Meta_City, Seri Kembangan – MRT2, hanya jarak jalan kaki sahaja?

Apa yang keluar dalam minda korang bila dengar perkataan ‘Seri Kembangan’?

Mungkin ada yang berpendapat, tempat ini terlalu jauh buat mereka yang bekerja di Pusat Bandar, atau kawasan lain yang seangkatan dengannya. 

Cuma pada Tok, tempat ni tak jauh mana pun. Dengan kemudahan pengangkutan awam dan akses ke lebuh raya utama yang pelbagai, mudah untuk korang ke mana-mana dari sini sekarang. 

Nah, buat yang tengah mencari kediaman baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, Tok ada berita baik untuk korang. 

Paling menarik, unit dekat sini dijual bermula pada harga bermula dari RM300,000 tau. Nak tahu lebih lagi, jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini. 

Projek pembangunan bercampur, untuk gaya hidup masa kini

Pembangunan kediaman bercampur, lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Projek yang Tok maksudkan adalah Meta_City, yang berdiri megah di tanah Seri Kembangan. 

Berkonsepkan pembangunan bercampur (mixed development), korang disajikan dengan kediaman seperti apartmen servis dan SOHO (Small Office Home Office). 

Kat sini juga, akan berdirinya sebuah pusat membeli-belah, unit pejabat, dan juga hotel. Fuh! 

Biasanya, projek pembangunan bercampur ni memang bertujuan untuk menarik golongan millenial (yang lahir tahun 1980 hingga awal 2000), sesuai dengan gaya hidup hip dan up-to-date mereka

Maka, pemaju Villamas MetaCity Sdn. Bhd. ambil keputusan membila pembangunan seperti ini untuk memenuhi permintaan ini. 

Meta_City adalah projek kediaman di atas tanah berstatus komersial, dengan jumlah unit kediaman sebanyak 1,452 unit pada 2 menara setinggi 38 tingkat ini. 

Menara pertama (Tower A) dijangka siap sepenuhnya 2023 nanti. 

“Berapa jenis unit yang ditawarkan di Meta_City ini?” 

Lounge Gym di Tower A Meta_City.

Meta_City Tower A menawarkan 3 jenis susun atur (layout) untuk korang pilih mengikut kesesuaian masing-masing. 

Berikut adalah layout yang ditawarkan: 

TYPE A (450 kaki persegi, 1+1 Bilik Tidur)

TYPE B (659 kaki persegi, 2+1 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)

TYPE C (864 kaki persegi, 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)

Dari sini, korang boleh nampak jelas yang Meta_City ini menyediakan pilihan kediaman untuk golongan bujang, mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga. 

Semuanya lengkap tersedia. 

Fasiliti mewah untuk gaya hidup masa kini (atau lebih?)

Gimnasium yang terletak di Tower A Meta_City.

Dah nama pun pembangunan bercampur, sudah pasti penduduk di sini bakal menikmati fasiliti yang terkini. 

Di LUX SOHO (Tower A) bertempat kat tingkat 5, antara fasiliti mewah yang tesedia seperti: 

Kolam renang di Tower A Meta_City.
  • Kid’s Pool
  • Swimming pool
  • Jacuzzi
  • Floating gym
  • Pool deck
  • Pool lounge, 
  • Play area
  • Retail
  • Office
  • Reading room
  • Games room
  • Surau, 
  • Changing room, dan 
  • Panty. 

Di Tower B atau LUX kat tingkat yang sama (tingkat 5), berikut adalah fasiliti yang lengkap untuk kegunaan korang sekeluarga: 

  • Kid’s Pool
  • Swimming pool
  • Jacuzzi
  • Cantilever gym, 
  • Basketball Play
  • Play area
  • Surau, 
  • Pool deck
  • Pool lounge, 
  • Retail
  • Event stage
  • Games room, 
  • Reading room
  • Laundry
  • Pantry, dan
  • Changing room. 

Akses mudah ke MRT2 dan pelbagai lebuh raya utama 

Stesen MRT2 Taman Putra Permai, betul-betul sebelah Meta_City. Sumber gambar – mymrt.com.my

Merujuk balik pada ayat dekat atas tadi, pasti ada yang tanya soalan seperti ni: 

“Seri Kembangan? Jauh sangat la tempat ni.”

Di Meta_City, korang ada akses terus ke stesen MRT2 Taman Putra Permai, yang terletak pada jarak kurang dari 200 meter (jarak berjalan kaki saja). 

Korang siap ada jambatan khas yang bersambung terus ke stesen MRT ni ya. 

Stesen MRT2 ni, terletak betul-betul di sebelah Meta_City. Bermakna, korang tak perlu risau untuk ke mana-mana tanpa perlu memandu ke tempat yang ingin dituju. 

Penduduk Meta_City boleh sampai ke Bandar Malaysia pada hanya 10 stesen sahaja. Untuk ke TRX pula, hanya ambil 13 stesen dan KLCC pada hanya 15 stesen sahaja. 

Korang boleh jimatkan kos minyak dan tol, dan juga mileage kereta. Tak perlu dah kerap ke bengkel kereta untuk tujuan maintenance. 

Nah, untuk lebuhraya pula, korang ada akses ke: 

Lebuhraya MEX. Sumber gambar – klia2
  • Lebuhraya LDP, 
  • Lebuhraya Putrajaya-KLIA,
  • Lebuhraya Puchong-Sungai Besi, 
  • Lebuhraya ELITE, 
  • Lebuhraya MEX, dan 
  • Lebuhraya SILK. 

Buat yang bekerja di Cyberjaya, Putrajaya atau KLIA, memang senang untuk ke sana. 

Ke Kuala Lumpur pun sama. Nak ke Balakong, Cheras, Bangi, Kajang, Semenyih, Puchong, Subang Jaya, USJ, pun mudah saja guna lebuhraya yang Tok sebutkan tadi. 

Dekat dengan pusat pendidikan, hospital, dan hab komersial

LimKokWing University. Sumber gambar – limkokwing.net

Antara pusat pendidikan yang terletak berdekatan dengan Meta_City seperti: 

  • Binary University College, 
  • Taylor’s International School, 
  • LimKokWing University, 
  • Multimedia University, 
  • Raflessia International & Private School, 
  • Lai Meng School, 
  • The Alice Smith International School, 
  • Kingstage International School, 
  • Universiti Putra Malaysia (UPM), 
  • KLIUC, 
  • UNITEN, 
  • Tantara International School, dan
  • Australian International School. 

Buat yang kaki shopping, korang boleh berjalan ke hab komersial berikut: 

IOI City Mall Putrajaya. Sumber gambar – www.kuala-lumpur.ws
  • IOI Mall, 
  • Aeon Equine Park, 
  • IOI City Mall, 
  • IOI Resort, 
  • Alamanda, dan 
  • The Mines. 

Kalau ada ahli keluarga yang sakit, korang juga boleh pergi ke hospital beikut dengan mudah: 

Hospital Putrajaya. Sumber gambar – ms.wikipedia.org
  • Hospital Putrajaya, 
  • Hospital Besar Serdang, 
  • Hospital UPM, dan
  • Columbia Asia Hospital. 

Kedai makan? Korang tak perlu risau sikit pun. Ada banyak pilihan yang ada dekat sini. Dari McDonalds, Pizza Hut, Domino’s, Papa Rich dan banyak lagi restoran-restoran lain yang boleh korang pilih. 

Jadi, berbaloi ke beli rumah kat Meta_City? 

Bahagian ruang tamu unit TYPE A.

Ini pendapat personal Tok. Meta_City ni, memang sesuai untuk korang yang masih bujang atau yang sudah bekeluarga yang suka gaya hidup terkini. 

Fi tempahan (booking fee) juga berpatutan, dan pelbagai pakej promosi yang menarik ditawarkan oleh pihak pemaju. 

Meta_City patut diberikan perhatian untuk pembeli rumah pertama atau mereka yang nak tambah koleksi rumah, sama ada untuk duduk sendiri atau kegunaan pelaburan.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu lagi tawaran menarik untuk anda!

Tok nak kongsikan satu peluang emas untuk korang yang nak tambah ilmu hartanah – secara PERCUMA! 

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah pada 3 November (hari Ahad) bersama Amir Kamarudin dan Amanda Chong. 

Banyak data tentang pasaran hartanah yang korang pasti suka nak tahu. Tok ada jelaskan isi kandungan apa yang akan dikongsikan dalam link di bawah ini. 

Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. 

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

Tok Penghulu

Read Previous

3 jenis pasaran hartanah yang orang baru patut tahu. Nak beli yang mana satu?

Read Next

Tip elakkan duit hangus beli hartanah “indah khabar dari rupa”