Harga minyak “mengamuk” kembali – Apa lagi yang anda boleh buat?

Dalam banyak-banyak benda, apa yang boleh buat orang yang tengah relax, terus panas hati?

“Dapat tau esok minyak naik harga.”

Betul. Kembang kejap hidung Tok sebab pembaca GH semua bijak-bijak belaka.

Dan dalam banyak-banyak soalan, headline kat atas tadi tu adalah soalan yang ada dalam fikiran ramai orang.

Apa yang korang boleh buat bila minyak naik harga? Baca sekarang nukilan padu Tuan Jamal Bahar ni.

“Hari” yang ramai orang tak suka berkunjung tiba…

Dua (2) hari lepas, rata-rata smartphone orang Malaysia berkumandang dengan ringtone beserta mesej yang semua orang tak suka baca.

“Minyak naik harga lagi?”

Febuari 1, tarikh keramat yand diberi. Bermakna, lepas tarikh ni:

  • Harga RON 95 naik jadi RM2.30 seliter (sebelum ni RM2.10),
  • Harga RON 97 naik jadi RM2.60 seliter (sebelum ni, RM2.40),
  • Diesel naik jadi RM2.15 seliter (sebelum ni RM2.05).

Macam biasa. Maka, ramai la rakyat marhaen yang tak puas hati dengan kenaikan ni.

Ada yang maki hamun kerajaan, ada yang mencela syarikat pengeluar minyak. Tak kurang jugak yang marah tanpa sebarang sebab.

Tapi, saya pasti kita semua bersetuju dalam satu perkara…

Kita marah sebab kita rasa tertindas.

Sebab harga minyak naik, saya terasa nak buat kira-kira kesan langsung akibat kenaikan harga minyak.

Banyak ke beza kalau minyak naik harga?

Sebelum ni, harga minyak dah naik masa 1 Januari yang lepas. Harga RON 95 masa tu, RM2.10 seliter.

Setiap kali saya isi minyak, saya akan setkan siap-siap RM50. Jadi, jumlah minyak yang saya dapat sebanyak 23.81 liter.

Tiap-tiap bulan, saya gunakan minyak lebih kurang 10 kali pengisian. So, RM50 X 10, jadi RM500. Saya akan dapat 238.10 liter minyak setiap bulan.

Lepas 1 Febuari, harga RON 95 naik jadi RM2.30 seliter.

Bermakna, setiap bulan, saya akan dapat 217.39 liter (mengikut bajet sebulan RM500 tadi).

Berapa beza minyak yang saya dapat lepas naik harga?

  • 238.10 liter – 217.39 liter =
  • 20.71 liter

Berapa banyak yang saya kena tambah untuk dapatkan isipadu minyak sebelum ni?

  • 20.71 liter X RM2.30 =
  • RM47.63

Ni dia jumlah yang saya kena korbankan untuk jumlah penggunaan bulanan seperti sebelumnya.

Banyak benda yang anda boleh buat dengan RM47.63 tu

Dengan RM47.63 ni, saya boleh beli 2 pek susu Dumex Dugro 3 berharga RM22.90 dekat TESCO. Jumlah RM45.98.

2 pek ni boleh jadi sumber bekalan Dayyan (anak saya) selama 2 minggu.

Saya terfikir.

Dengan situasi dan pendapatan macam saya ni pun, boleh terlintas untuk buat kira-kira dan analisa, apa pulak orang yang kurang kemampuan dari saya rasa?

Dah tentu mereka yang paling terkesan daripada kenaikan ini.

Nota tak best: Kesan kenaikan harga minyak akan buatkan harga barangan keperluan lain juga meningkat.

Apa lagi pilihan yang ada untuk rakyat jelata macam anda dan saya?

Saya ada beberapa pilihan untuk hadapi kesan daripada kenaikan harga ni:

Pilihan #1: Terus-menerus maki hamun tak tentu pasal setiap hari

Tak dapat nak nafi lagi. Semua orang jelas sakit hati dengan setiap kenaikan harga minyak yang berlaku.

Sakit hati bukan sebab apa. Kalau harga minyak je naik, boleh je nak hadap lagi.

Tapi kalau harga barang-barang lain pun turut sama ikut naik, hati siapa tak panas beb? Kesan secara tak langsung ni yang buat ramai orang jadi tak keruan.

Dan boleh cakap, benda ni memang confirm akan jadi.

Tapi, apa kesan kalau saya asyik maki hamun dekat FB, tanpa buat sebarang usaha untuk hadapi kenyataan ni?

Pilihan #2: Susun balik segala perbelanjaan yang ada

Mungkin sebelum ni, saya beli ayam mentah seekor seminggu.

Bulan ni, saya hanya beli setengah ekor ayam untuk bekalan seminggu.

Cara ni mungkin berkesan kalau saya hidup bujang trang tang tang. Takde isteri dan anak-anak, memang boleh cerita lagi.

Tapi kejam la saya kalau sekat bekalan makanan untuk ahli keluarga yang lain.

Berjimat tu, tak salah. Asalkan berpada-pada. Makanan kot. Takkan korang sanggup nak berkira sangat?

Pilihan #3: Jadi “hero” keluarga tersayang

Jarang saya jumpa kawan-kawan yang tinggal di bandar hanya hidup dengan 1 kerja je.

Ini lumrah pada zaman sekarang. Perkara yang sangat biasa. Satu realiti.

Tapi bukan semata-mata bermakna pendapatan pekerjaan pertama mereka tak cukup.

Korang mesti pernah dengar ayat keramat ni:

“Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.”

Ada doktor yang saya kenal, pun buat 2 jenis kerja. Ada juga saya jumpa pegawai kerajaan yang buat 2 kerja. Jurutera pun ramai buat benda yang sama.

Mereka hanya buat apa yang mereka minat, dan pada masa sama, boleh jana pendapatan sampingan.

Dan sekaligus, boleh buat duit back up untuk kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Saya salute golongan ni. Sebab mereka sanggup buat. Apa pulak alasan korang yang tengah melepak tak buat apa tu?

Tenang sangat pun, tak boleh jugak.

Agak-agak anda, mana satu yang saya pilih?

Tak payah takut-takut atau malu untuk tambah sumber pendapatan korang.

Pilihan ke-3 ni yang saya tengah buat sekarang. Minat untuk berniaga tu memang sentiasa segar dalam jiwa ni. Hehe.

Jadi, tepuk dada dan tanya selera diri korang sendiri.

Tak salah nak komplen, tapi biar berpada-pada.

Komplen sekali dah la. Hari yang lain pula, gandakan usaha. Korang boleh buat punya!

Tok nak korang pasak mesej positif yang Tuan Jamal kongsikan ni dalam minda tu dalam-dalam.

Bukan berubah apa-apa pun kalau korang mengomel sepanjang masa dekat media sosial.

Setakat kejar “LIKE” dekat Facebook tu, baik lagi korang cari jalan untuk tambah pendapatan. Gitu.

Duit belum banyak untuk tanggung masa depan pelajaran anak-anak?

Ada sebab ramai orang suka melabur dalam hartanah.

Salah satu, korang boleh lawan inflasi dengan pelaburan ini. Bermakna, duit korang hari ini akan berganda lebih banyak pada masa depan.

Senang hidup korang nanti. Pelajaran anak-anak korang pun terjamin.

Dan semua ni bergantung kepada keputusan yang korang buat sekarang.

Klik link bawah ni dan mula belajar sekarang.

>>> KLIK SEKARANG UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE? <<<

0 Shares

2 thoughts on “Harga minyak “mengamuk” kembali – Apa lagi yang anda boleh buat?

Leave a Reply