Gaji RM3,000 dah. Tapi tak beli rumah lagi sebab asyik buat 10...

Gaji RM3,000 dah. Tapi tak beli rumah lagi sebab asyik buat 10 “dosa” ini

7179
3
SHARE
Sumber gambar: digiato.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dalam pengurusan kewangan juga, ada banyak jenis “dosa” yang wajib kita elak buat sehabis boleh.

Sekali je korang buat silap, memang susah nak betulkan balik. Peluang yang ada untuk membeli rumah, boleh kata akan terbang menjauh daripada korang.

Kalau Tok tak mula berpesan dari sekarang, ada potensi ramai anak muda akan lemas dalam duniawi yang serba-serbi mengancam jiwa.

Tak kira gaji korang ngam-ngam RM3,000 sebulan, atau lebih (atau kurang) daripada ini, Tok nak korang hadamkan betul-betul perkongsian Tuan Harith Faisal ni.

Bukan orang gaji RM3,000 je buat “dosa” ni. Ramai sangat. Tok tak nak korang buat semua ni, boleh?

#1: “Besi” yang dah buat ramai orang jatuh miskin

Sebab yang biasa kita dengar adalah, dah terbeli kereta mahal.

Ansurannya bulanan je dah makan 30% daripada gaji dia. Belum masuk petrol, tol, servis, modify sana sini dan lain-lain.

Entah-entah boleh habis 50% gaji hanya untuk kereta saja. Cuba la korang buat kira-kira sendiri.

#2: Duit dalam akaun, wajib habiskan setiap bulan?

Ni pun, satu lagi “dosa” yang ramai orang buat.:

“Langsung takde buat simpanan bulanan”

Paling kurang, simpanlah 10% daripada gaji. Tapi, dapat simpan 30% lagi bagus.

RM3,000 x 30% = RM900. Simpan setahun dah ada RM10,800. Korang patut mula menyimpan masa bujang lagi. Senang nak buat sebab komitmen tak banyak.

#3: Tak pernah ukur baju di badan sendiri

Bila tanya pasal nak beli rumah, harga nak lebih RM300,000 je.

Mungkin lepas, mungkin tak. Kalau lepas kiraan DSR, mungkin tak lepas kiraan NDI. Kalau lepas pun, masalah kat modal pula.

Tak salah rendahkan sikit bajet tu. Beli rumah sekitar RM150,000 untuk permulaan pun dah okay. Nak malu buat apa? Bukan guna duit orang lain pun.

#4: “Reban ayam” yang senang-senang dapat (maksimum) RM800 sebulan, atau lebih

Apa dosa rumah low cost, sampai ramai yang pandang lekeh?

Reban ayam katanya. Tak pun, orang panggil rumah burung sebab reka bentuk kotak.

Ramai yang tak tau rumah low cost ni, berebut orang nak bida kalau dah masuk lelongan. Lagi-lagi kalau lokasi hot, dekat dengan LRT, MRT, atau hospital.

#5: Gaji rendah dari RM3,000 pun, ada yang dah beli lebih sebiji rumah

Mentaliti yang betul penting untuk pastikan korang mencapai impian yang korang idamkan. Kalau tak betul, sampai ke sudah dekat situ tu, tak kemana-mana.

Masih ramai yang fikir, orang bergaji RM3,000 tak mampu beli rumah.

Bagi mereka, orang yang beli rumah hanya orang ada-ada je. Dan bukan mereka.

Padahal kalau korang tau dan komited nak belajar teknik dan caranya, gaji RM2,500 pun dah boleh beli rumah.

Ini mindset yang akan rugikan korang untuk jangka masa panjang. Takkan nak tunggu gaji naik jadi RM5,000 sebulan, baru terhegeh-hegeh nak beli rumah.

#6: Sanggup buang masa tunggu perkara yang tak pasti

Tak kurang jugak yang bagi alasan nak tunggu rumah PR1MA, rumah SelangorKu, RUMAWIP.

Nak mohon, boleh. Tapi tak perlu tunggu bertahun-tahun.

Sementara nak tunggu tu, survey sekali rumah-rumah subsale, banyak juga yang bagus-bagus. Elakkan tunggu benda yang tak pasti.

#7: “Takde bantuan kerajaan, macam mana nak beli rumah?”

Ini alasan yang paling geram dengar:

“Orang yang bergaji RM3,000 tak layak dapat BR1M”

Sebab tu, susah gila nak simpan duit.

Ada la orang kata, BR1M tu boleh tampung kos sara hidup yang kian meningkat hari demi hari. Setahun pun boleh tahan.

Tak tau la siapa yang kata.

#8: Anak aku beli rumah level cikai? Mana nak letak muka?

Ada jugak yang mak bapak tak bagi beli rumah cikai-cikai. Paling kurang, kena beli rumah bertanah.

Bagi mereka, kerja anak mereka sebagai eksekutif di kota metropolitan Kuala Lumpur bergaji besar.

Walhal sekitar RM3,000 saja. Itulah, sapa suruh bergaya macam orang kaya sangat. Kan dah terkena.

#9: Menyewa itu lifestyle masakini – Ye ke?

Lebih selesa menyewa bilik RM500 sebulan, daripada beli rumah RM160,000 dengan bayaran bulanan hanya RM750.

Tak salah pun sewa bilik tu. Tapi sambil sewa bilik, kena la ada rumah sendiri juga. Rumah sendiri, sewakan dekat orang lain. Baru betul caranya.

#10: Rasa terlampau kaya, mengalahkan tauke balak

Graduan gaji RM3,000 biasa rasa gaji dia dah cukup besar.

Ya, fresh graduate nak dapat gaji mula RM3,000 memang sangat payah.

Bila dah dapat, mulalah nak impress (kagumkan) orang lain dengan kehidupan mewah, travel sana sini, pakai kereta best, dan macam-macam lagi.

Semua orang layak ada (paling kurang) sebiji rumah sendiri sebagai tempat berteduh

Ada juga situasi yang mana mereka anak sulung yang ada komitmen tinggi kat keluarga masing-masing. Kita tak nafikan memang wujud orang macam tu.

Tapi takpe. Sama-sama kita doakan semoga setiap orang dapat memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.

Kalau memang dah usaha sehabis baik, masih tak mampu memiliki rumah, jangan buruk sangka dengan Allah.

Pasti ada hikmahnya. Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih baik. Masanya pasti tiba. Yang penting, korang jangan putus asa.

Rumah memang tak wajib kau beli. Tapi bila kau beli rumah, kau akan rasa tenang, tak perlu menyewa lagi.

Kalau kau sebagai ketua keluarga, kau tak perlu risau lagi jika ajal menjemput. Sekurang-kurangnya, isteri, anak kau dah ada tempat berteduh.

Kalau kau tak mampu beli rumah sebab kesilapan kau sendiri dalam mengurus duit, ditambah pula dengan dosa-dosa kewangan yang kau lakukan dengan kerelaan sendiri, mohon insaf.

Semua orang ada zaman jahiliah kewangan. Hijrah segera!

Haha! – HF

PS: SHARE laju-laju. Penat saya taip pakai phone tau.

Tak patut korang jadi mesin penjana alasan untuk bertangguh, atau lebih teruk, langsung takde pasang niat nak beli rumah walaupun sebiji.

Dunia ni, macam-macam ada. Kalau korang tak fokus, memang senang-senang je tewas dengan nafsu.

Takpe. Tok percaya, korang tak macam ni. Tu sebab korang baca perkongsian ni sampai habis. Korang power!

Anda betul-betul nak beli rumah dengan modal ciput? Belajar sekarang dengan 16 pelabur otai ini

Apa yang paling penting untuk korang buat dulu sebelum beli mana-mana rumah?

“Pastikan kita buat untung semasa membeli, bukan semata-mata semasa menjual”

Nak tak nak, korang “terpaksa” terima untung yang tunggu masa nak masuk poket korang tu. Klik link bawah ini sekarang untuk jadikan semua ini realiti:

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY