Razak City Residence – PERCUMA yuran penyelenggaraan selama 5 tahun?

Buat korang yang lalu dekat Jalan Sungai Besi, pasti korang perasan satu pembangunan yang berlaku dekat kawasan situ.

Lebih spesifik lagi, pembangunan tu dibina atas bekas tanah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

GH Masterclass

Lepas TUDM berpindah ke pengkalan baru di Sendayan, Negeri Sembilan, tanah ini dibuka kepada pemaju untuk dibangunkan.

Dan korang jugak pasti dah tahu, ini adalah kawasan Bandar Malaysia. Kawasan ini akan dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan, perdagangan, budaya, dan inovasi.

Buat yang tengah mencari rumah dekat kawasan ini, ada satu projek menarik yang Tok nak kongsikan dekat korang. Jemput hadamkan laju-laju.

Dibina seluas 22 ekar, dan dekat dengan Bandar Malaysia?

Projek yang Tok maksudkan tu, adalah Razak City Residences. Projek kediaman jenis apartmen servis di Bandar Malaysia ini, dibangunkan oleh Akisama Group.

Projek ini dibina atas tanah seluas 22 ekar, yang akan menempatkan unit kediaman sebanyak 5,748 yang dibina sebanyak 5 blok setinggi 48 tingkat.

Razak City Residences adalah berstatus Leasehold (Pegangan Sementara), dan dibina atas tanah berstatus komersial (Commercial).

Jumlah keseluruhan unit yang dibina pada setiap blok adalah sebanyak 1,150 unit, dan setiap tingkat akan ada sebanyak 24 unit. Setiap blok juga, akan tersedia 4 lif untuk kegunaan penduduk.

Selain unit kediaman, Razak City Residences juga menyediakan unit komersial (unit kedai) sebanyak 121 unit. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2022 akan datang.

Berapa jenis unit Razak City Residences yang ditawarkan?

Ada 3 jenis unit yang ditawarkan untuk pilihan korang:

Jenis A (800 kaki persegi)

Jenis A3 (845 kaki persegi)

Jenis B (1,045 kaki persegi)

Oh, satu lagi yang Tok lupa nak bagitahu. Setiap pembelian unit di Razak City Residences, korang akan dapat sebuah tempat letak kereta.

Apa fasiliti yang ditawarkan dekat sini? 

Contoh hiasan ruang tamu untuk unit Razak City Residences bersaiz 800 kaki persegi.

Kalau tanya fasiliti, memang macam-macam yang tersedia dekat sini. Antara kemudahan yang korang boleh gunakan seperti:

  • Kolam infiniti,
  • Children wading pool,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Dewan serba guna,
  • Gimnasium & fitness area.
  • Kafeteria,
  • Tadika,
  • Salon, dan
  • Dobi.

Pendek kata, semua ini tersedia lengkap untuk korang yang menjalani kehidupan bandar yang sibuk.

Dan korang tak perlu risau. Yuran penyelenggaraan (maintenance fee) Razak City Residences, murah saja. Hanya RM0.13 untuk setiap kaki persegi.

Apa tawaran ‘tak masuk akal’ untuk pembeli Razak City Residences? 

Ini yang paling Tok tak sabar nak kongsikan dekat korang.

Buat yang berminat nak dapatkan unit di Razak City Residences, tapi tak ada masa nak beli perabot, mereka ada buat tawaran ‘tak masuk akal’ khas untuk korang.

Korang boleh pilih untuk membeli unit yang lengkap dengan perabot siap-siap. Bawah ini adalah senarai barangan rumah dan perabot yang mereka sediakan:

  • Mesin basuh baju,
  • Microwave,
  • Unit televisyen,
  • Peti sejuk,
  • Unit pemanas air (untuk bilik mandi),
  • Unit penghawa dingin,
  • Kabinet dapur dengan hob,
  • Almari untuk bilik tidur,
  • Unit kipas untuk ruang tamu,
  • Langsir,
  • Meja makan dan kerusi,
  • Divan dan tilam (untk semua bilik tidur),
  • Sofa, dan
  • Meja kopi.

Bermakna, korang dah tak payah bersusah-payah beli perabot dan bawa pindah masuk rumah. Semuanya lengkap tersedia. Tinggal pindah masuk saja.

Apa kemudahan yang dekat dengan kawasan ini?

Sumber gambar – Sunway Property

Nak cari barangan runcit, keperluan harian, dan pilihan makan dan minuman yang baik dan pelbagai?

Ini pun tak jadi masalah kalau korang menetap dekat kawasan ini.

Terletak dekat dengan Bandar Malaysia, ada AEON Taman Maluri yang jauhnya lebih kurang 5KM. Tambah pula, ada Sunway Velocity Mall yang bertempat dalam kawasan yang sama.

Nak lagi? IKEA Cheras dan MyTown jugak tersedia. Terletak hanya sejauh kurang 4KM daripada Bandar Malaysia, korang ada akses mudah untuk ke sana.

Korang kaki shopping? Ada juga Mid Valley Megamall dan The Gardens yang terletak lebih kurang 8KM dari Bandar Malaysia. Nah, semuanya dekat belaka.

Tok tambah lauk sikit lagi. Buat yang bekerja dalam kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, korang boleh sampai ke sana dengan mudah. Hanya sejauh lebih kurang 7KM saja.

Nak ke mana? Semuanya mudah belaka

Razak City Residences dibina dekat dengan Bandar Malaysia, sebuah pembangunan berorientasikan transit (tansit-oriented development) yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Tambah pula, pembangunan ini terletak dekat dengan kawasan yang matang, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang cukup tersedia.

Bukan saja Bandar Malaysia ada jalan penghubung yang baik untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan bahagian selatan. Tapi juga dapat menikmati akses ke terowong SMART dan Putrajaya melalui Maju Expressway (MEX).

Bermakna, korang yang bekerja di Putrajaya juga boleh memilih untuk menetap di sini pada masa depan. Senang gila korang nak ke tempat kerja.

Anda berminat nak dapatkan unit Razak City Residences?

Kalau tanya pendapat Tok, Razak City Residences adalah kediaman apartmen servis yang sesuai untuk mereka yang sukakan kehidupan bandar. Tambahan pula, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas pelbagai.

Fasiliti yang disediakan juga, cukup lengkap dari pelbagai sudut. Memang senang untuk korang yang masih bujang, mahupun yang dah berkeluarga.

Pendek kata, tak rugi beli unit Razak City Residences.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak belanja lagi satu peluang emas. Ini memang tawaran yang cun untuk korang yang nak belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd dan GilaHartanah.com.

Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.

KLIK LINK INI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

Leave a Reply