“Okay tak beli hartanah di Johor, kalau kerja dekat Singapura?”

Nak baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris (English)Klik sini sekarang.

Setiap hari, ada beratus (atau mungkin cecah angka sehingga ribuan) orang menyeberangi Laluan Ke-2 Tuas (Linkedua) dan Tambak Johor untuk ke Singapura.

Menurut sebuah perkongsian dalam blog TheVocket.com, hampir 400,000 rakyat Malaysia bekerja di negara jiran itu. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum India dan juga Cina.

Kaum Melayu? Sekitar 10% saja. Nombor ini diambil pada tahun 2016, dan Tok jangkakan angka ini ada peningkatan pada tahun seterusnya.

Secara purata, seramai 150,000 pengguna menggunakan kedua-dua laluan ini untuk berulang-alik dari Malaysia ke Singapura setiap hari, di mana 75% adalah rakyat Malaysia.

Dan ini soalan yang kita akan cuba jawab pada hari ini – Adakah berbaloi beli hartanah di Johor kalau korang bekerja di Singapura?

Apa pro and cons tinggal di Johor dan bekerja di Singapura? 

Untuk sesetengah orang, mereka akan fikir macam ni:

“Gila ke apa nak seberang Johor-Singapura setiap hari? Penat kot!”

Kalau fikir ikut logik, perkara ini ada betulnya. Bayangkan, korang kena beratur dekat Kastam dan mengadap kesesakan lalulintas untuk ke sana.

Tapi kalau nak kita pandang pada sudut nilai pertukaran wang Ringgit dengan Dolar Singapura, ramai akan bersetuju dengan idea ini. Banyak korang boleh jimatkan kalau beli rumah dan menetap dekat Johor.

Berikut adalah kekurangan dan kelebihan yang korang perlu tahu:

Kekurangan #1: Anda sanggup hadap lalu lintas yang sesak?

Ini adalah hakikat. Tak ada satu pun perkara yang sempurna dalam dunia ini. Dan ini termasuk bab menetap di Malaysia dan bekerja di negara jiran.

Korang ada 3 pilihan:

A) Guna motorsikal

Tok boleh kata, ini adalah cara paling cepat dan fleksibel untuk korang buat. Cuma nak buat ni, akan memakan tenaga korang.

Sebagai contoh, katakan korang menetap di kawasan Gelang Patan. Masa yang korang akan gunakan untuk menunggang motor ke Singapura mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Bayaran tol dan ‘entry pass’ pula sebanyak RM17, dan kos ini tak termasuk minyak motor.

B) Pengangkutan awam

Ini satu cara yang paling jimat dan kurang penat untuk korang buat.

Purata masa yang korang gunakan untuk pergi dan balik kerja adalah 2 jam. Dan ini tak termasuk masa dari rumah ke perhentian bas, dan dari perhentian bas ke tempat kerja.

Tak perlu terkejut kalau korang nampak ramai orang berlari di ‘checkpoint’ Malaysia/Singapura untuk naik bas.

Ini sebab mereka nak dapatkan tempat duduk dalam bas. Kalau lambat, korang kena tabahkan kaki untuk berdiri sampai ke tempat kerja.

Kos untuk tiket bas pergi dan balik pula adalah RM16 sehari. Lebih murah kalau dibandingkan dengan kos naik motor sebelum ini.

C) Naik kereta

Ini pula adalah pilihan paling selesa, tapi kos agak tinggi dan tak fleksibel. Pada pandangan Tok, tak berbaloi kalau korang memandu secara bersendirian.

Kos yang korang perlu tanggung adalah sebanyak SGD 35 (RM106.89) untuk ‘entry pass,’ SGD 7 (RM21.38) untuk tol, dan SGD 5 (RM15.27) untuk parking.

Untuk lebih jimat, ‘car pool’ boleh jadi pilihan yang tepat. Kalau tak nak pandu kereta sendiri, ada juga servis penghantaran menggunakan van.

Kos purata untuk ‘car pool’ dan servis penghantaran menggunakan van adalah SGD 12 hingga 14 (RM36.65 hingga RM42.76) untuk pergi dan balik.

Dan semua pilihan dekat atas ni, memerlukan korang bangun seawal 6 pagi supaya tak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan sampai ke pejabat tepat pada masanya.

Bagi Tok, kalau korang sanggup hadap perkara ini, tak ada masalah untuk menetap di Johor dan bekerja di Singapura. Tok akan jelaskan sebab apa Tok cakap macam ini dalam poin seterusnya.

Dan ini adalah berita baik buat korang yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel dan boleh bekerja dari rumah. Tak perlu susah-payah nak hadap traffic jam sebab boleh elak waktu kemuncak (peak hours) dan nikmati perjalanan yang lebih lancar.

Kelebihan #1: Anda boleh dapatkan hartanah yang lebih murah

Seperti yang Tok nyatakan sebelum ini, kadar pertukaran Ringgit ke Dolar Singapura mencatatkan rekod baru yang rendah.

Bermakna, walaupun gaji ’lebat,’ tak bermakna korang kena berbelanja lebih banyak untuk menetap di negara jiran. Korang masih ada pilihan yang lebih baik.

Keluasan Iskandar Malaysia adalah 3X lebih luas berbanding Singapura. Ini adalah faktor terbesar bagi mereka yang bekerja di Singapura untuk membeli hartanah di sini.

Dengan kata lain, korang boleh dapatkan hartanah yang lebih luas di Johor, berbanding hartanah di Singapura pada harga yang lebih murah. Kalau ada duit lebih, boleh buat ubah suai rumah pada harga yang berpatutan.

Di Johor, anda ada banyak peluang untuk membeli hartanah di bawah nilai pasaran (below market value). Cuma perlu mencari saja.

Kelebihan #2: Anda boleh jimat banyak duit

Dengan kos sara hidup yang lebih tinggi di Singapura, tak hairan kalau ramai rakyat Malaysia lebih sanggup menempuh traffic jam setiap hari untuk ke sana.

Setakat nak bajet untuk pengangkutan ke tempat kerja, mungkin boleh difikirkan lagi. Tapi kalau nak beli beli rumah dan survive di sana, mungkin agak sukar. Rumah dekat sana bukan macam harga dekat Malaysia.

Bila korang pilih untuk menetap di Johor, korang ada peluang untuk simpan lebih banyak duit berbanding bila korang memilih untuk tinggal di Singapura.

Duit simpanan tu, korang boleh gunakan untuk bina simpanan sewaktu pencen nanti, ataupun sebagai modal untuk membeli rumah.

Kelebihan #3: Persekitaran hidup yang lebih holistik

Ramai orang suka luangkan masa menonton wayang dan membeli-belah pada waktu terluang. Cuma, pilihan untuk aktiviti rekreasi agak terhad di Singapura.

Sebab tu, ramai rakyat Singapura memilih untuk luangkan waktu hujung minggu mereka di Malaysia.

Bagi rakyat Singapura, mereka dah tak tertumpu untuk meluangkan masa di pusat membeli-belah dan menginap di sini.

Ini sebab mereka boleh memandu dengan mudah ke Johor, Melaka atau Tioman untuk berjalan, makan, dan bersiar-siar sepanjang hujung minggu.

Dan ini adalah kelebihan buat korang yang memilih untuk menetap di sini.

Korang ada pelbagai pilihan dan akses mudah untuk buat semua aktiviti ini pada harga yang lebih berpatutan. Bayangkan, Legoland dan pelbagai pilihan taman rekreasi, semuanya dekat belaka.

Dengan kebolehan membeli rumah pada saiz yang lebih besar, bermakna korang juga akan ada lebih banyak ruang untuk lakukan hobi baru seperti berkebun dan sebagainya.

Bayangkan. Korang dan keluarga bersama-sama bercucuk-tanam sayuran di belakang rumah. Tok pasti korang sekeluarga akan rasa lebih gembira sebab dapat buat aktiviti keluarga seperti ini bersama.

Gaya hidup yang tenang dan santai ini adalah faktor yang menarik minat ramai penduduk tempatan untuk kekal menetap di sini. Pada masa yang sama, mempengaruhi orang luar seperti penduduk di Singapura untuk membeli rumah di Johor.

Tak pelik kalau penduduk Singapura akan memilih untuk membeli rumah di Johor pada masa akan datang.

Besar kemungkinan, ini akan jadi satu perkara yang normal.

Kalau korang serius nak berpindah dan menetap dekat sini, Tok sarankan buat dulu kajian sebelum buat keputusan membeli.

Klik gambar di bawah untuk mendaftar:

78 Shares

Leave a Reply