PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Senarai tempat makan sedap dekat TTDI (dari yang mahal ke yang murah)

Taman Tun Dr Ismail atau nama glamour dia, TTDI sekarang jadi hot spot untuk orang datang dan makan. Some say it is a ‘food heaven’. 

“Tapi dekat mana nak pergi makan dan mana yang sesuai dengan tekak saya?”

Jadi, berikut kami senaraikan tempat-tempat yang orang gemar pergi di TTDI dan kami senaraikan berdasarkan ‘preference’ anda:

The coffee shops

Dekat TTDI je dah ada banyak kedai ‘mengopi’ atau nama yang orang selalu sebut, ‘Coffee Shops’. Untuk penggemar kopi atau ‘coffee connoisseur’, TTDI ni is heaven for them!

Dekat area sini je ada dalam 10 coffee shops yang memang betul-betul specialise dalam pembuatan coffee mereka. Kedai-kedai ini bukannya setakat bancuh kopi ala-ala kedai mamak, tapi mereka learn the art of making a real coffee. Dari belajar tentang sejarah coffee beans dan lokasinya sampai lah belajar teknik dan kiraan yang betul untuk buat secawan kopi yang espresso based. Seni buat kopi ni memang sangat teknikal dan perlukan seorang barista yang skillful untuk buat secawan kopi yang sedap.

Antara coffee shops yang famous dengan pembuatan coffee mereka di TTDI ini ialah Artisan Coffee, Thvrsdvys, Common Man Coffee Roasters, Craft Origin dan The Other Half.

Cafe untuk lepak atau ‘dating’ yang ‘instagrammable’.

Sekarang ni untuk ‘brunch’ atau masa petang, selalunya orang mesti nak lepak dan sembang dengan kawan sambil minum kopi dan ‘mengunyah’.

Jadi untuk orang yang cukup suka pergi tempat macam ni, selalunya mereka akan cari tempat yang comfortable dan lawa, sambil tu boleh lah post dekat instagram sekali. Makanan wajib sedap tu dah pasti!

Cafe untuk brunch atau dessert dan pastry yang famous sudah tentu ada dekat TTDI. Antaranya ialah Dotty’s, Der Backmeister, Oh Cha Matcha, Foo Foo Fine Desserts, Mukha, Frisky Goat, Pickle & Fig dan Yeast Bistronomy.

Local food

Mana boleh panggil satu tempat tu ‘Food Heaven’ kalau tak ada makanan lokal kan? Of course, populasi penduduk TTDI je boleh katakan 90% orang tempatan jadi mestilah makanan untuk tekak orang kita pun ada juga.

Untuk orang yang tekak suka makan makanan Melayu, boleh pergi ke Little Rimba, D’Cengkih, Santai, Dua by Skohns, Nasi lemak Deli Portofino, Restoran Puteri (Penchala) dan Sambal Hijau (Penchala).

Untuk orang yang tekak mengidam nak makan Cina, of course ada Chinese food yang halal dekat sini. Antaranya ialah Homst & Muhibbah.

Untuk orang yang nak makan Penang food, sini ada juga Sisters Kopitiam.

Untuk orang yang nak ala-ala rasa macam local food tapi tak semestinya kena local food, ada Super Saigon (Vietnamese restaurant). 

Antara restoren yang anda boleh lawati: 

Meat lovers

Kadang- kadang ada masa kita nak celebrate special occasion macam birthday dinner. Jadi kalau special occasion, mesti la makanan pun nak kena special. Tapi jangan risau kalau tiba-tiba ada birthday tapi lupa nak plan.

Dekat TTDI ni saja dah ada Meat Point, Bedouin dan Simply Ribs. Tak payah nak pergi jauh-jauh semata-mata nak makan steak dan makanan arab.

Yang ni pula untuk orang yang suka makan burger, wajib pergi cuba Sixty Bites dan KGB. Confirm tak menyesal!

Tempat lepak tengah malam

Makan mahal memang sedap tapi kalau setiap hari makan mahal, sakit lah poket kita kan? Jangan risau, untuk abang-abang yang suka lepak tengah malam dengan kawan, sini banyak juga kedai yang offer macam ni.

Untuk tekak yang nak kedai mamak, ada Mosin, Abadi, Maulana, Al Bidayah dan Q Bistro

Untuk tekak yang rasa nak makan makanan melayu sambil lepak, ada juga Mai Street dan Rasta.

Untuk orang yang tak tahu nak makan apa, tapi tahu nak lepak, boleh pergi cuba Food truck dekat Tapak TTDI.

Untuk penggemar durian, boleh cuba Cendol Durian dekat Durian King.

Gerai kueh mueh tepi jalan

Katakanlah anda nak minum petang dekat rumah, tapi takkan setakat minum kopi dengan teh je?

Of course, selain dari restaurant dan cafe, yang ni saya include sini sebagai bonus. Alang-alang dah dalam area TTDI tu, wajib lah cuba favourite orang lokal TTDI iaitu pisang goreng & apam balik (dekat belakang Hong Leong bank) dan popiah basah (depan McDonald’s). Dekat gerai-gerai ini, memang tak pernah putus orang beli. Memanjang ada customer tapi saya guarantee berbaloi menunggu sebab memang sedap!

Tempat makan yang kami dah bagi ni semua sedap-sedap belaka. Tapi ni semua ikut tekak masing-masing. Mungkin ada yang sedap bagi kami, tak sedap bagi anda. Kalau nak pergi makan, tapi tak tahu nak pergi mana, boleh lah ke TTDI sebab segala jenis makanan ada. Bila dah sampai sana, baru lah pilih nak makan apa. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed