Home Tip beli rumah 7 tip sempoi untuk anak muda cepat-cepat beli rumah pertama. No. #5...

7 tip sempoi untuk anak muda cepat-cepat beli rumah pertama. No. #5 bagi loan anda senang lulus

6827
8
SHARE
Sumber gambar - PropSocial
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kesedaran di antara golongan muda (yang baru graduate dan dapat kerja) tentang membeli rumah seawal mungkin, bukan satu isu yang baru.

Masa silih berganti. Tok yakin, ramai dah pasak mindset ni ke dalam minda.

Cuma, graduate baru tetap akan muncul untuk gantikan yang lama. Dan perkara ni akan berterusan sampai bila-bila.

Tiap tahun, akan lahir lebih 200,000 graduan. Dan Tok tak yakin jumlah ini sedia maklum dengan apa yang wajib mereka buat lepas graduate nanti.

Sebab ni, Tok abadikan perkongsian Tuan Amir Syahir dalam blog ni untuk rujukan korang. Selamat menghadam.

Tip #1 : Paling kurang, 10%. Lagi cantik kalau dapat buat 15%!

Korang boleh mulakan dengan membina katektor suka menyimpan.

Paling kurang, korang perlu ada simpanan 15% daripada harga rumah yang hendak dibeli. Baki 90% lagi, korang gunakan pembiayaan daripada bank.

Jumlah 15% tu, merangkumi 10% untuk urusan down payment bila membeli rumah. Dan baki 5% tu, untuk urusan perjanjian jual beli dan kos sampingan yang lain.

Tip #2 : Okay ke buat personal loan untuk bayar deposit rumah?

Jangan sekali-kali korang ambil pembiayaan peribadi untuk bayar deposit rumah.

Kalau korang buat macam ni, korang akan dilabelkan oleh bank sebagai individu berisiko.

Dan bila dah jadi macam ni, silap-silap korang hanya dapat kurang daripada 90% MOF (Margin of Finance), atau kadar keuntungan (interest) bank yang tinggi.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : Elak buat 5 ‘dosa’ ini sebelum beli rumah pertama

Tip #3 : Susah dulu sekarang. Dah senang nanti, tak mudah kufur nikmat

Buat orang lelaki yang masih bujang, naik motosikal pun takpe.

ang perempuan pulak, takkan nak biarkan naik motosikal. Kalau mampu, beli kereta dengan ansuran bulanan yang rendah. Jangan mengada-ngada nak pakai jenama ’T’ dan ‘H.’

Kalau ansuran bulanan kereta korang tinggi, korang takkan mampu nak menyimpan dan beli rumah yang rendah nilainya.

Tip #4 : Beringat bila berhutang

Selagi boleh, jauhi hutang yang korang tak perlu buat.

Kalau nak beli smartphone ke apa, beli secara tunai. Tak payah mengada-ngada nak bayar secara ansuran.

Kad kredit pun, boleh jadi bagus kalau korang jenis yang reti guna. Tapi kalau jenis yang main swipe je, confirm nak bayar nanti tergaru kepala.

Tip #5 : Buktikan kepada bank yang kewangan anda awesome!

Mulakan bina laporan CCRIS untuk tempoh 6 bulan pertama, dengan buat ASB Financing atau kad kredit. Pastikan laporan CCRIS korang cantik, menarik, tertarik.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : Rugi kalau kerja ‘gomen,’ tapi tak guna kelebihan ‘ini’ untuk beli rumah pertama

Tip #6 : Yang malas, ’terpaksa’ tanggung rugi?

Bermula dari sekarang, sentiasa tambah dan belajar ilmu hartanah supaya dapat elakkan diri tu tertipu, dan terpaksa tanggung kerugian beribu Ringgit.

Korang jangan la malas nak membaca. Korang selamanya akan berada kat takuk yang lama.

Orang lain dah lama melangkah maju ke depan, tapi korang masih tetap kat takuk yang lama.

Tip #7 : Cari kawan yang sama perjuangan. Baru senang anda nak berjalan

Cari kawan yang share sama minat dengan korang.

Sekarang ni, zaman media sosial yang cukup pantas. Korang boleh je follow FB (social influencer) yang selalu sharing ilmu percuma.

Kalau ada rezeki dapat duit lebih, boleh la korang boleh beli tentang pelaburan hartanah, ebook, atau pergi ke seminar untuk tambah dan upgrade ilmu.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : 6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Biar nampak papa, janji rumah dah lebih 2

Takpe beli rumah buruk dan kecil. Lepas dah beli nanti, boleh je cantikkan semula dengan mengecat supaya ia cantik berseri.

Biar pun korang nampak sengkek sebab pakai motosikal untuk pergi kerja, takpe. Asalkan korang dah ada aset hartanah.

Jangan pulak hari-hari update gambar makan dekat kedai mahal, tapi hutang keliling pinggang. Lagi parah, tak reti nak bayar balik apa yang dipinjam.

Naik kereta import mewah, tapi dah 2 bulan tertunggak bayaran.

Ini pendapat peribadi gua je. Kalau nak ilmu yang lebih, boleh skrol posting gua yang lama. Banyak ilmu percuma yang gua kongsikan. Kah!

Nota : Silakan SHARE artikel ini jika bermanfaat. 

Tok faham. Nak buat salah satu tip kat atas ni, bukan perkara yang mudah.

Tapi Tok nak korang faham. Apa yang korang korbankan sekarang ni, adalah untuk menjamin masa depan kewangan korang.

Senang kalau jadi apa-apa nanti. Paling kurang, korang dah tak payah risau bab duit dah.

8 COMMENTS

  1. Terima kasih. Sy pembaca setia gilahartanah. Skrg sy dh miliki 2 buah rmh. Sebuah sewakan dan sebuah lg kediaman sendiri.
    Hebat2 belaka info dlm gilahartanah ni!

  2. Saya juga pembaca setia gila hartanah… Yk tips2 berguna yg dipraktikkan… Alhamdulillah memiliki 3 biji rumah
    Dan sekrg otw loan approve utk rumah ke4 project sentul point..terima kasih yer…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here