Setia Seraya Residences – Kediaman nyaman di tengah bandar Putrajaya

Lokasi adalah faktor penentu terpenting selepas kewangan dalam menentukan keputusan kita untuk beli rumah dalam sesebuah kawasan.

Selain itu, lokasi juga bakal menentukan potensi nilai hartanah yang bakal anda miliki.

Jadi ingat ya. Kalau nak beli rumah, pastikan lokasi yang korang pilih tu ada potensi untuk menjadi kawasan membangun di masa hadapan.

Siapa tak nak tinggal di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tujuan rekreasi, riadah, dan mesra alam dengan pembangunan infrastruktur yang moden tapi mengekalkan konsep tempatan.

Ini semua korang boleh dapat di Putrajaya. Masih kabur tentang kawasan ini?

Jemput hadamkan perkongsian ini laju-laju.

Kediaman yang tenang dan nyaman, sesuai untuk keluarga

Tok percaya, ramai sudah sedia maklum betapa Putrajaya adalah sebuah kawasan yang serba serbi lengkap dengan pelbagai kemudahan di samping mengekalkan konsep bandar hijau modennya.

Sangat sesuai untuk didiami oleh mereka yang berkeluarga dan dambakan suasana yang tenang, hijau, dan pada masa sama mengekalkan ciri kemodenan.

Projek yang Tok nak kongsikan kali ini adalah sebuah projek kediaman yang diberi nama Setia Seraya Residences.

Setia Seraya Residences adalah sebuah projek kediaman jenis kondominium yang dibangunkan oleh S P Setia, dan dijangka siap pada tahun 2021.

Dibangunkan di tengah bandar Putrajaya, projek ini sudah pasti projek yang baik memandangkan faktor lokasi terutamanya.

Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya, Puchong dan Bangi, projek ini semestinya wajib masuk dalam senarai pilihan korang memandangkan jaringan lebuhraya yang menghubungkan kawasan-kawasan ini akan memudahkan pergerakan korang.

Projek ini juga berkeluasan 4.54 ekar tanah dan secara spesifiknya terletak di Presint 15, Putrajaya.

Tak lupa juga, kondominium ini dibina atas tanah jenis Freehold (Pegangan Kekal). Kediaman ini juga boleh dikelaskan sebagai low-density (berkepadatan rendah). Hanya 363 unit saja yang akan dibina dalam satu menara setinggi 40 tingkat.

Projek Setia Seraya ini juga bakal menjadi benchmark (penanda aras) sebuah kediaman jenis kondominium yang tertinggi di Putrajaya tau. Dah la tak banyak unit. Memang selesa untuk korang sekeluarga menetap dekat situ. 

Berapa jenis unit yang ditawarkan di Setia Seraya?

Setia Seraya Residences datang dengan 3 pilihan susun atur. Bermakna, korang boleh pilih jenis susun atur yang menepati citarasa dan keperluan korang.

Jenis unit yang ditawarkan berkeluasan dari:

  • Jenis A – 1,002 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air,
  • Jenis B – 1,202 kaki persegi, 4 bilik tidur dan 3 bilik air,
  • Jenis C – 1,420 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Jenis A – 1,002 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air (sebanyak 249 unit akan dibina)

Jenis B – 1,202 kaki persegi, 4 bilik tidur dan 3 bilik air (sebanyak 110 unit akan dibina) 

Jenis C – 1,420 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 tandas (sebanyak 4 unit yang akan dibina)

Apa kemudahan yang tersedia dekat Setia Seraya ini?

Sekarang, tiba masa Tok jelaskan kepada korang jenis kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya seperti:

  • Sky Garden,
  • Kolam renang,
  • Kolam renang khas untuk wanita,
  • Wading pool (kolam renang kanak-kanak),
  • Tadika,
  • Clubhouse,
  • Water features,
  • Laluan refleksologi,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Pusat asuhan kanak-kanak,
  • Tempat barbeku,
  • Reading lounge, dan
  • Hanging lounge.

Kediaman ini juga terletak berhampiran dengan Nexus International School, dan di seberang kawasan Cyberjaya pula berdirinya beberapa lambakan institusi pendidikan seperti Lim Kok Wing University of Creative Technology dan Multimedia University (MMU).

Nak shopping?

Di sini juga terletaknya pusat beli belah terbesar di Putrajaya iaitu Alamanda Shopping Mall. Bukan setakat itu saja. Korang juga ada akses yang dekat ke IOI City Mall Putrajaya. Pilih la yang mana satu korang nak pergi.

Bukan setakat beli barang rumah, nak luangkan masa hujung minggu bersama yang tersayang dengan menonton wayang di sini pun, nice gila.

Akses lebuhraya yang mantap. Senang nak ke mana-mana

Sumber gambar – klia2

Di Setia Seraya, korang ada akses mudah ke lebuhraya seperti:

  • Maju Expressway (MEX),
  • South Klang Valley Expressway (SKVE),
  • Shah Alam Expressway (KESAS),
  • North-South Expressway Central Link (ELITE).

Dengan kemudahan lebuhraya yang tersedia ni, korang boleh ke Seri Kembangan dalam masa hanya 15 minit saja. Nak ke Bukit Jalil, Kuchai Lama, dan Sri Petaling juga, dekat saja. Korang boleh sampai dalam masa kurang 30 minit (bergantung pada keadaan trafik).

Korang juga boleh sampai ke Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Dengkil, Seremban, dan Kuala Lumpur dengan mudah menggunakan lebuhraya dekat atas tadi.

Selain itu juga, kemudahan pengangkutan awam juga tersedia dekat sini. Korang boleh sampai ke KL Sentral atau KLIA dengan Express Rail Link (ERL) yang terletak hanya 10 KM dari Setia Seraya.

Ini pendapat personal Tok tentang projek ini

Pada pandangan Tok, projek ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga atau merancang untuk membina rumah tangga tak lama lagi sebagai kediaman utama, khususnya mereka yang bekerja di Putrajaya, Cyberjaya, dan Bangi khususnya.

Dengan kemudahan asas yang serba lengkap dari institusi pendidikan, jaringan lebuhraya, dan fasiliti awam yang lain pastinya menjanjikan suasana kehidupan yang menarik.

Tambahan pula, Putrajaya adalah kawasan tumpuan pelancong dan merupakan bandar yang menjadi identiti keberadaan Malaysia di mata dunia.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu lagi tawaran untuk anda

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak S P Setia. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Jemput tempah tempat duduk anda dengan klik link di bawah ini sekarang:

Leave a Reply