Minat Honda Civic baru? Brader ni kongsikan formula kira kemampuan membeli kereta ini, tanpa sakitkan poket anda.

Tok perhatikan je. Kecoh sana-sini pasal Honda keluarkan model Civic terbaru.

Tentu ramai yang pasang impian nak beli model terkini keluaran negara matahari terbit ni.

GH Masterclass

Tapi adakah kita benar-benar mampu, atau sekadar menempah sakit kemudian hari?

Mungkin ramai lagi yang tak tahu cara kira kemampuan diri sendiri untuk membeli sebuah kereta.

Buat apa yang Tuan Harith Faisal kongsikan ni. In Shaa Allah kewangan korang boleh selamat untuk jangka masa panjang.

Antara dialog penyebab “penyakit kewangan” yang biasa kita dengar.

Sebelum kahwin: “Awak, belilah Honda Civic baru tu. Cantik sangat design dia. Gaji awak RM3,500 mesti lepas punya.”

Dekat nak kahwin: “Bi, buatlah personal loan RM30,000 untuk majlis kita nanti. Bi kan kerja kerajaan, mesti senang lepas.”

Lepas kahwin: “Abang, jom beli rumah. Saya tengok ramai orang muda-muda dah beli rumah. Kita bila lagi. Sampai bila nak menyewa, kan.”

Pergi ke bank: “Ala bang, kenapa tak lepas pula nak beli rumah ni. Komitmen abang tinggi bebenor kot. Bencilah macam ni. Abang tak sayang kat saya ke?”

Krik. Krik. Krik.

Nak beli rumah atau beli kereta dulu?

Kereta mahal dah jadi impian sejak tahun satu pengajian di universiti.

Dengan harapan, lepas dapat saja kerja pertama dengan gaji RM2500, nak beli kereta yang paling mahal yang layak untuk gaji tu.

Kalau lepas Honda Civic, nak angkat juga. Iyalah, lambang kebanggaan dan pengukur kejayaan kita kan. Haha. Lawak. Itu adalah pemikiran budak-budak baru nak up.

Betul. Korang mampu beli kereta. Tapi belum tentu korang mampu nak beli rumah. Tapi kalau korang mampu beli rumah, pasti korang juga mampu beli kereta.

Ada faham? Kalau ramai yang tak faham, nanti akan saya terangkan.

Jadi, saya ingin kongsikan formula untuk beli kereta mampu milik versi #harithfaisal.

Nak tahu anda mampu pakai Honda Civic baru atau tak? Buat kira-kira mudah ini.

  • Cara pertama: Harga kereta tak lebih gaji tahunan.

Jadi, kalau gaji korang RM2,700, harga kereta mestilah tak lebih RM32,400. Tapi sebab apa ya?

RM2700 x 12 = RM32,400.

Proton Saga FLX pun boleh dapat dah dengan harga RM33,000.

Tapi tak glemerlah kalau fresh banker atau engineer pakai Proton Saga kan? Paling kurang, mesti nak angkat Toyota Vios atau Nissan Almera, kan kan?

  • Cara kedua: Ansuran kereta wajib tak lebih 15% gaji anda.

Lagi rendah, lagi bagus.

Saya sendiri pakai kereta yang ansurannya tak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, kalau anda bergaji RM2,700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405.

RM2700 x 15% = RM405.

Kalau hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% itu bolehlah kita buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Boleh faham kan?

Beli kereta ikut keperluan dan kemampuan. Bukan ego anda.

Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke?

Tak.

Sentiasa beli kereta ikut keperluan dan kemampuan. Kalau tak perlu kereta mahal atau kereta besar, buat apa beli. Lepas 9 tahun, jadi besi buruk juga.

Bila anak-anak dah ramai, bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.

Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, kongsi saja 1 kereta. Pergi dan balik dari ofis bersama.

Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau untuk menyuburkan cinta, supaya sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Chewah.

Nasihat “A+” buat fresh graduate yang berangan nak beli kereta mahal.

Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ni. Bergaji RM2700, tapi pakai kereta dengan ansuran bulanan RM800.

Jom kita kira.

(RM800/RM2700) x 100% = 30%.

30% daripada gaji digunakan untuk ansuran bulanan adalah sangat tak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal.

Silap-silap kereta tu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan.

Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada. Apatah lagi saving untuk deposit beli rumah.

Last choice, nak kahwin, pakai pembiayaan peribadi RM30,000.

Beli kereta mahal nak impress bakal bapak mertua? Memang bapak mertua kagum dengan ‘pancapaian’ korang.

Tapi yang merana korang sorang-sorang. Hujung bulan makan Maggi dalam kereta mahal sambil titiskan air mata. Hihi.

Buat berfikir banyak kali dulu sebelum korang terjebak dengan kereta-kereta mahal ya.

Paling bagus, beli kereta terpakai yang murah-murah dengan tunai.

Atau takyah beli langsung, tunggu dah kahwin baru beli.

Atau beli 2 biji rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif daripada rumah sewa, buat bayar ansuran kereta kita.

Boleh korang cerita kat kawan-kawan macam ni:

“Aku pakai je kereta ni. Ansuran bulanan orang lain tolong bayarkan.”

Bestkan? Haha. – HF

Nota: Boleh SHARE dan sebarkan artikel ni untuk manfaat bersama.

Tak salah nak berkereta mahal. Tapi sebelum apa-apa, pastikan yang kita betul-betul mampu dulu.

Bagi Tok, duit lebihan sewa tu baik lagi disimpan daripada beli Honda Civic. Buat sebagai modal tambah koleksi hartanah pada masa depan.

Mana tahu. Masa tu aliran positif sewa dah sedap, boleh pakai kereta baru yang lebih mantap. Lagi bertambah molek kalau korang ulang buat strategi yang Tok cakapkan tadi. Repeat and gain more. Hehe.

Photo by kennymatic

21 thoughts on “Minat Honda Civic baru? Brader ni kongsikan formula kira kemampuan membeli kereta ini, tanpa sakitkan poket anda.

  1. Mmg baik sgt..tp …ada tp plak tu haha.. ‘dah terantuk bru r rasa sakit’ org pandang luaran..susah nk pikat awek pancing pkai viva..haha yg pnting minyak full tank..

  2. Well said… income saya 10k(avg)… tp still pakai wira thn 2002. Bukan tak teringin nk tukar… tp memandangkan harga rumah yg ‘tak masuk akal’ skrg ni membantutkan niat tsb. Plan kalau nk beli kerwta pun mungkin dgn bayaran tunai…

  3. Saya kije doktor dah 5 tahun. Masih pakai saga yg mak saya beli masa saya student. Bukan xnk tukar. Tapi saya fikir beli hartanah dulu. Skrg saya ada 4 buah rumah 3 apartment dan 1 semi d. 1 di shah alam, 1di bangi, 1 di cyberjaya dan 1 di melaka. Sebidang tanah di kg saya berharga rm 200k.

    Sedih tengok adik2 yg baru kerja. Gaji 3-4k. Bayar kereta dekat rm 900 ke 1200. Rumah pertama pun x mampu beli. Belum lagi tengok adik2 gred 29 ke bawah.

    Apa pun. Biar kereta murah. Janji selesa dan boleh bawa kita dari point a ke point b. Kereta saga saya dah sampai phuket hatyai krabi pattani narathiwat dan seluruh semenanjung malaysia. Sape kata x selesa? Abg happy jer jalan2 jauh.

    1. Wahh bagusnya awk punya saving..saya kerja doktor 6 tahun baru mampu beli sebijik banglow 2 tingkat je, 3 lot tanah.. 1 mivy & 1 honda city…silap banyak habis kot kereta..haha..ok lepas naik ud48 ni kena save more lah..

  4. gaji 3k+ guna waja 2002 2nd insyaallah blan 8/2016 abes bayar..3 thun beli apartment 105k dalam perancangan nk beli landed property insyaAllah memandang rege rumah makin tak masok akal..tidak teruja pon keta hebat2 canggih2 ni sbb tahu penyakitnya kat kita,ckup skdar minat dan jamu mata..keta sedia ada pon lebih dri mncukupi utk keperluan..

  5. kenapa perlu beli byk rumah..kalau hanya perlu satu rumah kenape perlu beli 2 dan lebih rumah..adakah sebab tindakan anda rumah makin mahal..beli byk rumah supaya dapat sewakan untuk dapatkan lebih wang..kalau beli kereta ikut keperluan..kenapa rumah tk ikut keperluan.

    1. Rumah mampu milik byk je bro kat malaysia ni..yg rmh pkns yg tertakluk dlm akta rmh pertama pn byk..jd konfom2 org yg jenis kumpul hartanah ni xleh nk beli rmh cenggitu..tp tu lah org kita..apa kelas beli rmh mampu milik..atleast semi D, teres ke..baru nampak acah2 kelas kaya begaya gtu..lps tu x mampu nk beli rmh2 yg gtu..mula salah kn org lain..kelakar kn??hahahahaha…diri sendiri pikir la ye…

  6. 1. If car is important for career e.g. in marketing line, lawyer, senior people in certain industries, etc., it is ok to have good car. It is an investment.
    2. If career does not depends much on image, e.g. some engineers, some doctors, technicians, etc. smaller car is fine.
    3. If pay is below RM5,000 (in 2016), perhaps Persona, Almeera, Vios, City should be fine.
    4. However, if we can save money buying smaller cars, then it is good for long term, in other words you suffer first
    5. If you are debt free, it is much better. A sense that difficult to explain.
    6. For fresh grad, make decision wisely. Nine year loan is a very long period. Loan should be maximum five years.

    1. Yes, I agree with this statement. This article too general and only refer to a person who depends on their monthly salary only not their income. They must encourage others to be more creative in order to find a ways to generate more incomes to pay for their luxury lifestyle. Some of us do not rely on monthly salary only.

      Contohnya, life dekat Rapid Pengerang, mana boleh nak bawak kereta biasa masuk site rapid. Kereta parking luar, harapkan kereta company, hampeh… kena ada emergency nak keluar site macam mana.

      Anyways, Bangla dekat Rapid Pengerang, Johor pun banyak buat business jual macam-macam… be creative and innovative an not focusing on the “trending” only. Orang buat business goreng pisang keju, kopi shake, burger, semua nak tiru…

  7. Betul tu. Dulu bekas guru yg pernah mengajar saya masa sek men pesan dah grad nti klau boleh beli kereta 2nd hand dulu, cash. Bersusah2 dulu biar kena dgn kemampuan diri and biar kereta tak hebat mana pon asalkan berfungsi. Bila dah senang sikit, kewangan pon stabil selesa then baru la boleh fikir nak merasa kereta yg mahal. Saya sendiri ada impian nak memiliki Range Rover Evoque. Hehe kereta idaman tuuuu, satu hari nanti. Guru saya pesan mcm tu disebabkan pengalaman dia sendiri and tknak anak2 didiknya tersilap langkah dlm soal harta kereta, rumah and so on.

  8. Tok saya gaji campur elaun ada lah 6k ada positif income dari rumah sewa +- 2.5k (5 buah rumah).Boleh ke saya nak pakai honda civic atau crv apa pandangan tok?

    1. wa ingat org gomen je boleh beli hartanah n kete.. atuk aku siap pakai beskal je dulu2.. bila tau harga civic baru thn 2017 rm 120k ++ dia kata murah…! siap beli cash lagi…
      fuh nganga dibuatnya ! sbb depa simpan hasil kebun sawit.. kikiki.

      nak guna apapun gunalah asalkan tak nyusahkan org lain di kemudian hari.. susah senang kita sapa pun tak tau.. \

      wa pakai kete msia je…

  9. sy engineer cari gali..pakai myvi 1.3 jerr..umah ada 11 biji kondo sebiji semiD sebiji studiohouse 1.4M sebiji..pasni nk cari suri hati…hihi..

Leave a Reply