Sky Oasis Residences – Servis apartmen mewah di Setia Indah, Tebrau

Sebab dek lambakan bekalan hartanah, mesti ada yang pening kepala nak pilih dan beli yang mana satu.

Dan Johor Bahru juga, tak terlepas dari masalah ini.

Tak apa. Itu sebab Tok ada dekat sini – untuk mudahkan korang buat keputusan membeli.

Jadi, korang ada plan nak beli hartanah jenis servis apartmen di kawasan Tebrau, Johor Bahru?

Tok ada satu projek kediaman berstatus Freehold (Pegangan Bebas) yang nak dikongsikan pada korang hari ini. Jemput hadamkan perkongsian hari ini.

Setia Indah – Perbandaran nyaman, lengkap dengan pelbagai kemudahan

Sebelum nak cerita tentang projek tu, Tok nak kongsi sikit dulu tentang perbandaran yang menjadi tempat kediaman ini dibangunkan.

Tok pasti korang dah pernah dengar tentang bandar Setia Indah, Tebrau. Ada banyak reviu positif tentang kawasan ni.

Setia Indah adalah sebuah perbandaran yang matang, tersedia lengkap dengan bermacam kemudahan dan infrastruktur yang pelbagai.

Seluas 888 ekar, Setia Indah adalah bandar mesra alam sekitar yang menempatkan anggaran lebih 35,000 penduduk.

Bandar ini juga dilengkapi dengan taman yang besar seluas 18 ekar, khas bagi kegunaan penduduk untuk tujuan rekreasi. Tak perlu dah susah-payah keluar jauh untuk luangkan masa bersama keluarga.

Taman ini jugak merupakan pemenang Anugerah Landskap Terbaik. Bukan calang-calang ya.

Antara yang tersedia seperti padang bola sepak, trek joging, dan juga gelanggang bola keranjang. Korang takkan bosan tinggal di sini sebab macam-macam aktiviti yang boleh dibuat.

Di samping itu, setiap zon perumahan mempunyai kawasan terbuka (open area) dan juga taman permainan, menjadikan bandar ini sesuai sebagai tempat untuk menetap bersama keluarga dan membesarkan anak-anak tercinta.

Kediaman mewah, sesuai untuk seisi keluarga

Bilik permainan (games room).

Okay, cukup sudah. Tiba masa untuk kongsikan tentang projek kediaman yang Tok jelaskan sebentar tadi.

Projek tersebut, diberi nama Sky Oasis Residences. Projek ini dibangunkan oleh S P Setia Berhad, dan telah siap dibina pada tahun 2015.

Sky Oasis Residences ni dibina atas tanah berstatus komersial (commercial title) dan pegangan bebas (Freehold). Dan yang paling best, projek ini adalah jenis low density (berkepadatan rendah).

Bermakna, korang tak payah semak kepala dengan jumlah penduduk yang padat. Jumlah keseluruhan unit yang ditawarkan adalah kurang daripada 500 unit. Lebih tepat lagi, sebanyak 434 unit saja.

Jadi, korang boleh jangkakan kehidupan yang tenang bila menetap di sini.

Tambah pula, Sky Oasis Residence ni terletak di sebelah tasik seluas 14 ekar. Bayangkan, pemandangan yang indah dalam bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Berbaloi-baloi.

Apa jenis unit yang ditawarkan di Sky Oasis Residences?

Sky Oasis Residence dibina setinggi 28 tingkat, dan berdiri megah atas tanah seluas 2.99 ekar.

Ada 3 jenis unit yang ditawarkan untuk korang pilih:

Jenis B (Type B) – 913 kaki persegi, 2 + 1 bilik tidur dan 2 bilik air

Jenis C (Type C) – 858 kaki persegi, 2 bilik tidur dan 2 bilik air

Jenis D (Type D) – 756 kaki persegi, 1 + 1 bilik tidur, 1 bilik air

Untuk korang yang dah bekeluarga, boleh pilih Jenis B sebab ada 2 bilik tidur dan sebuah bilik yang boleh korang renovate untuk dibuat bilik tidur ke-3.

Bagi pasangan yang baru berkahwin atau masih bujang, sesuai pilih Jenis C atau Jenis D.

Kos selenggara (maintainance fee) pula adalah sebanyak RM0.35 untuk setiap kaki persegi.

Apa fasiliti dan kemudahan yang tersedia di Sky Oasis Residences?

Gimnasium di Sky Oasis Residences.

Dah nama pun S P Setia, kemudahan yang ditawarkan mesti tip-top dan ada standard.

Antara fasiliti yang disediakan seperti:

  • Infinity pool,
  • Dewan serbaguna,
  • Tempat BBQ dengan kawasan makan berkonsepkan Alfresco,
  • Kolam renang kanak-kanak,
  • Bilik permainan,
  • Gimnasium,
  • Tadika,
  • Function room, dan macam-macam lagi.
IKEA Tebrau. Sumber gambar – gbs-iskandar.my

Di Sky Oasis Residences, korang juga dekat dengan pelbagai pelbagai pusat membeli-belah dalam senarai bawah ini:

  • AEON Tebrau,
  • TESCO Extra Tebrau,
  • IKEA Tebrau,
  • Hospital Sultan Ismail,
  • Taman Tema Air Austin Heights,
  • Pelbagai bank,
  • Kedai makanan yang pelbagai, dan macam-macam lagi.

Korang juga boleh sampai ke Sunway College dalam masa kurang 9 minit perjalanan guna kereta daripada Sky Oasis Residences.

“Senang ke nak sampai ke Sky Oasis Residences, Tok?”

Senang cerita, memang mudah.

Korang boleh sampai ke Sky Oasis Residences menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang yang terletak 7.6KM. Korang boleh sampai dalam masa 12 minit saja (bergantung pada keadaan trafik semasa).

Buat yang bekerja di Singapura, Tok juga ada berita baik untuk korang. Korang boleh sampai ke Eastern Dispersal Link yang menghubungkan Johor – Singapura dalam masa 14 minit menggunakan kereta (sejauh 11.3KM).

Berminat nak dapatkan servis apartmen di sini?

Pada pendapat Tok, projek ini sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kediaman yang tenang dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak-anak.

Lengkap dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan, Sky Oasis Residences wajib dimasukkan dalam senarai hartanah pilihan.

Dengan booking fee (fi tempahan) hanya RM1,000, korang boleh memiliki apartmen servis mewah dengan landskap, serta kemudahan dan fasiliti yang menarik.

Dan alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak ambil kesempatan ini untuk jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada hari Jumaat, 7 Disember 2018.

Nak Tok tambah lauk tak? Sesi Sembang Hartanah ni, PERCUMA saja. Korang 100% tak perlu bayar apa-apa.

Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD. Siapa cepat, dia dapat.

KLIK SINI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

33 Shares

Leave a Reply