Jana 2 pendapatan di bawah satu bumbung – Boleh ke?

Mungkin bila dengar tajuk dekat atas ni, ramai yang fikir:

“Macam mana nak buat benda ni?”

Jawapan Tok, boleh. Dengan hartanah yang betul, impian ini boleh jadi kenyataan.

Ada satu jenis hartanah yang mampu berikan 2 pendapatan sewa dalam satu masa. Dan sekarang, semakin ramai pemaju yang membina unit seperti ini.

Pada pendapat Tok, ini adalah peluang baru yang patut disambar oleh para pelabur hartanah.

Pernah dengar unit dual-key?

Tok akan cuba sedaya upaya untuk jelaskan dalam bahasa mudah untuk anda fahamkan.

Unit dual-key adalah konsep kediaman, dimana pemilik rumah mempunyai 2 ruang kediaman yang berkongsi luar legar (foyer) dan alamat yang sama.

Ruang kediaman yang besar biasanya akan didiami oleh pemilik rumah. Manakala unit yang lebih kecil boleh disewakan kepada orang lain.

Kalau nak sewakan kedua-dua buah unit pun, boleh saja. Ini, terpulang kepada tuan rumah.

Bawah ni adalah contoh layout (susun atur) untuk sebuah unit dual -key:

Sumber gambar – blog.jefferylam.com

Apa kelebihan bila anda beli unit dual-key?

Tok kongsikan antara kelebihan yang bakal anda dapat bila beli unit jenis dual-key:

Kelebihan #1 – Boleh duduk bersama orang tua anda

Dengan unit dual-key, anda boleh tinggal sekali bersama orang tua anda, dan pada masa yang sama, dapat mengekalkan privasi.

Anda boleh menetap dengan keluarga sendiri dalam satu bumbung, dan unit dual-key amat sesuai untuk situasi ini.

Kelebihan #2 – Sesuai untuk kaki travel

Sekarang ni, ramai yang ada kerjaya sebagai pramugari (atau pramugara), atau bekerja secara mobile yang tak banyak meluangkan masa di rumah.

Tapi, mereka ini masih mahu ada sebuah rumah sebagai tempat mereka berteduh.

Dengan adanya pasaran penyewa seperti ini, anda ada pilihan untuk sewakan unit yang lebih kecil atau besar (bergantung kepada anda), mengikut kesesuaian.

Kelebihan #3 – Jana duit tepi untuk bayar ansuran rumah

Ini adalah satu idea bernas, yang boleh kurangkan beban anda dalam bab membayar ansuran bulanan rumah kepada bank.

Unit yang lebih kecil, boleh disewakan kepada penyewa yang berminat.

Dalam kawasan yang mempunyai permintaan kadar sewa yang bagus, silap-silap anda boleh jana pulangan lebih 10% (atau mungkin lebih lagi). Untung ni, boleh digunakan untuk tanggung bayar ansuran bulanan rumah anda.

Kelebihan #4 – Hanya perlu tanggung SATU kos penyelenggaraan saja

Unit dual-key berada di bawah satu strata title. Bermakna, anda hanya perlu tanggung satu kos penyelenggaraan saja untuk 2 buah rumah.

Perkara ini juga tertakluk kepada kos-kos lain seperti:

  • Cukai pintu,
  • Insuran rumah, dan
  • Bil utiliti (air, api).

Kelebihan #5 – Pelbagai pilihan untuk kegunaan alternatif?

Unit dual-key secara asasnya, boleh dikira amat versatil dan boleh digunakan untuk tujuan pelbagai.

Tok bagi satu contoh. Dengan unit seperti ini, anda boleh gunakan unit ke-2 sebagai ruang pejabat.

Bukan sewa pejabat saja yang anda boleh jimat. Anda juga jimat dari segi kos tol dan minyak kereta. Dan yang paling penting, masa anda yang berharga.

Dekat mana nak belajar strategi pelaburan unit dual-key?

Nah, Tok nak ‘belanja’ anda yang benar-benar serius nak belajar melabur dengan hartanah jenis dual-key ni.

Kajian NAPIC dan FAR Capital Sdn Bhd, purata peningkatan hartanah di Malaysia adalah sebanyak 6.5%.

Bermakna, hartanah yang berharga RM300,000 akan mengalami kenaikan nilai sebanyak RM495,000 selepas 10 tahun.

Ini tak campur lagi dengan untung sewa yang dijana.

Buat anda yang nak belajar ilmu pelaburan hartanah, Eastern Corridor Sdn Bhd (anak syarikat Yan Jian Group) bersama Faizul Ridzuan akan menganjurkan sesi Sembang Hartanah pada hujung bulan Oktober ini.

Antara topik yang akan dibincangkan seperti:

  • Sewa dan beli rumah – Mana satu yang anda patut pilih?
  • Cara buat untung berjuta (tanpa modal atau hanya gunakan modal minima),
  • Kenapa tahun 2019 adalah tahun terbaik untuk beli hartanah,
  • Cara jana pendapatan dengan unit dual-key, dan macam-macam lagi.

“Berapa saya kena bayar untuk belajar ilmu ni, Tok?”

Anda tak perlu risau. Sesi Sembang Hartanah ini adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak YanJian Group.

Tak cukup dengan itu. Anda juga berpeluang memenangi 5 tiket percuma seminar Road To 3 Million (R3M) bernilai RM291.

Dalam seminar ini, anda akan belajar ilmu dan strategi yang terbukti dalam membina portfolio RM3 juta dengan pelaburan hartanah.

Berikut adalah maklumat sesi Sembang Hartanah ini:

  • Tarikh: 26 Oktober 2019,
  • Masa: 12 petang hingga 4 petang,
  • Tempat: Lake Point Residence Sales Gallery, Persiaran Sepang, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor (anda boleh WAZE untuk ke sini).

Tempat duduk adalah sangat terhad.

Klik gambar di bawah untuk tempah tempat duduk anda sekarang. Jumpa anda di sana!

Tok Penghulu

Read Previous

8 idea buat ‘duit tepi’ untuk beli rumah pertama

Read Next

“Kenapa susah sangat nak lulus loan rumah ni?” – Aiman