Login

Register

Login

Register

Proton City – Bandar mandiri berkualiti, dengan rumah landed bawah RM350K

Mana nak cari rumah landed (atas tanah) baru di KL bawah harga RM350,000? 

Kalau korang ajukan soalan ni, pasti ramai yang akan jawab: 

“Kau tengah mimpi ke? Rumah macam tu harga RM500,000 ke atas je. Mana dapat harga tu sekarang. Kalau development baru, lagi jauh beza harga.”

Sebab tu, ramai yang ambil inisiatif dan beli rumah yang sedikit jauh di luar kawasan KL, seperti Negeri Sembilan dan sebagainya. 

Buat korang yang tengah mencari, Tok ada satu projek yang nak dikongsikan kat korang hari ini. 

Projek pembangunan bercampur, sesuai dengan gaya hidup masa kini

Unit Zora 1 tingkat di Proton City.

Projek yang Tok maksudkan tu, adalah Proton City, yang bertapak megah di kawasan Tanjung Malim. 

Proton City adalah pembangunan di atas tanah seluas 4,000 ekar dan dikira sebagai projek pembangunan bercampur (mixed development), yang menggabungkan fungsi kediaman, kawasan komersial dan perindustrian, serta pendidikan tinggi dalam satu tempat. 

Di sini juga akan menempatkan kilang pengeluar automotif yang terbesar di negara, Proton Plant, serta beberapa kilang vendor dan pembekal barangan Proton terus ke kilang induk. 

Antara jenis-jenis kediaman yang ditawarkan kat sini juga banyak. Ada rumah banglo, semi-detached (rumah bekembar), rumah teres 2 tingkat dan setingkat, serta apartmen untuk korang pilih. 

Proton City dibangunkan oleh Glenmarie Properties. Korang juga tak perlu risau tentang hal pemilikan, sebab semua rumah yang dibina kat sini berstatus freehold (pegangan kekal). 

Berapa jenis unit kediaman yang ditawarkan kat Proton City?

Unit 1 1/2 tingkat di Proton City.

Buat masa ni, hanya ada kediaman jenis teres yang diberi nama Zora yang masih dijual. Korang boleh pilih sama ada rumah teres 1 tingkat, atau rumah teres 2 tingkat. 

Dengan keluasan 1,000 kaki persegi, unit kediaman Zora 1 tingkat dijual pada harga RM318,000. 

Untuk unit teres 2 tingkat pula, dijual pada harga RM418,000 dan berkeluasan 1,500 kaki persegi. 

Unit Zora 1 tingkat mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Bagi unit yang 2 tingkat pula, ada 3 bilik dan 3 bilik air untuk kegunaan korang. 

Berikut adalah layout (susun atur) untuk unit Zora: 

Zora, Rumah Teres 1 Tingkat, 1,000 kaki persegi 

Zora, Rumah Teres 2 Tingkat, 1,500 kaki persegi 

Tok sediakan sekali video progress pembangunan Proton City yang terkini kat bawah ni:

Lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk kelangsungan hidup yang mantap

Sumber gambar – proton-city.com

Di Proton City, korang tak perlu risau tentang fasiliti. Ada banyak yang sudah tersedia untuk penduduk di sini. 

Antara fasiliti dan kemudahan yang akan korang nikmati seperti: 

  • Lot komersial (kedai runcit dan sebagainya), 
  • Tasik, 
  • Taman, 
  • Masjid, 
  • Sekolah, 
  • Kelab rekreasi, 
  • Tadika, dan sebagainya. 

Senang cerita, korang tak perlu susah-payah nak bawa kereta ke luar kawasan Proton City. Hampir semua telah lengkap tersedia. 

Sambungan lebuhraya dan kemudahan pengangkutan awam yang mantap

Sumber gambar – fiksyenshasha.com

Proton City hanya terletak 86.5KM daripada pusat bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk di sini boleh sampai ke KL dalam masa 1 jam 2 minit (menurut Google Maps) menerusi Lebuh Raya Utara – Selatan (E1). 

Korang boleh akses terus ke Proton City melalui Behrang Interchange atau Tanjung Malim Interchange. 

Kalau korang tak nak memandu, ada satu lagi alternatif. Korang boleh gunakan perkhidmatan KTM Komuter untuk ke Kuala Lumpur. 

Korang boleh pilih dari antara 2 stesen ini: 

  • Stesen KTM Behrang, atau 
  • Stesen KTM Tanjung Malim. 

Dengan kemudahan ini, korang boleh jimatkan kos tol dan minyak untuk ke Kuala Lumpur secara drastik. 

Ada satu lagi berita baik buat penduduk di Proton City. 

Korang bakal disajikan dengan kemudahan LRT Fasa 3 pada tahun 2030, yang bakal menyambungkan bandar Tanjung Malim ke Trolak Pekan. Bertambah mudah untuk korang ke sini. 

Apa kemudahan yang tersedia berdekatan Tanjung Malim? 

Berikut antara kemudahan lain yang lengkap tersedia kat sini: 

Sekolah dan Pusat Pendidikan Tinggi

UPSI Tanjung Malim. Sumber gambar – ismaweb.net
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Katoyang, 
  • Politeknik Sultan Azlan Shah,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik, 
  • Sekolah Menengah Khir Johari, 
  • Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, 
  • Sekolah Kebangsaan Methodist, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tan Sri Datuk Manikvasagam, 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sin, 
  • Sekolah Kebangsaan Proton City, 
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020. 

Pasaraya

Pasaraya Econsave. Sumber gambar – I Love Tanjung Malim (FB)
  • Pasaraya Grandbuy, 
  • Pasaraya Big Ten, 
  • Pasaraya TF Value Mart, 
  • Econsave Hypermarket (bertempat di Slim River).

Restoran dan cafe

Kedai Pau Yik Mun. Sumber gambar – KNizam Artwerk
  • KFC, 
  • Secret Recipe, 
  • Pizza Hut, 
  • Easy Cafe, 
  • Restoran Nasi Kandar 24 Jam, 
  • Restoran Pau Yik Mun, 
  • E-Place Cafe, 
  • Restoran Cupak, 
  • Nasi Ayam Farhani, 
  • Saudagaq Sup, 
  • Qalam Burger, 
  • Domino’s Pizza, 
  • CapeCafe, 
  • McDonalds Proton City (akan datang), 
  • Sarang Art Hub, 
  • Sinaran Kejora, 
  • Restoran Tanjung Malim. 

Bank

  • AmBank (M) Berhad, 
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, 
  • Public Bank Bhd, 
  • Bank Islam Bhd, 
  • Maybank Bhd, 
  • Bank Simpanan Nasional, 
  • Bank Rakyat, 
  • Agro Bank. 

Klinik dan Hospital Berdekatan 

Sumber gambar – wikimapia.org
  • Poliklinik Bakti Aminin @ Pusat Perubatan Bakti Aminin, 
  • Poliklinik Salehuddin, 
  • Hospital Slim River, 
  • Klinik Dr Azhar dan Rakan-Rakan, 
  • Klinik Kesihatan Tg. Malim, 
  • Klinik Nabilah (berhadapan UPSI), 
  • Klinik Dr. Mazlan (berhadapan Maybank), 
  • Klinik UPSI. 

Kemudahan Sukan dan Rekreasi 

Kompleks Sukan Proton. Sumber gambar – proton-city.com
  • Padang Bola Sepak / Ragbi, 
  • Kompleks Sukan PROTON Tanjung Malim, 
  • Gelanggang futsal Ulu Bernam, 
  • Padang Bola Sepak MDTM (Padang Club),
  • Tasik Proton City, 
  • Tasik Balun. 

Kalau kita tengok kat atas tadi, banyak kemudahan yang tersedia yang akan memudahkan kelangsungan hidup korang kat sini. 

Tanjung Malim sebagai bandar belia Komanwel pertama di dunia? 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ditemubual semasa lawatan ke tapak projek Youth City. Sumber gambar – bernama.com

Seperti yang ramai dah tahu, Tanjung Malim juga bakal dibangunkan menjadi bandar belia Komanwel pertama di dunia tidak lama lagi. 

Sebidang tanah seluas 9 hektar telah dikenal pasti bagi membina ibu pejabat Majlis Pemuda Komanwel dan Rangkaian Belia Komanwel ini. 

Ini akan menjadi pusat operasi dan menyediakan ruang kerja untuk organisasi antarabangsa, pejabat maya, kemudahan untuk bengkel dan aktiviti belia serta makmal bagi memanfaatkan kreativiti dan inovasi. 

Bandar ini juga akan mempunyai sistem teknologi tinggi seperti blockchain, analisis data, serta lengkap dengan ciri-ciri futuristik yang lain. 

Selain itu, bandar ini juga akan merangkumi hab inovasi, hotel perniagaan, suite SOHO dan rumah mampu-milik untuk para golongan belia. 

Tanjung Malim juga bakal menjadi hab sukan ekstrem yang pertama di negara ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).  

Pembangunan Bandar Belia ini dijangka siap menjelang 2023 nanti, dan kira-kira 40% telah siap dibina setakat ini. 

Projek ini diumumkan Putera Charles of Wales semasa Sidang Kemuncak Pemuda Komanwel pada November 2017, dan disokong oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Pusat Inovasi Pemuda Komanwel dan majlis pemuda tempatan Malaysia. 

Berbaloi ke beli rumah di Proton City? 

Dengan pembangunan yang semakin rancak, sudah pasti Proton City bakal menjadi pilihan ramai sebagai tempat kediaman, tak kira untuk yang masih bujang ataupun yang sudah bekeluarga. 

Kemudahan yang lengkap dengan akses ke lebuh raya yang baik, menjadi antara sebab Proton City bakal menjadi hotspot seterusnya dalam pasaran hartanah Malaysia – mungkin setanding dengan Forest City yang bertempat di Johor. 

Rumah di sini, masih lagi pada harga mampu-milik. Jadi, apa lagi yang korang tunggu? 

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu lagi tawaran menarik untuk anda! 

Tok nak kongsikan satu peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 23 Februari (Hari Ahad) bersama Tuan Faizul Ridzuan. 

Banyak data tentang pasaran hartanah yang korang pasti suka nak tahu.

Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. 

Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD (Hanya kurang 70 tempat duduk saja yang tinggal). 

Tok Penghulu

Read Previous

Sering tumpas dengan nafsu berbelanja? Patahkan ia guna 5 teknik berkesan ini

Read Next

Semua yang anda perlu buat untuk bank approve loan rumah (supaya boleh beli rumah berkali-kali)

Secured By miniOrange