Serene Mont Kiara – Kediaman mewah, lengkap dengan pelbagai kemudahan

Korang tengah cari kediaman jenis atas tanah (landed), lengkap dengan suasana hutan yang tenang dan nyaman?

Buat yang tengah mencari kediaman dengan spesifikasi di atas, Tok ada satu projek ‘baik punya’ nak kongsikan dekat korang.

GH Masterclass

Bukat setakat itu saja. Korang juga ada akses mudah ke kediaman ini. Bermakna, senang untuk ke mana saja yang korang suka.

Pada pendapat Tok, kediaman ini sangat sesuai untuk korang seisi keluarga. Lengkap dengan sistem sekuriti kelas A, tak perlu risau lagi tentang keselamatan keluarga yang tercinta.

Nak tahu projek apa yang Tok maksudkan? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

Kawasan tenang, lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan

Nota: Hari Rabu lepas, Tok ada kongsikan analisa kawasan Mont Kiara. Klik sini untuk baca sekarang. 

Projek yang Tok maksudkan, bernama Serene Mont Kiara.

Maksud direct translate perkataan ‘Serene’ tu, adalah ‘tenang.’ Ini adalah salah satu elemen yang dijanjikan kepada korang memilih untuk menetap di kawasan ini.

Kenapa ‘tenang’? Sebab pembangunan kediaman ini dikelilingi oleh kawasan hijau yang sangat memikat.

Pada masa yang sama, kediaman di kawasan ini juga tidak terletak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Tok akan kongsikan lebih lanjut tentang ini di bawah nanti.

Apa yang pasti, korang dijanjikan dengan yang terbaik dari kedua-dua dunia. Bak kata pepatah mat saleh yang famous, the best of both worlds.

Nota: Nah, Tok nak tambah lauk lagi. Serene Mont Kiara juga adalah pemenang anugerah The Best Luxury Landed Development (Future) oleh iProperty Development Excellent Awards (iDEA 2018). Bukan calang-calang ya!

Reka bentuk kolonial kontemporari yang mewah

Serene Mont Kiara dibangunkan atas tanah Rezab Melayu berstatus Freehold, seluas 23 ekar.

Dibina berasaskan konsep reka bentuk kolonial kontemporari, kediaman yang ditawarkan di sini pasti akan memikat mata sesiapa saja yang memandang.

Dan sudah pasti, reka bentuk seperti ini tidak lapuk ditelan zaman.

Pembangunan kediaman yang bertapak di kawasan Mont Kiara ini, sudah pasti menjanjikan kemudahan moden yang pelbagai untuk kesenangan penduduk.

Serene Mont Kiara juga adalah sebuah projek kediaman berkepadatan rendah (low-density project).

Di sini, akan ada hanya 155 buah kediaman yang terdiri daripada 4 jenis seperti:

  • Banglo (bungalow),
  • Rumah berkembar separuh (semi-detached house),
  • Rumah superlink (superlink house), dan
  • Townhouse.

Bermula dari 2,872 sehingga 8,669 kaki persegi

Antara jenis unit kediaman yang ditawarkan di sini adalah:

Banglo (Jenis A1)

Banglo (Jenis B)

Banglo (Jenis B1)

Semi-D (Jenis C)

Semi-D (Jenis D)

Superlinks (Jenis E1)

Superlinks (Jenis E2)

Superlinks (Jenis E3)

Duplex (Unit bawah)

Duplex (Unit atas)

“Banyak ke fasiliti yang ditawarkan di Serene Mont Kiara?” 

Sudah tentu banyak kemudahan yang tersedia dekat sini. Antara yang korang boleh gunakan di Clubhouse seperti:

  • Kolam renang,
  • Gimnasium,
  • Gelanggang bola keranjang separuh,
  • Kolam renang kanak-kanak,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Bilik permainan (games room),
  • Surau,
  • Bilik persalinan (lengkap dengan mandian wap), dan
  • Bilik fungsi serbaguna (multi-functional room) untuk perhimpunan sosial bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sistem keselamatan unggul untuk keselesaan anda sekeluarga

Dah nama tempat pun Mont Kiara, Serene Mont Kiara sudah tentu menawarkan sekuriti yang terbaik untuk para penduduk di sini.

Dengan kawasan gated & guarded dengan sistem keselamatan 24-jam, CCTV, serta sistem rondaan, korang dan keluarga boleh menjalankan kehidupan dengan selamat dan eksklusif.

Ini ditambah baik dengan sistem pengurusan pelawat dan prosedur keselamatan yang ketat dengan pintu boom berganda, bertempat di pintu masuk utama.

Reka bentuk jalan cul-de-sac dalam keseluruhan pembangunan kediaman ini akan memantapkan lagi persekitaran kejiranan yang selamat didiami oleh penduduk di sini.

Tak cukup dengan itu, akan ada pos pengawal tambahan, interkom keselamatan, dan butang panik (panic button) di setiap kediaman, yang akan memastikan kehidupan korang sekeluarga tenang sentiasa.

Sambungan ke lebuh raya dan kemudahan yang mantap

Sumber gambar – KLIA2

Di Serene Mont Kiara, korang boleh ke mana-mana saja yang korang suka dengan mudah tanpa mengambil banyak masa.

Antara pilihan yang korang ada seperti:

  • Penchala Link (3KM dari Serene Mont Kiara),
  • Lebuh raya DUKE (5KM dari Serene Mont Kiara), dan
  • Plaza Tol Duta (5KM dari Serene Mont Kiara).

Kawasan Mont Kiara sendiri juga padat dengan pembangunan projek komersial, yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada penduduk di sini.

Antara projek berstatus komersial dekat sini adalah:

  • Plaza Mont Kiara,
  • 1 Mont Kiara,
  • Arcoris Mont Kiara,
  • Kiara 163,
  • Solaris Mont Kiara,
  • Publika @ Mont Kiara, dan
  • Solaris Dutamas.

Macam-macam kemudahan yang dah tersedia dekat kawasan yang sebutkan di atas tadi. Memang senang untuk korang beli barangan dapur, atau mencari kedai makan yang beraneka pilihan.

Untuk bab pendidikan anak-anak, korang jugak tak perlu risau. Antara pilihan yang ada adalah:

  • British Garden International School,
  • Mont Kiara International School of Kuala Lumpur,
  • Lycée Français Kuala Lumpur (LFKL),
  • HELP University (Bukit Damansara),
  • Mahsa College (Damansara Heights),
  • Mont Royale College (Plaza Damas),
  • Q-Dees Sri Hartamas,
  • SummerFields Preschool (Sri Hartamas),
  • Casa Montessori,
  • Sekolah Kebangsaaan Sri Hartamas,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, dan lain-lain lagi.

Berminat nak dapatkan unit Serene Mont Kiara?

Pada pendapat personal Tok, Serene Mont Kiara merupakan sebuah projek kediaman yang cukup mantap dari pelbagai segi.

Senang cerita, pembangunan ini layak diberikan perhatian. Dan buat sesiapa yang membeli, pasti tidak akan terasa rugi.

Sudah pasti, ini adalah kediaman yang sesuai untuk korang sekeluarga.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak umumkan satu berita baik. Ini adalah peluang untuk korang belajar ilmu hartanah power secara 100% PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd dan juga GilaHartanah.com.

Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Jadi, tunggu apa lagi?

KLIK SINI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

Leave a Reply