Sumber Gambar: Setiacitymall.com

Setia Alam: Ok ke kalau nak buat pelaburan hartanah di sini?

Sebelum ni, Tok ada buat artikel pasal beberapa projek dekat Setia Alam ni. Tapi masih ramai terutamanya yang tak biasa dengar nama Setia Alam atau masih keliru dan ingat Setia Alam ni adalah Shah Alam.

Jenuh juga la nak terang. Tapi jangan risau, hari ni Tok nak kongsi satu artikel menarik hasil analisa kawasan Setia Alam dari Puan Mizu kita.

GH Masterclass

————————————————————————————————————————————–

Setia Alam asalnya adalah ladang kelapa sawit North Hummock Estate yg dimiliki oleh Kumpulan See Hoy Chan yang kemudiannya dijual dan dinaik taraf kepada tanah perumahan oleh SP SETIA.

Apa yang menarik ialah, pembangunannya menyediakan pelbagai jenis hartanah dari kos rendah hingga ke banglo mewah.

Pembangunan yg telah memenangi pelbagai ‘award’ ini, juga merangkumi institusi pendidikan dan  pusat komersial menjadikannya lengkap dgn pelbagai kemudahan.

Demografi

 

Demografi di Setia Alam juga agak seimbang dgan kehadiran pelbagai kaum dan kategori seperti B40, M40 dan juga U20.

Pembangunan yang meliputi 4000 ekar iaitu kira-kira 16km persegi ini berada di bawah kuasa MBSA yang mengehadkan operasi disko, pub dan bisnes loteri.

Walau bagaimana pun, ia mampu menarik 60% kaum cina untuk memiliki kediaman mereka di sini. Diikuti 21% melayu dan selebihnya adalah India, bumiputera dan lain-lain.

Selain itu juga, konsep yang mementingkan kehidupan yang tenang dengan kehijauan dan alam semulajadi juga merupakan tarikan utama bagi korang yang lebih menggemari kehidupan yang jauh dari kesibukan kota.

Dengan pelbagai fasiliti yang lengkap, Setia Alam bukan sahaja menjadi pilihan golongan berkeluarga, juga mampu menarik ramai anak-anak muda untuk membanjiri pusat2 komersial dan taman2 rekreasi terutama di hujung minggu.

Dari segi lokasi, ia terletak di antara Klang, Shah Alam dan Damansara. Penduduknya boleh menikmati kehidupan tenang di pinggir kota dan pada masa yang sama juga menikmati pelbagai jaringan jalanraya yang menghubungkan Setia Alam dengan bandar dan bandaraya yang berdekatan seperti Lebuhraya DASH, Lebuhraya East Coast dan Lebuhraya NKVE.

Kalau nak ke Jalan Duta, The Curve, Mont KIara, boleh gunakan Lebuhraya NKVE. Kalau nak ke KLIA, boleh gunakan NKVE dan Elite 50 min je sampai lah korg ke KLIA, KLIA2 dan juga Mitsui Premium Outlet.

 

Fasiliti

 

Dari segi fasiliti pula boleh dikatakan sangat lengkap.  Jom tengok apa fasilit yg tersedia di Setia Alam.

Taman Rekreasi

1-Wetland Park

2-Urban Park

3-Setia City Park

4-Town Park

5-Western Park

 

Outlet makanan segera

1-Starbucks

2-KFC

3-Burger king

4-Pizza hut

5-Domino’s Pizza

6-McDonalds

7-Baskin Robbins

Primary School

1-SK Setia Alam

2-SJK (T) Ladang North Hummock

3-SRJK (C ) Pin Hwa 1

 

Secondary School

1-SMK Setia Alam

 

Private School

1-Tenby Schools

2-Peninsula International School Australia

 

Banks

1-Maybank

2-CIMB

3-Ambank

4-BSN

5-Hong Leong Bank

6-RHB Bank

7-Bank Islam

8-Bank Muamalat

 

Pusat Kejiranan

1-Setia Prima

2-Setia Indah

3-Eramas

4-Setia Avenue

5-Setia Taipan

6-Setia Perdana

7-Sunsuria 7th Avenue

8-The Forum

Setia City

1-Setia City Convention Centre

2-Top Glove HQ

 

Auto Hub

1-BMW

2-Audi

3-Honda

4-Toyota

5-Peugeot

6-Subaru

7-Mazda

 

Petrol Kiosk

1-Shell

2-Petronas

3-Caltex

4-Petron

 

Shopping Malls & Hypermarket

1-Setia City Mall

2-Tesco

 

Others

1-MBSA Branch Office

2-Setia Alam Club House

3-Healthland Wellness Centre

4-Police Station

5-Columbia Asia Hospital (Jln Meru)

 

Ok, sejarah dah tau, kemudahan jalanraya dah, fasiliti lain pun dah tau.  Jom tengok harga pulak.

 

Nilai hartanah?

Jika dilihat kepada transaksi sebelum ni, untuk rumah landed, harga adalah antara RM370psf-RM374psf.

Manakala untuk highrise pula RM326psf-RM374psf.

Jadi, jika nak beli rumah kat Setia Alam kena la pastikan harga tu tak melebihi harga tertinggi untuk elakkan terbeli pada harga tak masuk akal mahalnya.

Contoh: rumah highrise undercon dgn layout 485sqft-700sqft dijual pada harga RM600psf tapi korang boleh je dapat undercon landed dgn layout 1500sqft pada harga RM317psf.

Jadi, korang buatlah matematik korang sendiri sama ada good buy ke idak.

Tapi, kalau saya nak beli jugak rumah kat sini ok ke?

Soalan ok ke tak ni agak susah nak jawab. Jadi jom kita tengok harga rumah di Setia Alam.

Kalau korang mencari rumah untuk duduk sendiri, maka kat mana yg korang rasa dah jatuh cinta, beli ajelah.

Tapi kalau korang pandang kpd kenaikan nilai hartanah yg korang nak beli, bagi saya ada banyak lagi pilihan yg lebih baik, malah lebih murah.

Apa yang berlaku kepada Setia Alam adalah sama dengan isu di Shah Alam, iaitu lambakan hartanah disebabkan harga yang tak masuk akal.

Maka kalau saya nak melabur dalam hartanah, Setia Alam bukanlah lokasi yang menarik bagi saya sebab saya sangat pentingkan cashflow dan jugak capital appreciation.

Bukan itu sahaja, Setia Alam juga mempunyai masalah price mismatch di mana harga rumah landed gated dan guarded yang baru lebih murah berbanding rumah highrise jika dilihat kepada harga per kaki.

Dengan isu lambakan rumah, biasanya agak sukar untuk disewakan pada kadar yang menjana positive cashflow untuk anda.

Jadi, bagi saya untuk pelaburan hartanah, Setia Alam tidak mampu memberi korang positive cashflow sebab korg kena berperang dgn owner lain untuk sewakan unit korang tu.

—————————————————————————————————————————

Berdasarkan hasil analisa kawasan tadi, Tok yakin korang dah dapat sedikit sebanyak gambaran tentang kawasan ni.

Apa pendapat korang? Setuju tak dengan pendapat Cik Mizu kita ni?

Apa pun, Tok tak halang korang untuk buat apa jua keputusan, cuma mungkin lepas baca artikel ni korang dapat sedikit sebanyak input yang berguna terutama untuk mereka yang ada rancangan untuk membina empayar di sini.

 

319 Shares

Leave a Reply