dan akhirat. Malaikat mengembangkan sayapnya menaungi mereka yang menuntut ilmu kerana Allah SWT. Semoga perkongsian Tok kali ini memberi moivasi kepada kita semua agar sentiasa berusaha menuntut ilmu. Pelaburan yang terbaik adalah untuk diri kita sendiri.

LEAVE A REPLY