Sunway Serene – Servis apartmen mewah, dengan pemandangan tasik indah

“Saya tengah cari servis apartmen yang dekat dengan tasik, serta lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ada ke Tok?”

Bayangkan. Sambil menghirup kopi atau teh selepas penat bekerja sepanjang hari di balkoni (beranda), sambil menikmati pemandangan tasik yang cantik.

Sungguh nyaman dan tenang. Memang syok!

GH Masterclass

Buat yang tengah mencari kediaman yang ada ciri-ciri ini, Tok ada satu yang nak dikongsikan dengan korang.

Dan yang paling menarik, kediaman ini bertapak megah dalam kawasan Petaling Jaya (PJ). Nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok ini.

Betul ke tinggal dekat Petaling Jaya, best gila?

Sumber gambar – Google Maps

Sebelum Tok berceloteh panjang tentang projek power ini, izinkan Tok sajikan korang serba sedikit pasal kawasan pilihan hati ramai orang ini – Petaling Jaya (PJ).

Pembangunan bandar Petaling Jaya bermula dengan 1,200 ekar tanah perladangan getah berdekatan Jalan Klang Lama (Old Klang Road), bermula pada era British Malaya sewaktu 1950-an.

Tapi, apa sebab penempatan ini dibuka?

Tujuan utama adalah untuk menampung jumlah populasi yang meningkat di Kuala Lumpur pada waktu tu.

Sejak 1952, PJ menyaksikan pertumbuhan secara mendadak dari segi saiz populasi dan kepentingan geografi.

Pembangunan PJ bermula dengan pembinaan 800 buah rumah kediaman, yang dikenali sebagai ‘Old Town’ (Pekan Lama) pada hari ini.

Sekarang ni, kawasan PJ dah berkembang seluas 97.2 kilometer persegi. Serius besar gila! PJ yang terteletak dalam daerah Petaling, juga memegang title (takhta) sebagai daerah dengan populasi tertinggi dan termaju dalam negeri Selangor.

Dan bukan setakat itu saja. Petaling Jaya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk korang manfaatkan sebaiknya.

Dari sambungan lebuhraya dan jalan raya yang mantap, pusat membeli-belah yang pelbagai, dan lain-lain kemudahan seperti pusat kesihatan (hospital) dan pusat akademik, tak hairan PJ menjadi pilihan ramai untuk membeli rumah.

P/S: Nak tahu lebih lanjut tentang kawasan PJ? Klik sini dan baca sekarang. 

“Projek komersial, tapi bayar kadar utiliti macam biasa?”

Tiba masa untuk Tok ceritakan tentang projek kediaman yang gempak ini. Korang dah sedia?

Projek jenis servis apartmen mewah ini, diberi nama Sunway Serene.

Sunway Serene merupakan projek yang dibangunkan oleh pemaju yang tak asing lagi, Sunway Property (sebuah syarikat subsidiari Sunway Group).

Servis apartmen mewah ini berdiri teguh dalam kawasan Kelana Jaya, dan hanya terletak beberapa minit dari Sunway Pyramid yang cukup terkenal. Senang gila nak layan mood membeli-belah korang yang kaki shopping tu.

Sunway Serene juga dekat dengan sebuah lagi pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenama – Paradigm Mall. Kalau dah bosan ke Sunway Pyramid, korang boleh pilih untuk ke sini pula.

Servis apartmen ini dibina atas tanah berstatus Leasehold (Pegangan Sementara) dan komersial (Commercial) seluas 17 ekar.

Tapi korang tak perlu risau. Projek ini dikawal bawah undang-undang HDA (Housing Development Act). Bermakna, korang tak payah pening kepala bayar kadar utiliti yang mahal.

Servis apartmen mewah, mantap untuk seisi keluarga anda

“Apa yang paling menarik tentang kediaman ini, Tok?”

Dah tentu Tok akan jawab tasik seluas 15 ekar yang tersedia, khas untuk tatapan korang bersama keluarga. Memang cantik dan sesuai untuk korang yang sukakan suasana yang nyaman.

Bukan setakat itu ya. Buat korang yang kaki ‘menebas’ (ini apa yang Tok gelarkan pada korang yang kaki golf tegar), korang ada akses dekat dengan Subang National Golf Club (Kelab Golf Negara Subang, atau KGNS).

Sunway Serene terdiri daripada 2 buah blok (Menara A dan Menara B), dan dibina setinggi 46 tingkat. Keseluruhan jumlah unit yang ditawarkan, ada 894 unit.

Untuk kemudahan korang ke unit masing-masing, ada 7 buah lif yang tersedia untuk kegunaan korang.

Berapa jenis unit yang boleh anda pilih?

Secara keseluruhan, ada 8 jenis unit yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian dan kegunaan masing-masing:

Jenis A – A1 (892 kaki persegi, tiada balkoni), dan A2 (927 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis B – B1 (1,105 kaki persegi, tiada balkoni), dan B2 (1,154 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis C – C1 (1,087 kaki persegi, tiada balkoni), dan C2 (1,087 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis D – D1 (1,232 kaki persegi, tiada balkoni), dan D2 (1,232 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis E (1,232 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis F – F1 (1,596 kaki persegi, tiada balkoni), dan F2 (1,596 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis G (1,788 kaki persegi, dengan balkoni)

Jenis H (Jenis Dual-Key, 1,788 kaki persegi dengan balkoni)

Apa kemudahan yang ditawarkan dekat sini?

Ini yang paling Tok suka nak cerita dekat korang semua. Sunway Serene ni, sangat lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan.

Salah satu yang menarik perhatian Tok (dan yang pastinya, perhatian korang), adalah klinik kesihatan (Care Centre) yang disokong oleh Sunway Medical Centre sendiri.

Dekat sini, korang boleh dapatkan rawatan untuk penyakit kecil seperti demam, batuk, gastrik, sakit tekak, dan cirit-birit.

Jururawat yang ditempatkan dekat sini, sudah pasti bertauliah. Mereka akan bantu korang untuk dapatkan rawatan sebaiknya.

Dekat sini jugak, korang boleh buat pemeriksaan kesihatan seperti memeriksa tekanan darah dan kadar glukosa.

Dekat tingkat 6 pula, tersedia macam-macam jenis fasiliti untuk kegunaan penduduk di Sunway Serene. Ada lebih 50 jenis fasiliti yang korang boleh pilih dan gunakan sepuas hati.

Ada satu yang pasti memukau korang.

Seluas 4 ekar, korang boleh menikmati lazy river sepanjang 210 meter. Ini adalah sungai buatan terpanjang untuk kediaman dalam kawasan Lembah Klang ya. Sunway Serene je ada benda ini.

Kalau korang jenis suka jogging, gunakan laluan jogging sepanjang 1.2KM yang terletak berdekatan dengan tasik. Berpeluh la korang puas-puas dekat situ.

Selain tu, korang jugak disajikan dengan fasiliti seperti:

  • Surau,
  • Gimnasium,
  • Perpustakaan,
  • Bilik yoga,
  • Bilik serba guna,
  • Bilik teater,
  • Bilik permainan, dan macam-macam lagi kemudahan untuk korang sekeluarga.

Itu baru fasiliti bahagian luar (outdoor facility). Kalau fasiliti bahagian dalaman (indoor facility), korang boleh nikmati:

  • Taman hidroponik,
  • Gelanggang serba guna (multipurpose court) untuk futsal dan bola keranjang,
  • Padang terbuka,
  • Dewan serba guna,
  • 2 gelanggang badminton,
  • Tempat barbeku (BBQ),
  • Kolam renang infiniti bersaiz olimpik 6-lorong,
  • Jakuzi,
  • Pod membaca atau melepak, dan macam-macam lagi.

“Wow, macam-macam kemudahan dan fasiliti yang ada. Maintenance fee (yuran penyelenggaraan) mesti mahal gila ni!

Yuran penyelenggaraan Sunway Serene ni, tak mahal mana. Hanya RM0.26 sen untuk setiap kaki persegi (termasuk sinking fund (yuran pelepasan)).

Senang ke nak sampai ke Sunway Serene?

Dengan sambungan jalan raya dan lebuhraya yang mantap, memang mudah nak sampai ke Sunway Serene ni. Korang ada akses mudah untuk ke Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong, dan Kuala Lumpur.

LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) terletak betul-betul di hadapan Sunway Serene. Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) juga dekat untuk kegunaan korang.

Kalau tak sesak, korang boleh sampai ke Subang Jaya dalam masa 10 minit. Nak ke Kuala  Lumpur pulak, hanya ambil masa 2 minit perjalanan.

Antara sambungan lebuhraya lain yang dekat dengan Sunway Serene seperti:

  • NPE (New Pantai Expressway),
  • NKVE (New Klang Valley Expressway),
  • KESAS (Shah Alam Expressway).

Malas nak memandu dan nak gunakan pengangkutan awam? Korang boleh gunakan LRT Kelana Jaya. Korang juga ada akses ke BRT Setia Jaya dan KTM. Senang, kan?

Peluang belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA?

Pada pendapat Tok, projek ini sesuai untuk korang yang sukakan suasana kediaman yang tenang dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak-anak.

Lengkap dengan pelbagai fasiliti, kemudahan dan akses mudah ke lebuhraya, Sunway Serene wajib dimasukkan dalam senarai hartanah pilihan korang.

Buat korang yang baca sampai ayat ni, Tok nak ambil kesempatan ini untuk belanja korang satu peluang keemasan.

Korang berminat nak belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan, 100% tanpa sebarang bayaran (dengan kata lain, PERCUMA)?

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 16 Disember 2018 (hari Ahad) ini.

Sesi Sembang Hartanah ini, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.

KLIK SINI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

Leave a Reply