Topaz @ Taman Putra Prima, Puchong – Kediaman freehold dengan landskap hijau yang nyaman

Apa yang terbayang dalam kepala korang bila Tok sebut perkataan, ‘Puchong’?

Pasti ramai yang bayangkan keadaan trafik yang sesak dekat kawasan ini.

Tapi yang tak ramai tahu, keadaan trafik yang sesak adalah indikator terbaik di mana kawasan tu membangun secara progresif.

Pada hari ni, Puchong cukup terkenal sebagai kawasan perniagaan (commercial area), kawasan perindustrian (industrial area), dan juga kawasan kediaman (residential area) yang bagus belaka.

Dan buat korang yang sedang mencari kediaman rumah teres 3-tingkat dan 2-tingkat yang lengkap dengan landskap hijau yang nyaman, jemput baca perkongsian Tok ini laju-laju.

Perbandaran (township) yang menepati citarasa penduduk masa kini

Projek kediaman yang Tok tak sabar nak kongsikan dekat korang ni, diberi nama Topaz.

Bertempat di Taman Putra Prima, Puchong, korang boleh jangkakan pelbagai jenis kemudahan yang disediakan untuk korang seisi keluarga.

Taman Putra Prima adalah sebuah perbandaran (township) yang berdekatan dengan MSC (Multimedia Super Corridor), Kuala Lumpur, Puchong, dan juga Cyberjaya. Memang sesuai untuk korang yang berkerja dekat tempat yang Tok sebutkan ini.

Oh, lupa Tok nak bagitahu. Projek kediaman ini dibangunkan oleh Plenitude Permai Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Plenitude Berhad.

Seluas 451.63 ekar, perbandaran terancang ini dibina dengan konsep ‘Garden,’ lengkap dengan kediaman yang bersaiz besar. Korang boleh jangkakan gaya hidup yang tenang dan nyaman dekat sini.

Nak Tok tambah lauk lagi? Perbandaran ini juga adalah berstatus freehold (pegangan kekal).

Tak cukup dengan tu, pembangunan dekat sini juga Tok boleh kelaskan sebagai low-density (berkepadatan rendah). Jadi, korang tak akan rasa semak sebab tak ramai orang yang tinggal dekat sini.

Berapa banyak jenis unit kediaman yang ditawarkan di Topaz?

Jawapan mudah Tok, ada 3 jenis unit kediaman yang korang boleh pilih di sini, mengikut kesesuaian masing-masing.

Dengan jumlah keseluruhan yang dibina sebanyak 136 unit, korang boleh pilih daripada yang berikut:

Jenis A (Seluas 3,396 kaki persegi, 6 + 2 bilik tidur, 7 bilik air), 31 unit

Jenis B (Seluas 2,448 kaki persegi, 4 + 1 bilik tidur, 5 bilik air), 67 unit

Jenis D (Seluas 2,305 kaki persegi, 4 + 1 bilik tidur, 5 bilik air), 38 unit

Lengkap dengan pelbagai kemudahan, dan semuanya dekat belaka

Daripada apa yang Tok kaji, Puchong menjadi kawasan pilihan untuk mereka yang bekerja di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. Untuk yang berkerja dekat KLIA pun, boleh juga.

Tak cukup dengan itu, kawasan Puchong juga menjadi kawasan pilihan buat mereka yang bekerja di Subang Jaya dan juga Petaling Jaya.

Kita berbalik kepada soalan ini:

“Kenapa ramai yang memilih Puchong sebagai tempat tinggal?”

Pada pendapat personal Tok, Puchong mempunyai kediaman yang berkualiti, serta dikelilingi dengan pelbagai kemudahan asas yang baik seperti hospital, sekolah, balai polis, supermarket, dan sebagainya.

Antara kemudahan yang tersedia dekat kawasan ini termasuk:

Pusat Membeli-Belah

Sumber gambar – Tesco
  • AEON Big Puchong (4.8 KM),
  • Tesco Extra Puchong (10.1 KM),
  • One City Mall (11.3 KM),
  • IOI Mall, Puchong (11.4 KM),
  • Setia Walk, Puchong (10.9 KM).

Pusat Riadah

Sumber gambar – gym.my
  • KSL Sports Puchong (4.5 KM).

Pusat Pendidikan

Sumber gambar – MAHSA University
  • MAHSA University (4.7 KM),
  • Kingsley International School (12.6 KM),
  • Taylor’s International School, Puchong (6.3 KM),
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming (6.6 KM),
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (6.1 KM),
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (7.2 KM).

Pusat Kesihatan

Sumber gambar – iBanding
  • Columbia Asia Hospital (9.5 KM),
  • KPMC Puchong Specialist Center (8.5 KM),
  • Sunway Medical Centre (14.6 KM),
  • Hospital Putrajaya (18.9 KM).

“Senang gila nak pergi ke mana-mana dari Topaz!”

Sumber gambar – KLIA2

Untuk kemudahan penduduk di sini, korang boleh pilih untuk guna daripada 6 sambungan lebuhraya yang mantap belaka. Senang untuk ke mana saja yang korang suka.

Antara yang korang boleh gunakan seperti:

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP),
  • Shah Alam Expressway,
  • Puchong – Sungai Besi Bypass,
  • North – South Central Link (NSCL),
  • Puchong – Hicom – USJ Link, dan
  • Lebuhraya MEX.

Pandangan personal Tok tentang Topaz, Taman Putra Prima, Puchong

Pada pendapat Tok, Topaz adalah projek kediaman yang patut diberikan perhatian untuk korang yang bekerja di Subang Jaya, Shah Alam, Putrajaya, dan Cyberjaya.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dekat belaka dan akses lebuhraya yang mantap, korang boleh jangkakan sebuah kehidupan yang lengkap, berserta keharmonian dan hidup dalam suasana yang tenang dan selesa bersama keluarga yang tercinta.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu lagi tawaran ‘baik punya’ untuk anda

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak Plenitude Berhad. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Jemput tempah tempat duduk anda sekarang dengan klik gambar di bawah ini sekarang:

Leave a Reply