PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

15 cara pelabur newbie simpan banyak duit untuk beli rumah tahun ini (Siri Akhir)

Ada masalah nak simpan duit?

Hakikat ni, korang kena belajar telan. Selagi korang tak belajar kumpul duit, selagi tu harapan korang nak beli rumah tipis.

Nak tak nak, memang kena kumpul. Sebab tu penting untuk orang muda bina tabiat ni seawal mungkin.

Nah, baca perkongsian Tuan Haziq Syazane yang penuh manfaat ni. Elok sangat untuk orang muda hadam dan amalkan.

Korang belum baca siri pertama sebelum ni? Klik sini sekarang untuk baca. Dah baca yang tu, baru sedap baca part 2. Hehe.

#8: Bajet – Halang anda daripada berbelanja tak ingat dunia

Bila dah rekod segala transaksi dan dah tahu objektif semua, tiba masa beralih pula kepada buat bajet korang.

Sebaik je dah berjaya imbangkan pendapatan dengan matlamat simpanan dan perbelanjaan, setkan satu bajet supaya korang tau berapa banyak duit yang korang gunakan setiap bulan.

Bajet ni penting. Sebab benda ni boleh bantu halang kita berbelanja macam orang hilang pedoman.

Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja setiap bulan, dan cucuk rapat bajet yang korang dah buat tu.

Sebagai contoh:

“Saya hanya akan belanjakan RM30 sebulan untuk wayang, coklat, kopi, atau lain-lain setiap bulan.”

Buat sekali bajet tahunan. Tulis semua benda yang korang nak beli, atau segala aktiviti yang guna duit seperti melancong dan sebagainya.

#9: Berhenti swipe sana-sini ikut suka hati

Elakkan guna metod bayaran lain selain daripada tunai. Dengan kata lain, jangan berlagak kaya.

Manusia lebih senang berbelanja bila tak nampak duit dekat depan mata.

Kenapa? Sebab korang tak rasa duit tu berkurang secara fizikal.

Cuba gunakan tunai. Korang sendiri boleh rasa duit tu berkurang. Paling tak pun, korang mesti akan rasa menyesal tak sudah bila sedar terbelanja banyak sangat.

Ada kad kredit, tapi tak nak tergoda dan dinoda? Selit satu kertas dekat dalam dompet sebagai reminder supaya beringat dulu sebelum terkena.

Kad kredit tak semestinya jahat. Kalau tau guna dengan cara yang betul, boleh je pakai.

Kalau korang pengguna yang bertanggungjawab, bayar cantik je, korang boleh dapat banyak manfaat.

Cuma, kena ingat. Kad kredit ni sumber duit buat si peminjam. Jadi, macam-macam la tawaran yang mereka akan lambakkan kat korang supaya guna.

Tak salah nak guna. Tapi beringat-ingat sebelum terkena.

#10: Tempat simpan “harta karun”?

Cuba letakkan duit dalam balang mengikut bajet bulanan yang korang dah tetapkan.

Bahagikan ikut kegunaan seperti belanja kereta (duit minyak, tol, atau lain-lain), untuk makan minum, dan lain-lain.

Setiap kali nak guna duit, tarik daripada salah satu balang tu mengikut kategori perbelanjaan korang.

Tau tak apa yang tak best?

Korang akan nampak jelas duit dalam balang tu cepat je habis. Dan sebab ni jugak, korang akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit.

Korang juga boleh jadikan balang sebagai tempat simpan “harta karun.”

Contohnya, setiap kali ada RM5 dalam wallet, simpan dalam balang RM5. Buat juga balang RM10, RM20, dan RM50. Nak buat balang untuk simpan not RM100? Lagi bagus!

#11: Mana yang bagi kadar dividen yang tinggi?

Rasanya, mesti ada yang dah dapat tangkap poin ni. Korang hanya perlu cari pelaburan berisiko rendah yang bagi kadar dividen yang tinggi.

Buat kajian dan bandingkan. Pilih mana yang sesuai dan terbaik untuk korang gandakan simpanan yang ada tu.

Contoh yang korang boleh gunakan seperti Tabung Haji, ASB, dan lain-lain lagi. Satu lagi, Bank Rakyat.

#12: Pasak mindset “belanja diri sendiri dulu”

Simpanan harus korang jadikan satu keutamaan.

So, jangan kata korang simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Korang tipu diri sendiri kalau cakap macam tu.

Mungkin ada yang simpan. Tapi yang paling ramai, mesti langsung tak sempat simpan walaupun seciput.

Setiap kali masuk gaji, korang simpan siap-siap paling kurang 10%. Korang boleh je buat auto deposit dan simpan duit secara automatik.

#13: Rumah yang besar, bermula dengan sekecil bata

Mungkin korang tak yakin dengan diri sendiri untuk kumpul banyak duit. Nak jadi jutawan tu, macam satu perkara yang mustahil pada pandangan korang.

Korang tak payah risau pasal tu pun. Janji korang terus buat.

Bayangkan, sikit demi sikit korang kumpul. Mula-mula memang la nampak sikit. Tapi dari yang sikit tu boleh jadi banyak.

Lagi bagus kalau korang jadikan tabiat menabung ni sebagai hobi korang. Nanti korang sendiri jugak yang rasa seronok bila tengok duit dah berlambak dalam bank akaun.

Tapi jangan pulak kedekut sampai tak nak bersedekah. Kan sedekah tu pembuka pintu rezeki kita. Agama Islam pun dah terangkan kelebihan bersedekah secara terperinci, kan?

#14: Kereta anda ada insuran. Untuk diri anda, ada ke?

Bila dah ada banyak simpanan nanti, kita perlu ada paling kurang 1 (satu) kad perubatan.

Ini supaya kalau berlaku sesuatu, kita tak payah keluarkan simpanan yang ada tu untuk belanja hospital.

Contohnya, korang patah kaki sebab main bola sepak. Biasanya, kos pembedahan akan telan belanja sekitar RM20,000.

Agak-agak korang, senang tak nak kumpul RM20,000 dalam masa yang singkat?

Sebab tu saya wajibkan korang ambil kad perlindungan Takaful. Hanya bayar lebih kurang RM80 hingga RM100 je setiap bulan.

Antara sebab ramai orang muflis adalah terpaksa tanggung bil rawatan hospital. Sebab tak tau nak buat apa, ramai yang pilih personal loan sebagai jalan keluar mudah (yang akan makan diri).

#15: Wajib ada – Satu nasihat cliché yang semua orang tahu

Setiap kali korang dapat duit, simpan terus.

Dapat duit raya, simpan. Dapat duit gaji, simpan. Dapat bonus, simpan lagi. Faham, kan?

Korang takkan ada masalah untuk simpan duit selagi kekalkan tabiat ni sentiasa. Dan korang juga akan bagi kesan yang baik dekat orang sekeliling korang.

Korang rasa, anak-anak korang selalu belajar daripada siapa? Tak suka hati korang kalau tengok anak-anak pandai menyimpan duit bila dah besar nanti?

Nak lentur buluh, mulakan dari rebungnya. Lupakan impian ni selagi diri korang sendiri tak mula.

Korang boleh menyimpan dengan banyak. Tok percaya korang boleh buat.

Cuma, korang la yang kena mulakan tindakan. Selagi korang tak buat, selagi tu susah nak capai impian korang untuk beli rumah pertama.

Apa-apa pun, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *