M Centura – Apartmen servis mampu-milik, hanya 5KM ke Pusat Bandaraya

Sekarang ni, cukup susah nak cari rumah pada harga yang berpatutan. Lebih-lebih lagi kalau rumah tu dekat dengan Pusat Bandaraya.

Kalau tengok harga pasaran sekunder (rumah second hand) pulak, harga boleh tahan mencanak.

Hampir berputus asa? Nanti dulu.

Buat korang yang sedang mencari rumah yang ada ciri-ciri ini, Tok ada satu projek ‘baik punya’ nak kongsikan dekat korang.

Terletak pada jarak hanya 5KM ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, ini satu projek kediaman jenis apartmen servis yang wajib tersenarai dalam pilihan korang.

Apartmen servis dalam bandar yang matang

Projek yang Tok maksudkan adalah M Centura. Mesti korang pernah dengar nama projek ini, kan?

Berlokasi di Jalan Sentul Pasar, Sentul, Kuala Lumpur, banyak kemudahan yang dah tesedia dekat sini. Ini sebab Sentul dikategorikan sebagai sebuah bandar yang matang.

M Centura dibina atas tanah berstatus Freehold (Pegangan Bebas) dan akan beroperasi sebagai kediaman berstatus komersial (Commercial Title).

Pembangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021.

Projek kediaman berkonsepkan apartmen servis ini dibangunkan oleh Mah Sing, salah sebuah pemaju yang tidak asing lagi di Malaysia.

Kediaman high-rise (rumah bertingkat) dengan teknologi terkini

Sebanyak 1,413 unit kediaman akan dibina dalam 2 buah menara setinggi 47 tingkat di M Centura.

Korang tak perlu risau. Sebanyak 6 lif akan dibina dalam setiap menara untuk mengelakkan kesesakan sewaktu peak hour (waktu puncak).

Apartmen servis ini juga akan dibina dengan konsep ‘penjimatan tenaga dan elemen hijau’ (energy efficient and green element).

Setiap kediaman akan dipasang lengkap dengan kaca berlamina (laminated glass) untuk mengurangkan haba dan pencemaran bunyi dalam rumah.

Selain itu juga, M Centura menggunakan rainwater harvesting system dan buat korang yang gunakan kereta eletrik, stesen pengecas (EV charging station) juga disediakan di sini.

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh jangkakan kebersihan pada tahap maksima bila menetap dekat sini.

M Centura menggunakan sistem pembuangan sisa berpusat (automated waste disposal system) yang teratur untuk kemudahan penduduk. Inisiatif bijak ini mengurangkan penggunaan ruang, mengurangkan jejak karbon (carbon footprints) dan penyelenggaraan.

Kediaman ini juga dilengkapi dengan sistem sekuriti 3-peringkat yang terkini untuk memastikan keselamatan penduduk.

Berbeza dengan sistem interkom konvensional, pengunjung yang masuk ke perkarangan M Centura akan diuruskan menggunakan aplikasi smartphone. Canggih gila!

Apa jenis unit yang ditawarkan di M Centura?

Ada 3 jenis unit kediaman yang korang boleh pilih:

Jenis A – 646 kaki persegi, 2 bilik tidur dan 1 bilik air, 1 tempat letak kereta (Unit yang cepat terjual)

Jenis B – 850 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, 1 atau 2 tempat letak kereta

Apa pula kemudahan yang tersedia di M Centura?

Kalau nak cerita pasal kemudahan, memang banyak yang tersedia dekat sini.

Dek fasiliti seluas 1 ekar akan dibina dan ini menjadi salah satu tarikan M Centura. Bayangkan, 1 ekar tu. Besar gila!

Antara kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan seperti:

  • Kolam panjangan Olmpik seluas 50-meter.
  • Gim terapung (floating gym).
  • Dewan serbaguna (dengan 4 gelanggang badminton).
  • Ruang kerja (co-working space).
  • Kolam renang kanak-kanak.
  • Taman permainan kanak-kanak.
  • Tempat barbeku.
  • Pavilion.
  • Taman buaian (hammock garden).
  • Kolam SPA.
  • Amphitheater.
  • Dobi.
  • Surau, dan lain-lain lagi.

M Centura juga terletak berhampiran dengan:

Pusat Kesihatan

Sumber gambar – https://www.myhealthcare.xyz
  • Sentul Medical Centre (4 KM),
  • KPJ Tawakkal Hospital (5 KM),
  • Kuala Lumpur General Hospital (5.5 KM).

Pusat Membeli-Belah

Sumber gambar – visionkl.com
  • Sunway Putra Mall (5 KM),
  • Giant Hypermarket Batu Caves 5.5 KM),
  • Setapak Central (6 KM),
  • Publika Shopping Gallery (7 KM).

Tadika dan Sekolah Rendah

  • Taska Ana (2 KM),
  • Tadika Judes (4.5 KM),
  • Tadika Senyum Manis (5.5 KM).

Sekolah Rendah

  • SJK (C) Sentul Pasar Peng Ming (1 KM),
  • Sekolah Kebangsaan Sentul 1 (1.5 KM),
  • Sekolah Kebangsaan Sentul 2 (2 KM),
  • Religious Primary School Sentul Pasar (2 KM),
  • SK Convent Sentul 1 (2.5 KM),
  • SK Convent Sentul 2 (2.5 KM),
  • SJK (C) Sentul (3 KM),
  • SK Methodist Sentul (3.5 KM),
  • Sekolah Kebangsaan Batu Muda (3.5 KM),
  • SJK (C) Chi Man (3 KM),
  • Sek. Keb. Kampung Batu (4.5 KM),
  • SJK (C) Lai Chee (6.5 KM),
  • SJK (C) Khai Chee (6.5 KM),
  • SJK (C) Mun Choong (6 KM),
  • Sek. Keb. Sri Delima (6.5 KM).

Sekolah Menengah

  • Wesley Methodist School KL (International) (3 KM),
  • SMK Batu Muda (2.5 KM),
  • Convent Sentul Secondary School (5 KM),
  • SMK La Salle Sentul (4 KM),
  • SMK Bandar Baru Sentul (3.5 KM),
  • SMK Perempuan Jalan Ipoh (3.5 KM),
  • Chong Hwa Independent High School (6 KM),
  • Methodist Boys’ School Sentul (MBS) (3.5 KM).  

Institut Pengajian Tinggi (Kolej dan Universiti)

  • Pusat Latihan Innovasi SKALI (1.5 KM),
  • Kuala Lumpur Business School (KLBS) (3.5 KM),
  • International Islamic College (4 KM),
  • Tunku Abdul Rahman University College (5.5 KM).

3 lebuh raya untuk kemudahan penduduk M Centura

Sumber gambar – KLIA2

Bab lokasi, M Centura boleh dikatakan terletak di tempat yang strategik. Mana tidak. Jarak untuk ke Pusat Bandar dari sini hanya 5 KM saja.

Tambah pula, perbandaran Sentul yang sudah mencapai tahap matang. Bermakna, kemudahan yang ada di sini cukup lengkap tersedia.

Antaranya, korang ada akses ke 3 lebuhraya ini:

  • Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) (1.5 KM),
  • Middle Ring Road 2 (MRR2) (5.6 KM), dan
  • Karak Highway (Lebuhraya Karak) (7.5 KM).

Selain itu juga, peduduk M Centura ada akses berdekatan dengan beberapa pengangkutan awam seperti:

  • KTM Kampung Batu (2.8 KM),
  • Stesen LRT Sentul Timur (2.6 KM),
  • KTM Sentul (2.6 KM), dan 
  • KTM Batu Kentonmen (3.7 KM).

Kesemua stesen ini terletak dalam jarak 3 KM daripada M Centura. Untuk ke stesen yang berhampiran, ada perkhidmatan shuttle disediakan.

Dalam jarak 10 KM dari sini, korang boleh sampai ke bandar jiran seperti Setapak, Wangsa Maju, dan juga Mont Kiara. Siapa yang kerja dekat tempat yang Tok sebutkan ni, amat sesuai untuk menetap di M Centura.

Ini pandangan Tok tentang M Centura

Pada pendapat personal Tok, M Centura adalah projek kediaman yang berbaloi dan cukup mantap dari pelbagai sudut.

Buat yang sedang mencari kediaman pertama dan dekat dengan Pusat Bandar, pastikan M Centura termasuk dalam senarai pilihan korang.

Pada harga bermula RM350,000, sudah pasti kediaman ini berada dalam bajet korang yang baru mendirikan rumah tangga.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu tawaran untuk anda

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak Mah Sing. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Tempah tempat duduk dengan klik gambar di bawah ini sekarang:

Leave a Reply