Residensi Suasana @ Damai – Kediaman apartmen servis berdekatan MRT 2

Ramai yang mengeluh akibat daripada kos sara hidup yang meningkat sekarang ini.

Atas sebab ini, ramai yang terpaksa menangguh impian untuk membeli rumah pertama. Kos untuk membeli rumah pula, bukannya murah.

Tambahan lagi, harganya pasti mahal kalau rumah itu terletak dekat dengan pelbagai kemudahan seperti akses ke pengangkutan awam dan sebagainya.

Nah, Tok ada satu projek kediaman high-rise jenis aparmen servis yang menarik untuk dikongsikan kepada korang. Harga permulaan pula, masih dalam lingkungan mampu-milik.

Berminat nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

Apartmen servis dengan konsep reka bentuk kontemporari

Tanpa buang masa korang, Tok perkenalkan, Residensi Suasana @ Damai.

Residensi Suasana @ Damai adalah sebuah projek yang dibangunkan oleh Medan Prestasi Sdn Bhd, sebuah anak syarikat MK Land Holdings.

Dibina atas tanah Leasehold (Pegangan Sementara) seluas 6.56 ekar, kediaman apartmen servis ini berdiri teguh di kawasan Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Dengan jumlah keseluruhan unit kediaman yang dibina sebanyak 780 unit, pembangunan ini boleh dikategorikan sebagai medium density (berkepadatan sederhana).

Residensi Suasana @ Damai dibina dengan konsep reka bentuk kontemporari. yang menepati citarasa penduduk bandar masakini.

Berapa jenis unit yang ditawarkan di Residensi Suasana @ Damai?

Pembangunan projek kediaman ini mempunyai 3 peringkat – Fasa 1 (Blok A), Fasa 2 (Blok B), dan Fasa 3 (Blok C),

Setiap blok ini mempunyai 260 unit dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2019.

Setiap tingkat pula, akan tersedia 15 unit untuk korang pilih. Akan ada 3 unit lif disediakan di setiap blok untuk kegunaan korang.

Unit Jenis A mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi bersebelahan, ruang tamu, ruang makan, kawasan keluarga (family area), dapur, halaman, dan balkoni.

Untuk unit jenis B2 pula, akan tesedia 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan ruang makan, dapur, halaman, dan juga ruang balkoni.

Dan ayng terakhir unit jenis C2A

Berikut adalah 3 layout (susun atur) jenis kediaman yang ditawarkan di Residensi Suasana @ Damai:

Jenis A1 (1,451 kaki persegi):

Jenis B2 (1,076 kaki persegi):

Jenis C4 (1,031 kaki persegi):

Apa kemudahan dan fasiliti yang disediakan di Residensi Suasana @ Damai?

Bab kemudahan, macam-macam yang ditawarkan kepada penduduk disini. Senang cerita, korang ada akses ke fasiliti terbaik dan lengkap untuk kegunaan korang sekeluarga.

Antara fasiliti yang disediakan seperti di Residensi Suasana @ Damai seperti:

  • Sauna,
  • Gimnasium,
  • Kolam renang,
  • Kolam renang kanak-kanak,
  • Bilik mesyuarat,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Tadika,
  • Bilik nurseri,
  • Bilik kiosk,
  • Gelanggang bola keranjang separuh,
  • Gelanggang bola tampar,
  • Kafeteria,
  • Dewan pelbagai guna,
  • Bilik dobi,
  • Tempat barbeku, dan
  • Surau.

Untuk bab keselamatan pula, korang tak perlu risau. Residensi Suasana @ Damai lengkap dengan sistem keselamatan 3 peringkat dengan akses kad keselamatan (3-tier security system with access card).

Selain ini, setiap pembelian unit kediaman Residensi Suasana @ Damai akan dapat 2 tempat letak kereta (bersebelahan atau tempat letak kereta secara tandem). Senang untuk korang yang dah berkeluarga dan mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

4 lebuhraya utama untuk kegunaan anda

Lokasi Residensi Suasana @ Damai ini, boleh dikatakan agak strategik. Damansara Damai boleh dikategorikan sebagai perbandaran yang sudah cukup matang.

Bila sesebuah perbandaran sudah mencapai tahap ini, bermakna kemudahan yang ada disini sudah banyak tersedia.

Sumber gambar – DUKE Highway

Antaranya, korang ada akses mudah ke 4 lebuhraya utama:

  • NKVE,
  • LATAR,
  • Lebuhraya Damansara-Puchong,
  • Penchala Link,
  • DUKE.

Dengan sambungan lebuhraya ini, korang boleh sampai ke kawasan seperti Gombak, Mont Kiara, Subang Jaya, TTDI, Bandar Utama, dan lain-lain dengan cepat dan mudah.

Selain itu juga, kediaman Residensi Suasana @ Damai juga hanya terletak dalam lingkungan 10KM saja dari IKEA, iPC,  Tesco Hypermarket, 1 Utama, The Curve, dan Rahman Kelab Golf Rahman Putra.

Paling menarik, korang tak perlu keluar jauh-jauh untuk beli makanan. Betul-betul berdepan dengan Residensi Suasana @ Damai, ada restoran McDonalds. Terdapat juga stesen minyak Shell dan 7-Eleven dekat situ.

Apa lagi kemudahan yang anda perlu tahu?

Dekat kawasan ini juga, ada beberapa sekolah rendah dan menengah seperti:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Indah 1,
  • Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1,
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara Damai 2, dan
  • Sekolah agama.

Antara sekolah antarabangsa (international school) yang berdekatan dengan kawasan ini adalah IGB International School di Sierramas, dan juga Elc International School in Sierramas West yang terletak kira-kira 8KM dari Residensi Suasana @ Damai.

Damansara Damai Medical Centre juga ada disini kalau korang atau ahli keluarga korang yang sakit. Memang macam-macam yang dah lengkap tersedia dekat sini.

Korang juga ada akses mudah ke stesen MRT yang terletak hanya 700 meter dari Residensi Suasana @ Damai. MRT 1 juga terletak dalam lingkungan 1.5KM dari sini.

Berminat untuk dapatkan Residensi Suasana @ Damai?

Untuk yang berminat nak dapatkan unit Residensi Suasana @ Damai, Tok ada tawaran ‘baik punya’ untuk korang.

Buat pembeli Bumiputera, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 7%. Banyak tu!

Tak nak terlepas untuk rebut peluang ini? Mohon isikan maklumat korang dalam borang yang disediakan laju-laju.

Klik gambar bawah ini sekarang:

Leave a Reply