Siapa yang layak beli rumah kos rendah di Malaysia?

Siapa yang layak beli rumah kos rendah di Malaysia?

3828
5
SHARE
Sumber gambar: Utusan Online
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok yakin semua orang dah sedia maklum yang harga rumah susah nak turun.

Yang ada, hanya nilai rumah yang semakin meningkat.

Bagi yang baru pertama kali nak beli rumah, rumah kos rendah adalah antara pilihan yang terbaik selain rumah second hand atau under construction.

Tapi, nak beli rumah ni ada syarat-syarat yang korang kena lepas dulu. Dan syarat ni berbeza dekat setiap negeri.

Bagi yang tengah mencari, Tok suggest untuk hadamkan perkongsian ilmu dekat blog Duit Kertas ni. Mampat dengan semua perkara yang patut korang tau.

#1: Beli rumah di Selangor?

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Bermastautin di Negeri Selangor.
  • Satu keluarga boleh memohon 1 rumah sahaja.
  • Permohonan atau suami / isteri pemohon belum beli rumah, tak kira projek kerajaan atau swasta.
  • Pendapatan seisi rumah tak lebih RM5,000 sebulan (RM3,000 kalau masih bujang).

Klik sini untuk baca sumber asal.

#2: Beli rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? 

  • Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia.
  • Dah berkahwin.
  • Had pendapatan terkumpul suami isteri:
    • Tak lebih RM2,500.00 untuk kos rendah,
    • Tak lebih RM3,500 untuk kos sederhana.
  • Korang kena menetap atau bekerja dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35KM dari pusat bandar.
  • Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti.

Klik sini untuk baca sumber asal.

#3: Beli rumah dekat Johor?

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Johor selama 5 tahun.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Hanya satu (1) permohonan bagi pasangan suami dan isteri.
  • Had kelayakan gaji:
    • Harga rumah RM42,000, had maksimum pendapatan adalah RM3,001.00.
    • Harga rumah RM80,000 had maksimum pendapatan adalah RM5,001.00.

Klik sini untuk baca sumber asal.

#4: Beli rumah dekat Melaka?

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan seisi rumah tak lebih RM6,000 sebulan.
  • Berkahwin (kalau pemohon masih bujang, kena berumur 20 tahun ke atas).

Klik sini untuk baca sumber asal.

#5: Beli rumah dekat Kedah? 

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon yang belum beli rumah kos rendah.
  • Pendapatan isi rumah tak lebih RM2,500.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri.
  • Salinan penyata gaji pemohon (3 bulan).
  • Salinan penyata gaji suami / isteri pemohon (selama 3 bulan).

Klik sini untuk baca sumber asal.

#6: Beli rumah dekat Pahang?

  • Warganegara Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
  • Jumlah pendapatan seisi rumah tak lebih RM3,000 sebulan:
    • Perumahan kos rendah (Kerajaan):
      • Dah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas,
      • Bujang tapi berumur lebih 35 tahun.
    • Perumahan kos rendah / kos sederhana rendah:
      • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Tak mempunyai tanah (syarat tanah: bangunan) atau rumah. atau kedua-duanya sekali yang didaftar atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon.
  • Tak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (kerajaan atau swasta) atau kos sederhana rendah.
  • Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Hartanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan kerajaan.
  • Dah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus-menerus selama tak kurang 5 tahun.
  • Pemohon atau suami / isteri pemohon tak pernah ditangkap sebab beri keterangan palsu sebelum ini.

Klik sini untuk baca sumber asal.

#7: Beli rumah dekat Terengganu pula?

  • Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Terengganu).
  • 21 tahun hingga 50 sahaja yang layak memohon.
  • Berkahwin (10% rumah untuk yang masih bujang).
  • Pemohon dan pasangan belum pernah beli rumah.
  • Pemohon dan pasangan tak pernah terima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan isi rumah (pemohon dan pasangan) tak lebih RM3,500 sebulan.
  • Bagi pemohon dan pasangan yang kerja dalam sektor awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja yang layak memohon.
  • Anggota beruniform bertugas di luar Terengganu layak dipertimbangkan.
  • Isteri ke-2 dan seterusnya layak dipertimbangkan kalau ada sumber pendapatan sendiri.
  • Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan. Dengan syarat, ada jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat.
  • Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam, kebakaran, atau pengambilan balik tanah oleh kerajaan.

Klik sini untuk baca sumber asal.

#8: Beli rumah dekat Pulau Pinang pulak?

  • Bermastautin di Pulau Pinang.
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
  • Pendapatan suami / isteri tak lebih RM750, atau pendapatan keluarga tak lebih daripada RM1,500.
  • Tak pernah membeli rumah (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri tak layak memohon).
  • Ahli keluarga (sumai / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang (boleh diberi pengecualian mengikut kes).
  • Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setingga-setinggan projek kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
  • Dokumen yang perlu disertakan bersama pemohon:
    • Berdaftar sebagai pengundi Negeri Pulau Pinang (sertakan slip pengesahan tempat mengundi yang boleh diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan suami isteri.
    • Salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon.
    • Kaau duda / anda, sertakan sekali salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau Salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal dunia).
    • Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan.
  • Sekiranya bekerja dengan kerajaan / sertakan dokumen berikut:
    • Surat pengesahan terkini daripada majikan / salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri.
    • Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan suami / isteri.
    • Pengesahan daripada Pejabat KWSP walaupun tak mencarum.
  • Kalau korang berniaga atau bekerja sendiri, sertakan dokumen ini sekali:
    • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri.
    • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan (kalau ada).
    • Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tak mencarum.
    • Borang B Cukai Pendapatan (yang mana berkenaan).
  • Kalau tak bekerja pula, sila sertakan:
    • Surat Akuan Sumpah Salinan Kad Pengenalan OKU (suami / isteri dan tanggungan jika berkaitan).
    • Pengesahan dari pejabat KWSP walaupun tak mencarum.
  • Salinan kad pengenalan OKU (suami / isteri dan tanggungan jika berkaitan).
  • 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang, dan depan (bagi kes rumah uzur / kebakaran / bencana alam, dan lain-lain).
  • 2 keping gambar pemohon (saiz pasport).
  • Berdaftar dengan pengundi Negeri Pulau Pinang (sertakan slip pengesahan tempat mengundi yang boleh diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Nota: Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Pulau Pinang mengikut keadaan dari masa ke semasa.

Klik sini untuk baca sumber asal. 

#9: Macam mana pulak nak beli rumah dekat Perak?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon belum memiliki rumah kos rendah sahaja yang layak memohon.
  • Pendapatan isi rumah tak melebihi RM2,500 sebulan.
  • Perakuan pemohon:
    • Untuk orang awam atau kakitangan swasta:
      • Sediakan Akuan Sumpah menurut peruntukan kuasa Akta Akuan Berkanun 1960.
    • Untuk kakitangan kerajaan / tentera / polis:
      • Perakuan dan pengesahan oleh Ketua Jabatan pemohon.
  • Sediakan:
    • Salinan kad pengenalan terkini pemohon dan isteri / suami.
    • Salinan sijil nikah / daftar perkahwinan.
    • Salinan kad kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
    • Salinan sijil kematian / penceraian sekiranya pemohon berstatus balu / duda / janda.
    • Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut.
    • Penyata KWSP pemohon dan pasangan.
    • Surat pengesahan dan perakuan pendapatan pendapatan bulanan pemohon dan isteri / suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / penghulu / Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
    • Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).

Nota: Kalau ada yang tak lengkap, permohonan korang akan ditolak.

Klik sini untuk baca sumber asal.

Sekarang korang dah tau, baru boleh mula rancang nak beli yang mana satu.

Bagi yang bergaji rendah, beli je rumah kos rendah dulu. Memang okay sangat untuk bina portfolio pelaburan pertama korang.

Tapi kalau dah terlebih mampu tu, jangan la pulak main dekat pasaran ni. Banyak lagi rumah yang korang boleh beli dekat luar sana.

Anda dah lepas stage pertama? Ini ilmu untuk anda lepas stage ke-2 pula

Loan rumah punya susah nak lulus sekarang. Ada kes yang lepas semua syarat, tapi loan kena reject bank sebab banyak tak benda tak jaga.

Nak belajar tak cara confirm lulus loan dengan senang?

Klik link bawah ni sekarang untuk mulakan.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY