Melabur dalam hartanah dengan modal serendah RM100?

Seringkali orang kaitkan ‘profesion’ sebagai seorang pelabur ini hanya layak untuk mereka yang memegang portfolio jutaan ringgit, atau mudah kata, hanya terbuka untuk orang yang ‘have-have’ saja.

Dah 2019 ni, mohon buang dan lempar jauh-jauh set pemikiran demikian.

Harini Tok nak share artikel dari seorang anak muda yang punya visi dan misi mulia dalam menyedarkan anak muda khususnya berkenaan pengurusan kewangan dan aktif berkongsi ilmu kewangan di media sosial seperti Facebook dan Twitter.

GH Masterclass

Beliau adalah Faiz wahab. Tok rasa, remaja belia kebanyakan kenal atau ‘familiar’ dengan nama ni.

Nah, jemput baca dan sebarkan. Untuk sekelumit ilmu, meskipun dengan hanya mengetik butang kongsi, perkhabaran baik ini mungkin mampu mengubah nasib seseorang.

Yuk!

————————————————————————————————————————————————————

Ramai orang yang berminat nak melabur dalam hartanah tetapi mereka tidak mempunyai modal yang besar.

Tahukah anda boleh mula untuk melabur dalam hartanah dengan modal tak sampai RM100?

AWAS!!! Ini bukan skim cepat kaya atau skim rumah pasang siap kena cari downline dan jana income bulanan.

Ini merupakan satu pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan dikawal selia oleh badan berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti.

Dengan REITs, anda boleh melabur hartanah dengan modal tak sampai RM100.

REITs bermaksud Real Estate Investment Trust. Business model untuk REITs adalah mudah. Syarikat membeli hartanah kemudiannya disewakan kepada penyewa.

Contoh kes Al-Salam beli bangunan MYDIN dan sewakan kepada MYDIN Holding Bhd disiarkan dalam akhbar TheStar 4 Oct 2017.

 

Al-Salam Real Estate Investment Trust

“(REIT) is buying a Mydin double-storey hypermarket in Gong Badak, Kuala Terengganu, for RM155mil in cash.”

“Johor Corp’s unit Damansara REIT Managers Sdn Bhd, which manages the Islamic REIT, told Bursa Malaysia that AmanahRaya Trustees Bhd, acting on behalf of Al-Salam REIT, had on Monday inked a conditional agreement with Mydin Wholesale Cash and Carry Sdn Bhd to acquire Mydin Hypermarket Gong Badak.”

“The three-years-old hypermarket includes 796 car park bays (634 covered parking bays and 162 surface car parking bays).”

“On completion of the proposed acquisition, the property will be leased back to Mydin Mohamed Holdings Bhd for a period of 30 years with a 5% rent increment every two years.”

Read more here.

Dengan pembelian bangunan ini, Al-Salam merupakan pemilik kepada bangunan tersebut. Sebagai pemilik bangunan, Al-Salam boleh menyewakan bangunan tersebut kepada mana-mana syarikat atau individu.

Dalam transaksi ini, pihak Al-Salam menyewakan bengunan tersebut kepada MYDIN Holding Bhd.

Daripada hasil sewaan inilah yang membolehkan syarikat Al-Salam untuk menjana pendapatannya. Selain daripada bangunan MYDIN tersebut, Al Salam juga mempunyai aset yang disewakan bagi sektor berikut :

 

  • Office
  • Retail mall
  • Food and beverages

 

Hasil keuntungan sewaan daripada keseluruhan portfolio Al-Salam akan diberikan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen. Sebagai sebuah REITs, Al-Salam perlu membayar 90% daripada keuntungan kepada para pelabur.

 

 

Ini merupakan harga seunit saham Al- Salam REITs. Untuk membeli saham ini, anda perlulah membeli dalam bentuk gandaan 100 unit. Oleh itu, modal minimum untuk melabur dalam syarikat ini adalah

RM0.82 x 100 unit = RM82

Dengan modal RM82 sahaja anda boleh menjadi sebahagian daripada pemilik bangunan MYDIN Terengganu dan hartanah yang dimiliki oleh Al-Salam REITs.

Terdapat 18 REITs yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Boleh rujuk SINI untuk senarai penuh.

Disclaimer: Ini bukanlah buy call kepada mana-mana pelabur. Kajian kes yang ditunjukkan adalah untuk memudahkan pemahaman kepada para pembaca. Penulis dan pemilik laman ini tidak bertanggungjawab kepada apa-apa kerugian atau keuntungan yang dibuat oleh pelabur.

Tok cadangkan korang ke laman web si Faiz ni untuk tahu dengan lebih terperinci. Klik sini.

148 Shares

Leave a Reply