Login

Register

Login

Register

The Mate, Damansara Jaya – Signature Suites Freehold baru pada harga bermula RM300K

| |

Anda tengah cari signature suites high-rise di kawasan Petaling Jaya pada harga bawah RM400,000?

Projek yang Tok jumpa ni, harganya bermula dari RM300,000. Sesuai untuk anda yang nak beli kegunaan sendiri atau nak melabur dalam hartanah.

Bab lokasi pula, boleh kata strategik sebab bertempat di tengah-tengah bandar Petaling Jaya (Hint – Berdekatan SS2, TTDI, dan juga Damansara Uptown).

Bukan setakat tu je. Projek ini juga adalah pembangunan low density (berkepadatan rendah) dan berstatus Freehold.

Nak tahu lebih lanjut? Jemput baca perkongsian Tok ini.

Hanya 268 unit saja akan dibina?

Projek yang Tok maksudkan adalah The Mate, yang bertempat di kawasan Damansara Jaya, Petaling Jaya.

Ini adalah projek pembinaan bercampur (mixed development), yang menggabungkan unit signature suite, lot runcit, serta komponen co-living dan co-working space.

The Mate ni terletak berdekatan dengan macam-macam kemudahan. Pendek kata, projek ini sesuai untuk anda yang inginkan kehidupan di tengah bandar.

Projek setinggi 22 tingkat yang menempatkan 268 unit ini bakal siap pada tahun depan (2022). Jadi, anda tak perlu tunggu lama untuk memiliki hartanah sendiri.

Dan yang paling menarik, anda boleh memiliki unit ini pada harga bermula dari RM300,000 sahaja.

Berapa jenis susun atur (layout) yang ditawarkan dekat The Mate ni?

Terdapat 5 jenis layout (susun atur) yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing.

Berikut adalah jenis layout yang ditawarkan:

  • Unit Studio, berkeluasan dari 270 hingga 273 kaki persegi,
  • Unit Studio (dengan sliding door), berkeluasan dari 307 hingga 338 kaki persegi,
  • Unit Big Studio (dengan sliding door), berkeluasan dari 486 kaki persegi,
  • Unit 1 bilik + 1 bilik air dengan keluasan 549 kaki persegi,
  • Unit 2 bilik + 1 bilik air dengan keluasan bermula dari 635 hingga 638 kaki persegi,
  • Unit 2 bilik + 2 bilik air dengan keluasan bermula dari 638 hingga 675 kaki persegi.

Cukup lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik

Kita masuk pula bab kemudahan dan fasiliti yang disediakan di sini. Antaranya seperti:

  • Lap pool,
  • Kolam renang kanak-kanak,
  • Sun lounge area,
  • Spill out area,
  • Tempat barbeku,
  • Gimnasium,
  • Reflexology path,
  • Reading area, dan
  • Covered walkway.

Semua kemudahan ini akan pastikan anda dapat menjalankan kehidupan yang selesa di sini.

Apa kemudahan lain yang ada berdekatan The Mate?

Pada Tok, ini part paling menarik tentang projek ini.

The Mate ini hanya terletak 300 meter sahaja dengan 3 Damansara Shopping Mall. Dekat sini, pendek kata, macam-macam ada. Antaranya:

  • 7-Eleven,
  • Ace Hardware,
  • AEON BiG,
  • Ah Cheng Laksa,
  • Baskin Robbins,
  • Caring Pharmacy,
  • Burger King,
  • Daiso,
  • Boost Juice Bars, dan banyak lagi.

Paling best, anda tak perlu keluar jauh-jauh untuk tengok wayang sebab ada GSC dekat 3 Damansara Shopping Mall ni. Boleh layan movie baru untuk buang stress anda tu.

Tak cukup dengan itu, anda juga ada akses dekat dengan Starling Mall (Hanya 4.1KM), Atria Shopping Gallery (hanya 2.4KM sahaja) dan 1 Utama Shopping Centre (hanya 4KM sahaja).

Selain shopping mall, anda juga dekat dengan SS2 (2KM), Damansara Uptown (2.9KM), dan TTDI (3KM). Serius dekat dengan 3 kawasan komersial ni.

Malas nak memandu? Pun takkan jadi masalah untuk anda. The Mate terletak berdekatan dengan stesen MRT TTDI (2.2KM sahaja). Boleh jimatkan mileage kereta dan tak perlu lagi berdepan dengan stress semasa tempuh traffic jam.

“Macam mana pulak dengan pusat akademik dan hospital? Dekat tak?”

Anda mesti la cari hartanah yang berdekatan dengan 2 perkara ini, betul? Senang nak hantar kalau ada ahli keluarga yang sakit atau anak-anak sekolah.

Anda juga tak perlu risau tentang perkara ni. Antara hospital yang terletak berdekatan The Mate seperti:

  • KPJ Damansara Specialist Hospital,
  • Universiti Malaya Specialist Hospital,
  • Kelana Jaya Medical Centre.

Semua pusat kesihatan ni hanya terletak sejauh 5KM sahaja dari The Mate.

Untuk pusat akademik yang berdekatan pula, anda ada akses mudah ke:

  • SMK Damansara Jaya (2.5KM),
  • SMK Damansara Utama (2.6KM),
  • SMK Tropicana (5.5KM),
  • SK Damansara Jaya 1 (2.7KM),
  • SK Bandar Utama Damansara (3.8KM),
  • KDU College Damansara (2KM),
  • First City University College (3.5KM),
  • MAHSA University (4.8KM), dan
  • Universiti Malaya (5.5KM).

Kalau anda perasan, semua tempat yang Tok sebut tadi dekat belaka. Tak sampai 6KM pun.

Apa sambungan lebuhraya yang ada, Tok?

Memang senang untuk anda ke mana-mana dari sini. Anda boleh pilih untuk gunakan lebuhraya berikut:

  • SPRINT Highway,
  • Federal Highway,
  • Damansara – Puchong Expressway (LDP), dan
  • KESAS Highway.

Anda boleh sampai ke Pusat Bandaraya dalam masa 20 minit sahaja (bergantung pada keadaan trafik) dengan SPRINT highway.

Dengan Federal Highway pula, anda boleh pergi ke Pusat Bandaraya dan boleh digunakan sebagai jalan alternatif ke Shah Alam dan Klang.

LDP pula, akan menyambungkan anda ke Bandar Utama, Sungai Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, dan juga Kelana Jaya, Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, dan lain-lain.

Pendek kata, memang senang anda nak ke mana sahaja dari The Mate.

Jadi, berbaloi le beli The Mate ni?

Ini pendapat personal Tok. Pada harga permulaan dari RM300,000, projek ni sesuai untuk anda yang sedang mencari hartanah.

Lebih-lebih lagi untuk golongan yang masih bujang dan mahukan lifestyle kehidupan bandar.

Pada harga yang berpatutan serta lokasi yang strategik, The Mate patut menjadi antara pilihan kediaman yang berbaloi untuk dimiliki. Berminat? Isi borang di bawah sekarang. Team Tok akan hubungi anda secepat mungkin.

Previous

Adenia – Setia Warisan Tropika – Kediaman teres 2 tingkat mewah khas untuk anda

“Kenapa susah sangat nak lulus loan rumah ni?” – Aiman

Next