Jana ‘duit tepi’ lebih RM3,000 jadi ejen insuran?

Tok nak tanya. Berapa ramai yang skeptikal dengan kerjaya ejen insuran?

Walaupun Tok pernah ada sejarah hitam dengan ejen insuran, Tok masih boleh berlapang dada. Sebab Tok percaya, semua orang tak sama.

Dan sebab itu, Tok secara terbuka nak kongsikan kelebihan menjadi ejen insuran kat korang. Tok nak korang nampak cara buat ‘duit tepi’ dengan menjadi ejen insuran.

Memang tak nafikan, korang ada peluang buat banyak duit dengan menjadi ejen insuran. Tapi, semua ini bergantung kat skil, pengetahuan, dan sikap positif korang.

Tanpa lengahkan masa, jemput hadamkan perkongsian ini laju-laju.

Ini peluang anda kasi komisyen letup!

Sumber gambar – iBanding

Dalam sebulan, ada 4 minggu. Secara purata, kalau ejen yang kurang agresif sekalipun, paling kurang boleh dapat 3 akaun seminggu.

Kita ambil tempoh seminggu. Katakan korang dapat close 3 akaun:

  • 3 akaun X 4 minggu =
  • 12 akaun

Bermakna, dalam tempoh sebulan, korang dapat close 12 akaun.

Untuk mudahkan korang faham cara pengiraan komisyen, Tok ambil 10 akaun saja dalam sebulan. Katakan, setiap akaun yang korang berjaya close tu, mencarum sebanyak RM150 sebulan.

Jadi:

  • 10 akaun X RM150 =
  • RM1,500

Komisyen yang korang layak perolehi pada bulan pertama tu, bersamaan dengan:

  • RM1,500 X 25% =
  • RM375

Korang boleh dapat komisyen tersebut setiap bulan, selagi mana pelanggan korang tu mencarum untuk akaun tersebut.

Apa yang penting adalah mereka terus konsisten bayar. Kalau jumlah caruman semakin besar, bermakna komisyen korang pun akan ‘membesar’ jugak.

Nah, Tok payung satu contoh. Katakan, 10 akaun tadi konsisten bayar selama 12 bulan (1 tahun). Korang akan dapat:

  • RM375 sebulan X 12 bulan =
  • RM4,500

Korang nampak tak? Maksudnya, kalau korang rajin dan dapatkan lebih ramai pelanggan dalam sebulan, pendapatan korang pun akan turut sama meningkat.

Pada sudut lain, Tok faham kenapa ejen insuran ni seolah-olah menekan (push) kita. Dan bukan sebab mereka push pelanggan untuk close akaun.

Tapi sebenarnya, mereka push diri mereka sendiri. Sebab ada target yang nak kena capai setiap bulan. Korang faham, kan?

Bagi Tok, ini perkara biasa. Mana-mana bisnes pun sama. Setiap bisnes perlu dikembangkan. Kalau tak berkembang, pelanggan tak ramai, bermakna bisnes tu tak maju la jawabnya.

Bonus tahunan, boleh cecah 13%. Biar betul? 

Sumber gambar: Freepik

Korang tahu tak? Majoriti syarikat Takaful jugak menyediakan bermacam bonus untuk ejen mereka.

Antaranya, bonus tahunan sebanyak 13%. Best tu!

Ini cara kira bonus 13% tu. Ini adalah kiraan untuk satu (1) akaun:

  • 1 Akaun = RM150 X 12 bulan =
  • RM1,800 Annualized Contribution Income (ACI).

Katakan setiap 1 bulan, korang dapat close 10 akaun. Maka, jumlah ACI pada bulan tu adalah sebanyak RM18,000.

1 tahun, bersamaan dengan 216,000 ACI (18,000 ACI sebulan X 12 bulan).

Korang boleh faham pengiraan kat atas ni, kan? Kiranya, sebulan tu korang boleh target untuk close 10 akaun.

Jadi, korang darabkan dengan 12 bulan. Dan setiap bulan, pelanggan akan bayar komitmen tu.

Jadi, jumlah jualan setahun akan jadi RM216,000 ACI. Jadi, 13% X 216,000 ACI:

  • 13% X 216,000 ACI =
  • RM28,080

Katakan pulak, pelanggan korang hanya tinggal 90% yang masih konsisten bayar caruman bulanan. Yang lain, dah batalkan.

Maka, bonus yang korang layak dapat adalah seperti berikut:

  • 194,400 (90%) X 13% =
  • RM25,272

Banyak, kan?

Jual insuran, kerjaya yang jijik?

Memang tak mustahil nk buat duit banyak dengan jadi ejen insuran ni. Tapi di peringkat permulaan, memang pedih sikit la nak buat.

Bukan pedih apa pun, cuma pedih nak buka mulut dan bagitahu orang yang korang bekerja sebagai ejen insuran. Tapi kalau korang jenis selamba cakap, ini kelebihan yang patut korang gunakan tanpa was-was.

Tambahan pula, ejen insurans ni 100% pendapatan bergantung pada komisyen.

“Orang lain best je. Tak payah buka mulut promote barang pun, gaji boleh dapat bulan-bulan. Malu weh, nak buat kerja jual insuran ni. Macam pengemis je rasa.”

Ini mindset yang Tok nak kikis dari kepala korang tu. Elakkan berfikir sampai macam tu sekali. Chill la. Bagitahu je yang korang seorang ejen insuran. Dah habis cerita, lapangkan dada, dan tarik nafas panjang.

Paling kurang, kawan-kawan dan saudara-mara korang tahu yang korang jual insuran. Ada kemungkinan besar, mereka akan cari korang dulu kalau nak cari insuran.

Nampak tak? Secara tak langsung, korang dah ada prospek dengan mudah.

Rakyat Malaysia, ada 32 juta. Ini peluang anda!

Bila dah habis cerita kat mereka, akan ada 2 jawapan yang korang akan dengar. Sama ada mereka menolak, atau menerima.

Tok faham, korang sedih bila ditolak. Tapi, itu bukan kayu pengukur yang dunia ini sudah tamat. It’s not the end of the world. Gitu.

Rakyat Malaysia, ada 32 juta semuanya. Kalau seorang reject, ada lagi orang lain yang korang boleh approach. Tak salah bersedih bila kena reject, tapi pastikan jangan bersedih lama-lama. Jalan terus, dan fokus pada prospek seterusnya.

Kat atas tadi, Tok ulas 2 jenis bonus je tau. Banyak lagi sebenarya bonus yang ada potensi yang korang boleh dapat.

Tapi Tok share yang 2 tu je. Itu pun korang jenuh nak kira, kalau terlalu ramai yang nak masuk insuran, pening pulak korang nak kira bonus.

Siap ada peluang melancong secara PERCUMA?

Sumber gambar – JOE.ie

Ramai je member Tok yang jadi ejen insuran ni.

Ada yang dah berjaya naik pangkat, dan menjana pendapatan bulanan yang konsisten. Beli kereta mewah, hartanah dan macam-macam lagi la. Alhamdulilah, itu rezeki mereka.

Selain tu yang menariknya jadi ejen insuran ni adalah, syarikat akan bagi pakej percutian, ke luar negara. Tiket penerbangan, penginapan dan pemandu pelancong semuanya ditanggung oleh pihak syarikat. Seronok kan!

Paling seronok lagi, pendapatan insurans ni akan jadi pasif. Bila sampai tahap kumpulan korang makin ramai, pendapatan pun makin besar dan konsisten. Pokoknya, RAJIN.

Tok harap sangat anak muda terutamanya, bertindaklah. Ini adalah perniagaan yang paling rendah risikonya. Cara untuk menjadi ejen insuran hanya perlu ambil peperiksaan.

Kos yang perlu dibayar hanya RM190 saja.

Bila dah lulus peperiksaan tu, korang dah jadi ejen yang sah. Boleh buat terus. Strategi masing-masing.

Belajarlah daripada mereka yang dah berjaya buat. Kadang kita ni tak tahu rezeki tu kat mana. Jadi jangan cepat mengalah dan berhenti mencuba. Kalau menjadi, korang juga yang untung.

Kalau tak menjadi sekalipun, RM190 tu je akan burn. Tapi ilmu tu, korang boleh gunakan sampai bila-bila.

Baik. Itu je Tok nak sampaikan. Semoga diberi keyakinan dalam bidang ni, Tok doakan.

Sertai #genghartanah
Setuju untuk data saya disimpan ke MailChimp ( more information )
Sertai lebih 50,000 #genghartanah untuk dapatkan konten terus ke inbox anda dan hadiah eklusif yang lain.
Kami tidak akan menjual emel anda dan kami juga benci spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *