Login

Register

Login

Register

Work From Home – Gaya kerja baru, isu produktiviti dan keselesaan ruang bekerja

| |

Penyebaran novel coronavirus atau Covid-19 telah menjejaskan pelbagai industri, ekonomi dan gaya hidup masyarakat di seluruh dunia

Antaranya, perjalanan antarabangsa telah disekat, dan ‘hand sanitiser’ seolah-olah menjadi keperluan asas dalam kehidupan seharian.

Kerajaan sedang berusaha keras untuk mengurangkan jangkitan virus COVID-19 di Malaysia dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar dapat mengawal pergerakan rakyat Malaysia.

Oleh kerana pergerakan telah dikawal, kebanyakan pekerja tidak dibenarkan ke pejabat.

Justeru, norma dan cara kerja tradisional di kebanyakan pejabat kerajaan dan swasta telah berubah. Ramai yang bekerja dari rumah dengan menggunakan teknologi canggih yang tersedia.

Persoalannya di sini, adakah produktiviti dan kualiti kerja masih terjamin jika pekerja bekerja dari rumah?

Kerja dari rumah, sama produktif seperti di pejabat?

Menurut kajian dijalankan oleh Stanford terhadap 500 pekerja, yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kohort pekerja jarak jauh dan pekerja di pejabat, hasil kajian ini membuktikan bahawa bekerja dari rumah mempunyai paras produktiviti yang sama seperti bekerja di pejabat.

Bekerja dari rumah adalah kebiasaan baru yang mungkin akan diterapkan secara kekal selepas PKP.

Secara umumnya, bekerja dari rumah mempunyai pelbagai kelebihan seperti masa yang fleksibel, pelaksanaan lebih efektif dan tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu-lintas.

Terdapat beberapa tips untuk meningkatkan lagi tahap produktiviti bekerja dari rumah. Komunikasi yang jelas dan berkesan antara rakan sekerja penting dalam menjaga produktiviti dan mutu kerja.

Bekerja dari rumah mungkin terasa seperti pengalaman solo, tetapi sebenarnya ia melibatkan interaksi dengan orang lain, sama ada bertemu dengan pasukan, mendapatkan tugasan, membuat keputusan, atau memberi dan menerima maklum balas.

Aktiviti seperti percambahan idea, kolaborasi antara rakan sekerja dan perbincangan secara terperinci perlu dilakukan secara bersemuka.

Justeru, persidangan video amat diperlukan untuk saat-saat ini. Konferensi video juga merupakan kaedah terbaik untuk melakukan pemeriksaan secara berkala dengan pasukan anda.

Ini dapat membantu anda mengikuti perkembangan apa yang dilakukan oleh orang lain, dan juga membantu semua orang untuk mengukuhkan hubungan yang mungkin diabaikan kerana tidak berkongsi tempat kerja.

Terdapat beberapa aplikasi yang dapat membantu, antaranya ialah Skype, Zoom, Google Hangout dan juga GoToMeeting.

Ruang kerja khas mainkan peranan

To-do-list’ atau senarai yang perlu dilakukan boleh membuat keajaiban untuk memastikan anda bekerja dengan teratur dan bermotivasi semasa bekerja dari rumah.

Semasa membuat senarai, fikirkan tentang tujuan besar dan jangka panjang, seperti menyelesaikan projek, dan juga fokus kecil, seperti menyelesaikan tugas yang membawa kepada tujuan besar itu.

Tulis atau taipkan senarai yang perlu dilakukan dan bukannya hanya sekadar mengingati di kepala.

Senarai ini bukan untuk membuatkan anda rasa terbeban atau tertekan tetapi untuk memastikan anda berada di landasan yang betul.

Ini seiring dengan tempoh masa yang ditetapkan, selain dapat memberikan keseronokan apabila dapat menyelesaikan tugas dari senarai, dan tetap berasa bermotivasi untuk melakukan tugas yang seterusnya. Ruang kerja menjadi kunci utama.

Sekiranya anda boleh duduk dan bekerja dengan produktif di mana sahaja, itu bagus.

Sekiranya anda memerlukan ruang kerja yang lebih kondusif dan berstruktur, maka wujudkan ruang kerja – sama ada bilik yang berasingan, meja yang lengkap, atau hanya bahagian yang bersih dari meja dapur anda.

Hal ini dapat membantu untuk memberitahu otak anda bahawa anda berada di tempat di mana anda boleh bekerja dengan produktif dan tanpa gangguan.

Anda bersedia adaptasi ‘the new normal‘ ini?

Berdasarkan pemerhatian semasa daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), bekerja dari rumah mungkin akan jadi normal yang baru kepada dunia.

Pekerja tidak lagi perlu ke pejabat. Mengapa mereka perlu ke pejabat jika mereka masih boleh bekerja seperti biasa dan mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat atau organisasi?

Justeru, rakyat Malaysia perlu bersifat lebih terbuka dan bersedia untuk mendepani situasi ‘the new normal’ seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam usaha untuk mengadaptasi dengan situasi normal yang baru, co-living menepati ciri-ciri tersebut.

Co-Living – Selesaikan kesulitan work from home

Co-living adalah konsep perumahan moden di mana penduduk berkongsi tempat tinggal dan mempunyai minat, nilai, dan niat yang hampir serupa.

Kebanyakan co-living menyediakan bilik yang kondusif dan cantik dengan kemudahan perabot yang lengkap seperti katil, almari, pendingin hawa, meja kerja dan kerusi.

Dengan kelengkapan yang lengkap dan selesa, sudah tentu penyewa akan berasa selesa dan tenang untuk bekerja dari bilik.

Disamping itu, jika rakan sekerja juga menyewa atau menetap di rumah yang sama, maka ia akan memudahkan urusan bekerja seharian, mereka masih boleh berinteraksi dan berbincang hal kerja walaupun semasa musim PKP tetapi penjarakan sosial masih diterapkan.

Konsep co-living juga biasanya menyediakan ruang co-working yang boleh dikongsikan oleh penduduk setempat.

Dalam erti kata mudah, bayangkan fasiliti-fasiliti co-working seperti CommonGround dan WeWork, tetapi bertempat di dalam kompaun apartment itu sendiri.

Ini secara tidak langsung, memolehkan penyewa-penyewa co-living untuk mengunapakai ruang-ruang yang disediakan khusus bagi urusan berkerja, termasuklah bilik khas untuk tujuan konferesi video (video conferencing), bilik perbincangan kecil (small meeting room), dan sebagainya.

Rebut diskaun 30% untuk unit co-living pertama anda sekarang!

Kesimpulannya, bekerja dari rumah dapat mengekalkan prestasi dan produktiviti kerja sama seperti bekerja di pejabat.

Rakyat Malaysia harus bersifat lebih terbuka dengan konsep normal yang baru ini. Perkara ini mungkin masih janggal, tetapi seiring dengan waktu, kita akan mula membiasakan diri dengan gaya hidup yang baru ini.

Jika anda sedang mencari bilik sewa yang lebih selesa dan kondusif untuk menetap dan bekerja dari rumah, Youtopia Coliving sedang menawarkan promosi 30% diskaun untuk bulan Mei.

KLIK IMEJ DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Previous

Pasaran harta tanah dijangka kekal berdaya tahan walaupun ekonomi mencabar- JPPH

Soalan lazim mengenai Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap

Next