Login

Register

Login

Register

Starling – Kediaman landed mewah berharga bawah RM700,000

| |

Mana nak cari rumah landed (atas tanah) baru bawah harga RM700,000? 

Kalau korang ajukan soalan ni, pasti ramai yang akan jawab: 

“Kau tengah mimpi ke? Rumah macam tu harga RM900,000 ke atas je. Mana dapat harga tu sekarang. Kalau development baru, lagi jauh beza harga.”

Sebab tu, ramai yang ambil inisiatif dan beli rumah yang sedikit jauh di luar kawasan KL, seperti Negeri Sembilan dan sebagainya. 

Buat korang yang tengah mencari, Tok ada satu projek yang nak dikongsikan kat korang hari ini. 

Projek kediaman landed sesuai dengan gaya hidup terkini 

Projek hartanah yang Tok maksudkan awal – awal tadi adalah Starling, yang terletak megah di Kota Kemuning.

Keluasan projek kediaman ini adalah 1,879 ekar. 

“Senang tak kalau nak pergi mana-mana dari Starling ni nanti?

Kalau bab lokasi, Starling sangat strategik. Penduduk Kota Kemuning mempunyai sambungan mudah ke lebuhraya berikut:

  • Lebuhraya KESAS,
  • Lebuhraya ELITE,
  • Lebuhraya DASH, 
  • Lebuhraya SKVE dan NKVE, 
  • Lebuhraya LKSA.

Dengan akses jaringan lebuhraya yang pelbagai, sudah pastinya sangat menjimatkan masa dan memudahkan pergerakan korang untuk pergi ke mana-mana.

Korang juga ada pilihan untuk ke destinasi yang diingini menggunakan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam yang sedia berkhidmat untuk penduduk Kota Kemuning adalah seperti berikut:

  • Stesen LRT Putra Heights (15.3 KM),
  • Stesen KTM Shah Alam (10.4 KM).

Berapa jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di Starling? 

Ada enam jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di Starling ni. Berikut adalah layout yang korang boleh pilih: 

Type C1 :

  • 20’ x 60’
  • Built up : 1,694 kaki persegi
  • Intermediate 
  • Rumah double storey link 

Type C2:

  • 20’ x 60’ 
  • Built up : 1,743 kaki persegi 
  • End lot
  • Rumah double storey link

Type C3:

  • 20’ x 60’
  • Built up : 1,903 kaki persegi 
  • Corner lot 
  • Rumah double storey link 

Type D1: 

  • 20’ x 60’ 
  • Built up : 1,769 kaki persegi 
  • Intermediate 
  • Rumah double storey link

Type D2: 

  • 20’ x 60’
  • Built up : 1,820 kaki persegi
  • End lot 
  • Rumah double storey link 

Type D3: 

  • 20’ x 60’
  • Built up : 1,997 kaki persegi 
  • Corner lot 
  • Rumah double storey link

Dari pilihan layout yang ada ni, korang boleh pilih yang mana sesuai dengan strategi pembelian hartanah korang sama ada untuk duduk sendiri atau sebagai pelaburan. Tepuk poket, tanya apa planning masing – masing.

Lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk kelangsungan hidup yang mantap

Di Starling, korang tak perlu risau tentang fasiliti. 

Antara fasiliti dan kemudahan yang akan korang nikmati seperti: 

  • Trek joging kejiranan 2km
  • Cloud pavilion 
  • Parcourse
  • Multipurpose court
  • Amphitheatre 
  • Central lawn
  • Plaza
  • Taman permainan 

Apa kemudahan yang tersedia berdekatan dengan Starling?

Berikut antara kemudahan lain yang lengkap tersedia kat sini: 

#1 : Pusat pendidikan

  • SK Bukit Kemuning (2)
  • SK Bukit Rimau 
  • SK Bukit Kemuning 
  • SJK (C)  Chung Hwa – Kota Kemuning 
  • SJK (C) Khe Beng – Kemuning Utama 
  • Sek Menengah Kebangsaan Kota Kemuning 
  • Sek Menengah Kebangsaan Jalan Kebun 
  • OASIS International School Kuala Lumpur – Bandar Rimbayu
  • Tenby International School – Tropicana Aman
  • MAHSA International School – Bandar Saujana Putra 
  • Mahsa University – Bandar Saujana Putra
  • Chinese Taipei School – Bukit Rimau

Sebagai persediaan utama yang asas, adalah penting untuk beli rumah dekat dengan kemudahan kesihatan samada klinik awam mahupun hospital swasta. Untuk kepentingan di masa kecemasan korang juga.

Kalau korang pilih untuk tinggal di Kota Kemuning, korang cukup dekat dengan hospital dalam senarai di bawah:

#2 : Hospital 

  • Columbia Asia Hospital – Bukit Rimau 

Kalau nak berliburan bersama kawan atau luangkan masa bersama keluarga yang tercinta, ada beberapa tempat yang korang boleh pilih.

#3 : Pusat membeli – belah

Bagi yang kaki shopping mall pulak, korang boleh pilih antara:

  • Gamuda Walk Mall,
  • Aeon Big Bukit Rimau, 
  • Sanctuary Mall.

Nampak tak? Korang ada akses hampir ke semua tempat yang best.

Kalau setakat nak ‘food hunting’ tu senang sangatlah kat Kota Kemuning. Pelbagai pilihan jenis masakan yang ada merangkumi masakan tradisional, Melayu, India, Cina, dan segala jenis yang korang mahukan. Pilih je nak yang mana.

Macam mana pula dengan tahap keselamatan dekat Starling ni?

Bagi Tok, tahap keselamatan Starling ni bagus. Ianya guarded dengan 2 pintu masuk.

Apa lagi kelebihan kepada pembeli Starling?

Bagi korang yang berminat dengan Starling ni, antara kelebihan yang korang bakal dapat adalah:

  • Porch kereta yang luas (boleh muat 2 kereta) 
  • 8’ height entrance door 
  • Single flight staircase 
  • Ruang tamu dan ruang makan yang luas
  • Stylish feature 
  • High speed broadband infrastructure ready 

Jadi, berbaloi ke beli Starling? 

Pada pendapat Tok, Starling sesuai untuk mereka yang masih tercari – cari deal rumah yang menarik dan juga yang mahu memiliki rumah pertama. Harga jualan rumah yang menarik menjadikan projek ini sesuai untuk yang layak. 

Cuma, elakkan daripada mengambil kata – kata Tok ni sepenuhnya. Jadikan artikel ini sebagai panduan dan buat kajian korang terlebih dahulu sebelum membeli. Sangat penting untuk korang buat kajian supaya korang tak tersilap langkah. 

Anda mencari rumah landed di bawah harga RM700K?

Buat korang yang sedang mencari rumah landed, Tok ada satu projek nak kongsikan dekat korang. 

Korang boleh pilih unit berkeluasan antara 1,694 kaki persegi hingga 1,997 kaki persegi.

Projek ini sesuai untuk korang yang mencari kediaman landed. 

KLIK GAMBAR DAN TEMPAH UNIT ANDA SEKARANG

Previous

10 faktor wajib kaji sebelum mohon loan rumah pertama. Poin #2 tentukan berapa down payment anda kena bayar

Cara power dapatkan tunai segera selain refinancing

Next