Login

Register

Login

Register

Verna, Serene Heights – Rumah Teres Dua Tingkat Berkonsep Moden Untuk Dimiliki

| |

Tok boleh kata, ada macam-macam jenis kediaman untuk kita pilih. 

Kita boleh pilih sama ada beli untuk duduk sendiri atau sebagai pelaburan. Bagi yang ingin memilih untuk duduk sendiri, ada yang lebih cenderung untuk kediaman landed. 

Tapi masalah keselamatan (sekuriti) keluarga antara yang menjadi isu. 

Ada juga yang mahukan akses ke pelbagai fasiliti seperti kediaman high-rise – kolam renang, gimnasium, taman, dan sebagainya.

Buat yang tengah mencari kediaman seperti ini, Tok ada satu projek nak kongsikan kat korang.  


Projek pembangunan bercampur, sesuai dengan gaya hidup masa kini

Buat korang yang sedang mencari hartanah landed Freehold di Bangi, korang patut masukkan Verna, Serene Heights dalam list pilihan korang. 

Verna, Serene Heights merupakan pembangunan rumah landed 2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Serene Heights turut menawarkan pelbagai pilihan jenis rumah selain Verna, yang meliputi semi detached villa, banglo, lot kedai, kondominium, dan juga serviced residences. Semua ini bakal dibina dalam tempoh masa 10 tahun akan datang. 

Daripada membeli barang basah dapur atau semata-mata berjalan-jalan bersama keluarga pada hujung minggu, semua tu mudah untuk dibuat di sini. 

Terdapat Nilai 3 Wholesale Centre yang terletak berdekatan, IOI City Mall Putrajaya dan Alamanda Shopping Centre di Putrajaya yang terletak hanya 12KM dari sini.

Berdekatan dengan pelbagai kemudahan yang dekat belaka, korang boleh meneruskan kelangsungan hidup di sini tanpa sebarang masalah.

Berapa jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di Verna, Serene Heights?

Ada 3 jenis layout yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing: 

Type C/C-M : 1,939 kaki persegi 

  • Corner 

Type A / A-M : 1,814 kaki persegi 

  • Intermediate

Type E/ E-M : 1,911 kaki persegi

  • End – lot

Apa fasiliti yang disediakan di Verna, Serene Heights? 

Setiap inci kediaman ini direka dengan penuh teliti untuk memberikan pengalaman unik dan kemudahan dari segi penggunaan kepada penduduk. 

Antara fasiliti yang disediakan di sini seperti: 

  • Multi-purpose Hall, 
  • Surau,
  • Kindergarten, 
  • Tropika Boulevard,
  • Street of Blooms.

Khas untuk penduduk di Verna,Serene Heights juga, korang boleh nikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di sini. 

Kemudahan yang ada di Verna, Serene Heights adalah: 

  • Creekside Parkland,
  • Themed Playzones,
  • Hopscotch Valley, 
  • Gasing Land,
  • Congkak Place, 
  • Takraw Park,
  • Wellness Garden, 
  • Leisure Garden.

Rekaan landskap juga turut diberikan perhatian di Verna, Serene Heights.

Senang tak nak ke mana-mana dari sini? 

Verna, Serene Heights ni, sesuai untuk korang yang bekerja di kawasan berikut: 

  • Bangi, 
  • Putrajaya, 
  • Cyberjaya,
  • Nilai
  • Serdang,
  • Semenyih. 

Dengan akses lebuhraya yang ada, korang tak perlu risau untuk ke Serene Heights. Serene Heights tak jauh jika korang dari Seremban dan juga ke Kuala Lumpur.

Korang ada akses mudah ke lebuhraya seperti: 

  • Lebuhraya LEKAS, 
  • Lebuhraya ELITE, 
  • Lebuhraya SILK, 
  • Lebuhraya Cheras-Kajang. 

Apa hospital dan klinik terdekat dengan Verna, Serene Heights ni? 

Bagi Tok, akses yang dekat dengan pusat perubatan adalah salah satu faktor utama sebelum buat keputusan membeli hartanah. 

Bukan apa. Senang kalau ada kemudahan ini kalau ada antara ahli keluarga korang jatuh sakit dan perlukan rawatan perubatan. Tak gitu? 

Dari Verna, Serene Heights, korang ada akses dekat ke pusat perubatan berikut : 

  • Hospital Islam Az – Zahrah (19.6 KM),
  • Hospital Pakar An – Nur (16.7 KM),
  • Hospital Serdang (12.4 KM),
  • KPJ Kajang Specialist Hospital (18.4 KM),
  • Hospital Kajang (16.3 KM),
  • Andorra Women and Children Hospital (33.3 KM),
  • Hospital Pusrawi SMC, Bangi (16.7 KM).

“Macam mana pula dengan pusat pendidikan yang terdekat, Tok?”

Of course ada!” 

Berikut antara senarai sekolah dan juga pusat pendidikan yang terdekat dengan Verna,Serene Heights : 

  • Greenview Islamic Inti School Bangi (14.5 KM),
  • Sri Ayesha Islamic School (20.7 KM),
  • Nexus International School (19.4 KM),
  • Tanarata International School (24.9 KM),
  • Global Modern Inti School (23 KM),
  • SRJK (C)  Sungai Chua (21.6 KM),
  • SMK Convent Kajang (19.6 KM),
  • SMK Jalan Bukit (17 KM).

Kemudahan ini melengkapkan lagi asbab kawasan ini sebagai kawasan yang sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Senang nak hantar anak korang ke tadika dan sekolah berdekatan.

Mudah tak nak ke pusat membeli-belah? 

Berikut antara pusat membeli-belah dan tempat membeli barangan dapur yang korang boleh pergi: 

  • Metro Shopping Mall Kajang (19.5 KM),
  • EVO Mall (19.9 KM),
  • Bangi Sentral (20.1 KM),
  • Giant Hypermarket Bangi (19 KM),
  • Bangi Gateway (14.8 KM),
  • Tesco Bandar Puteri, Bangi (6.1 KM),
  • Tesco Semenyih (8.4 KM).

Semua tempat ni dekat untuk korang restock segala keperluan harian untuk kegunaan isi rumah. 

Berbaloi ke beli Verna,Serene Heights ni? 

Ini pendapat personal Tok. Kalau korang sudah berkeluarga, projek ini memang tempat yang sesuai. Kalau yang tengah merancang nak kahwin tu, pun boleh juga.

Dekat sini, korang dah tak perlu risau tentang keselamatan. Lengkap dengan perimeter fencing (pagar berperimeter) dan juga guard house (rumah pengawal), keselamatan keluarga korang pasti terjaga. 

Paling menarik, korang boleh booking Verna, Serene Heights ni pada RM1,000 saja. Jadi, tunggu apa lagi? 

Anda tengah cari rumah landed yang lengkap dengan sekuriti?

Tak perlu cari lagi, sebab Tok dah jumpa satu untuk korang. 

Rumah landed ni, bukan setakat ada sekuriti untuk memastikan keselamatan keluarga korang terjamin. Korang juga ada akses mudah ke lebuhraya. Mudah ke mana – mana. 

Tak cukup dengan itu, korang juga akan dapat cashback bila beli rumah ni. Gunakan duit cashback ini untuk: 

  1. Langsaikan hutang jahat (kad kredit, dan sebagainya), 
  2. Modal tukar kereta baru secara PERCUMA, 
  3. Bina simpanan untuk masa depan, 
  4. Bina tabung pendidikan anak-anak, 
  5. Sebagai deposit beli rumah seterusnya, dan macam-macam lagi. 

Booking hanya RM1,000 sahaja untuk tempah unit anda. 

KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) DAN TEMPAH UNIT ANDA SEKARANG

Previous

Elakkan 5 tabiat berbelanja yang buatkan kita jadi miskin ini

Cara berkesan simpan duit. Walaupun nafsu belanja kuat mengalahkan harimau buas.

Next