Login

Register

Login

Register

M Adora, Wangsa Melawati – Kondominium di tengah bandar

| |

“Tok, ada lagi ke rumah bawah RM600,000 sekarang ni?”

Kalau korang ada terfikir soalan yang sama, maknanya korang tengah baca artikel yang betul. Korang mesti suka apa yang bakal Tok kongsikan hari ni. 

Dengan harga hartanah yang semakin mahal, ramai yang masih tercari – cari deal hartanah yang menarik. Wangsa Melawati, kawasan yang tidak asing lagi. 

Lengkap dengan kemudahan pengangkutan awam dan lebuh raya, kawasan ini antara yang di intai oleh mereka yang nak beli hartanah. 

Ciri – ciri ini ada pada projek yang Tok bakal kongsikan dalam artikel ini. Jemput hadamkan artikel ini sampai habis. 

Projek kediaman kondominium sesuai dengan gaya hidup terkini 

Projek hartanah yang Tok maksudkan awal – awal tadi adalah M Adora, yang terletak megah di Wangsa Melawati. 

Keluasan projek kediaman ini adalah 4.5 ekar. 

“Senang tak kalau nak pergi mana-mana dari M Adora ni nanti?

Kalau bab lokasi, M Adora sangat strategik. Korang ada beberapa akses lebuhraya dan juga pengangkutan awam seperti:

  • 9 km ke pusat bandar Kuala Lumpur 
  • Lebuhraya MRR2 (800m)
  • Lebuhraya DUKE
  • Lebuhraya AKLEH
  • Setiawangsa Pantai Expressway (SPE) (Dijangka siap pada 2020)
  • Sri Rampai LRT Station (1.8km)

Berapa jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di M Adora? 

Ada tiga jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di M Adora ni. Berikut adalah layout yang korang boleh pilih: 

Jenis A (850 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air)

Jenis B (1000 kaki persegi, 3 + 1 bilik tidur dan 2 bilik air)

Jenis C (1200 kaki persegi, 4 bilik tidur dan dual key)

Dari pilihan layout yang ada ni, korang boleh pilih yang mana sesuai dengan strategi pembelian hartanah korang sama ada untuk duduk sendiri atau sebagai pelaburan. Tepuk poket, tanya apa planning masing – masing.

Kemudahan yang sudah tersedia ada 

#1 : Pusat membeli-belah

Melawati Mall. Sumber gambar : capitaland.com 

  • Wangsa Walk Mall
  • Aeon Big Wangsa Maju
  • Aeon Alpha Angle
  • KL East Mall
  • Setapak Central Mall

#2 : Pusat pendidikan 

TAR College. Sumber : freemalaysiatoday.com

  • Fairview International School
  • UTM Kuala Lumpur
  • Sri Utama International School
  • SJK(C) Wangsa Maju
  • SMK Taman Seri Rampai

#3 : Pusat rekreasi

  • Klang Gates Quartz Ridge 
  • Zoo Negara

#4 : Hospital

  • Columbia Asia Hospital 
  • Gleneagles Hospital

Macam mana pula dengan tahap keselamatan dekat M Adora ni?

Bagi Tok, tahap keselamatan M Adora ni bagus. Ianya gated & guarded dengan tiers security system 1. Dilengkapi dengan CCTV dan juga ada 24/7 kawalan sekuriti. 

Untuk lif lobby pula, hanya penduduk saja dibenarkan. Malah ada juga lif khas.

Apa lagi kelebihan kepada pembeli M Adora?

Penduduk di M Adora ada kelebihan untuk install smart community system (via MY Mah Sing app). Melalui aplikasi ini, penduduk boleh buat: 

  • Menempah kemudahan yang ada di M Adora
  • Pendaftaran tetamu
  • Permohonan untuk kontraktor dan renovation
  • Kemaskini pembinaan yang telah dijadualkan 
  • Pengurusan penyewa 
  • Servis selanggara rumah 
  • Live chat dengan Mah Sing

Seperti yang korang sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan HOC telah kembali dan akan berkuat kuasa mulai Jun 2020.

Kelebihan dari Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020

HOC 2020 menawarkan faedah yang sama seperti tahun lepas. Antaranya adalah:

  1. Pengecualian duti setem pada instrumen pindah milik (Instrument of Transfer) dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah kediaman yang berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta (tertakluk kepada sekurang-kurangnya 10% diskaun diberikan oleh pemaju).
  2. Pengecualian instrumen pindah milik (Instrument of Transfer) adalah terhad kepada RM1 juta pertama dari harga hartanah. Pengecualian duti setem penuh akan diberikan pada perjanjian pinjaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani antara 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

Jadi, berbaloi ke beli M Adora? 

Pada pendapat Tok, M Adora sesuai untuk mereka yang masih tercari – cari deal rumah yang menarik dan juga yang mahu memiliki rumah pertama. Harga jualan rumah yang menarik menjadikan projek ini sesuai untuk yang layak. 

Rumah ini juga boleh disewakan dan dapat menjana pendapatan pasif. Paling kurang, korang dah ada sebuah rumah pelaburan dalam tangan. 

Cuma, elakkan daripada mengambil kata – kata Tok ni sepenuhnya. Jadikan artikel ini sebagai panduan dan buat kajian korang terlebih dahulu sebelum membeli. Sangat penting untuk korang buat kajian supaya korang tak tersilap langkah. 

Previous

Gaji ‘basic’ tak lepas nak buat loan rumah? Strategi pendapatan proksi ini akan tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda

Tak tahu nak beli rumah baru, atau rumah second hand?

Next