Residensi Lambaian Dua – Villa dan Teres kontemporari, dengan G&G (Gated & Guarded)

Keselamatan dan sekuriti keluarga jadi keutamaan anda? 

Siapa yang tak risau. Keluar rumah dengan tenang tanpa perlu risaukan keselamatan keluarga, adalah satu nikmat bagi semua orang. 

Penghalangnya, adalah harga. Biasanya, kawasan yang gated & guarded (G&G), agak mahal. Tak semua orang mampu. 

Buat anda yang tengah mencari, Tok ada jumpa satu projek yang lengkap dengan sistem keselamatan ini. Cuma, pada harga yang Tok anggap, berpatutan. 

Jemput hadamkan perkongsian Tok kalau anda nak tahu lebih lagi. 

Jalani kehidupan tenang di sini bersama keluarga

Projek yang Tok maksudkan, adalah Residensi Lambaian Dua yang bertapak di tanah Bangi

Residensi Lambaian Dua ni, sesuai untuk anda yang sukakan permandangan hijau. Ini sebab projek ini terletak dekat tanah tinggi di Bangi. 

Lepas tu, berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, shopping mall, sekolah dan institut pengajian tinggi, dan pengangkutan awam. Apa lagi yang anda nak? 

Layaran Pintas Sdn Bhd (anak syarikat kepada Anvil Group) adalah pemaju yang bertanggungjawab membangunkan Residensi Lambaian Dua ini. 

Seperti yang ramai tahu, mereka tidak asing lagi dalam membina projek perumahan bertaraf dunia. Tengok saja Lambaian Residence sebagai contoh terdahulu. 

Projek kediaman seluas 60-ekar (lengkap dengan pelbagai kemudahan)

Bayangkan, anda hidup dalam kawasan seluas 60-ekar, yang bakal dipenuhi dengan pelbagai lagi projek perumahan dan komersial.

Sementara menunggu projek ini siap sepenuhnya, anda boleh tengok dulu projek yang sedang dalam pembinaan, bernama Aries dan Brevia ini. Satu jenis town villa, dan satu lagi jenis rumah teres. 

Residensi Lambaian Dua dijangka siap sepenuhnya pada April 2021. 

Ada 80 buah town villa dan 68 rumah teres berkonsep temporari sedang menunggu anda sebagai pemilik. 

Oh, sebelum Tok lupa. Residensi Lambaian Dua ini dibina atas tanah Freehold (Pegangan Kekal), berstatus kediaman (residential). 

2 jenis susun atur (layout) untuk anda pilih

Untuk setiap unit Aries, anda ada ruang tanah seluas 22 X 85 kaki. Setiap unit juga datang dengan 3 + 1 bilik tidur dengan 2 bilik air. 

Anda ada pilihan untuk pilih unit seluas 1,283 kaki persegi atau 1,418 kaki persegi dengan harga bermula pada RM450,000. 

Susun atur unit Aries

Untuk unit Brevia pula, setiap unit dibina dengan ruang rumah berkeluasan bermula 2,266 kaki persegi hingga 2,331 kaki persegi. 

Ruang tanah luar pula, berkeluasan 22 X 75 kaki. Dekat setiap unit, tersedia 4 + 1 bilik tidur, dan 4 bilik air untuk kegunaan anda dan ahli keluarga. Harga pula, bermula dari RM649,770. 

Susun atur unit Brevia

Dan bukan setakat ada gated & guarded saja ya. Anda juga ada akses ke rumah kelab (clubhouse), dengan tempat mengecas kereta eletrik anda. Selain tu, anda anda: 

  • Gimnasium terbuka (outdoor gym),  
  • Dek yoga (yoga deck),
  • Taman permainan kanak-kanak, 
  • Trek joging, 
  • Taman bersiar, 
  • Gezebo, 
  • Kolam renang kanak-kanak, dan
  • Kolam renang saiz dewasa. 

Di Residensi Lambaian Dua juga, tersedia kolam mini dan tasik yang pasti menggamit ketenangan anda sewaktu menetap di sini bersama keluarga.  

Dekat dengan pelbagai lebuhraya utama, mudah untuk ke mana-mana

Sumber gambar – klia2.info

Pasti ada yang tertanya: 

“Alamak, dekat Bangi. Jauh pula nak ke mana-mana.”

Maaf, anda silap kalau fikir macam tu. Anda boleh dapatkan suasana yang tenang, dan dekat dengan pelbagai kemudahan yang lengkap. 

Residensi Lambaian Dua, tak jauh untuk ke Stesen MRT Kajang dan stesen Komuter di Bangi. 

Untuk kemudahan lebuh raya pula, anda ada akses mudah untuk ke:  

  • Lebuhraya SILK, 
  • LEKAS, 
  • Lebuhraya PLUS (Utara-Selatan), 
  • Lebuhraya ELITE, dan
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). 

Tambah pula, anda juga dekat dengan bandar seperti Bandar Kajang, Putrajaya dan KLIA. Nak ke Kuala Lumpur pula, hanya sejauh 40 KM saja. Mudah untuk anda yang bekerja di kawasan ini. 

Beli kelengkapan rumah? Ini bukan lagi masalah

Sumber gambar – Hectarworld

Nak beli barang keperluan atau shopping, pun senang dekat sini. Anda boleh ke Econsave Bangi yang hanya mengambil masa 5 minit saja. 

Antara kompleks membeli-belah yang berdekatan Residensi Lambaian Dua seperti: 

  • KIP Mall Bangi, 
  • Bangi Gateway, 
  • EVO Mall Bangi, 
  • Kompleks PKNS Bangi, 
  • Giant Hypermarket Kajang, 
  • Plaza Metro Kajang, 
  • Tesco Extra Kajang, 
  • Alamanda Shopping Centre, dan
  • IOI City Mall. 
Sumber gambar – UKM

Nak hantar anak-anak belajar juga, tak jadi masalah bila menetap di sini. 

Antara yang tersedia untuk anda seperti: 

  • German-Malaysian Institute (GMI), 
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
  • Greenview Islamic International School Bangi, 
  • New Era University College, dan
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia French Institute (UniKL MFI). 

Kalau ada antara ahli keluarga tidak sihat, anda boleh hantar ke: 

  • KPJ Kajang Specialist Hospital, 
  • Hospital Islam Az-Zahrah, atau
  • Hospital Pakar An-Nur Hasanah. 

Macam Tok cakap tadi, semuanya lengkap tersedia di sini.

Berbaloi ke beli Residensi Lambaian Dua ini? 

Pada pendapat personal Tok, projek kediaman ini sesuai untuk anda yang ada keluarga besar (lebih dari 2 orang anak). Yang baru mulakan keluarga juga, pun boleh juga. 

Untuk anda yang ada bajet, tak rugi beli Residensi Lambaian Dua ini. Anda ada akses ke pelbagai kemudahan dan boleh beriadah dalam kawasan kediaman ini saja, tanpa perlu gerakkan kereta. 

Anda boleh menjalankan kehidupan tanpa perlu risaukan keselamatan keluarga. Kediaman gated & guarded dengan harga seperti ini, pasti berbaloi untuk dimiliki. 

Tok belum habis lagi. Ini satu lagi tawaran menarik untuk anda!

Tok nak kongsikan satu peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 13 Oktober 2019 (hari Ahad) bersama Faizul Ridzuan. Banyak data tentang pasaran hartanah yang korang pasti suka nak tahu.

Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

1 thought on “Residensi Lambaian Dua – Villa dan Teres kontemporari, dengan G&G (Gated & Guarded)

Leave a Reply

").after(c.lastChild)}d&&(f.id=d+"-script"),f.src=e,c.appendChild(f)})},TVE_Dash.send_ajax=function(b,c){a.ajax({url:tve_dash_front.ajaxurl,xhrFields:{withCredentials:!0},data:{action:"tve_dash_front_ajax",tve_dash_data:b},dataType:"json",type:"post"}).done(function(b){b&&a.isPlainObject(b)&&(b.__resources&&(b.__resources.css&&TVE_Dash.ajax_load_css(b.__resources.css),b.__resources.js&&TVE_Dash.ajax_load_js(b.__resources.js),delete b.__resources),a.each(b,function(a,b){if("function"!=typeof c[a])return!0;c[a].call(null,b)}))})},a(function(){setTimeout(function(){var d=new a.Event("tve-dash.load");return a(document).trigger(d),!a.isEmptyObject(b)&&(!(!tve_dash_front.force_ajax_send&&tve_dash_front.is_crawler)&&(TVE_Dash.send_ajax(b,c),void(TVE_Dash.ajax_sent=!0)))})})}(ThriveGlobal.$j)}catch(e){console.log(e)}