Destini Berhad berjaya dapatkan kontrak sulung buat kereta api.

Destini Berhad dapat kontrak pembuatan kereta api pertama dari Kementerian Pengangkutan.

Kontrak ini berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, pembekalan, penghantaran, pengujian, serta pengtauliahan troli motor dan landasan kereta api baru untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

KTMB, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, adalah satu-satunya pengendali kereta api kat negara ini.

Dalam satu kenyataan semalam, penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu berkata, kontrak sebanyak RM62 juta diberikan kat unit sistem Enchancement Resources & Technologies Sdn. Bhd. selama 2 tahun.

Anugerah terkini menjadikan jumlah tempahan kumpulan itu menjadi RM730 juta.

Sementara itu, Pengarah Urusan Destini Berhad, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, kumpulan itu berharap untuk memperluaskan skop kerja kat sektor lain dalam sektor rel kereta api.

Destini akan menghantar tender untuk penyelenggaran kereta api, pembaikan, dan projek baik pulih serta pembuatan. Mereka juga berharap untuk dapatkan lebih banyak tawaran tahun ini, tambah beliau.

(Sumber asal: thesundaily.my)

Photo by My Train Pix

Leave a Reply