Login

Register

Login

Register

Lake Point Residence – Kondominium mewah berkepadatan rendah di Cyberjaya

Dengan harga kediaman di Pusat Bandar yang semakin mahal, ramai yang mengambil keputusan untuk beli rumah di kawasan yang sedikit jauh. 

Tapi, kena ambil kira juga jarak dan masa perjalanan untuk ke tempat kerja. Masalah ini boleh diatasi dengan akses ke lebuhraya yang lengkap dan sempurna. 

Lagi padu, dapat beli rumah tu bawah harga RM500,000. 

Anda sedang mencari kondominium berstatus Freehold di Cyberjaya? 

Nah, Tok ada satu projek yang nak dikongsikan kepada anda. Jemput hadamkan laju-laju. 

Dibangunkan oleh antara pemaju terkemuka dunia

Projek kediaman high-rise yang Tok maksudkan, adalah Lake Point Residence yang bertempat di Cyberjaya. 

Lake Point Residence ini dibangunkan oleh Eastern Corridor Sdn Bhd, yang menjadi anak syarikat hak-milik penuh YanJian Group Malaysia Sdn Bhd

YanJian Group adalah syarikat kejuruteraan dan pemaju yang terkenal di China, dan dinobatkan sebagai antara 250 kontraktor terkemuka di dunia.  

Dikelilingi dengan ruang lapang yang luas, taman-taman untuk beriadah bersama keluarga, dan taman komuniti lengkap dengan trek joging sepanjang 674 meter, Lake Point Residence sesuai untuk anda yang bekeluarga. 

Nak tahu lagi? Hanya sebanyak 187 unit kediaman saja dibina di blok 2 setinggi 29 tingkat, yang menjadikan Lake Point Residence ini sebagai kediaman low-density (berkepadatan rendah). 

Kondominium dengan status Freehold, lengkap dengan sistem keselamatan terkini

Oh, Tok lupa nak bagitahu satu perkara penting. 

Buat anda yang tertanya-tanya, kondominium ini dibina atas tanah Freehold (Pegangan Kekal) dan berstatus kediaman (Residential). Jadi, anda tak perlu pening bayar bil ikut tarif komersial ya.

Lake Point Residence lengkap dengan sekuriti gated & guarded, siap dengan fungsi keselamatan multi-tier (pelbagai peringkat), pengawasan CCTV, komuniti berpagar dan dijga, rondaan pengawal keselamatan, perimiter berpagar, dan intercom audio. 

Bayangkan, anda menetap dalam kawasan township seluas 13.07 ekar, dengan pemandangan tasik yang menarik. 

Terletak betul-betul sebelah Taman Tasik Cyberjaya (Cyberjaya Lake Gardens), kondominium ini menawarkan gaya hidup seperti di resort peranginan. 

Apa jenis unit kediaman yang ditawarkan di sini? 

Ada 3 jenis susun atur (layout) yang anda boleh pilih: 

  • Jenis J/J1, 968 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air,

  • Jenis K/K1, 1,054 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, 

  • Jenis L/L1, 1,210 kaki persegi, 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 

Apa fasiliti yang tersedia di Lake Point Residence? 

Dekat dalam kawasan Lake Point Residence ini, tersedia sebuah clubhouse yang menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti untuk kegunaan anda sekeluarga. 

Antara yang tersedia seperti: 

  • Dewan serbaguna, 
  • Bilik mesyuarat, 
  • Pejabat pengurusan, 
  • Kedai serbaneka, 
  • Kafeteria, 
  • Gimnasium, 
  • Bilik permainan kanak-kanak, 
  • Bilik bacaan, 
  • Bilik sauna dan mandi wap, 
  • Kolam renang,
  • Kolam renang kanak-kanak, dan 
  • Taman permainan kanak-kanak. 

Di bahagian podium pula, anda disediakan dengan fasiliti seperti: 

  • Surau, 
  • Bilik Audio-Visual, 
  • Pusat penjagaan kanak-kanak, 
  • Bilik yoga, 
  • Bilik golf dan ping pong, 
  • Bilik persalinan, 
  • BBQ, 
  • Stesen senaman, 
  • Gelanggang tenis, dan
  • Gelanggang squash. 

Banyak kemudahan yang disediakan untuk anda beriadah bersama keluarga. Memang mantap! 

Rangkaian sambungan lebuh raya yang mantap

Sumber gambar – klia2

Lake Point Residence juga terletak dekat kedudukan yang agak strategik. Bermakna, senang untuk anda ke mana-mana yang anda suka. 

Anda ada akses mudah ke lebuh raya utama seperti: 

  • Lebuh raya ELITE, 
  • Maju Expressway (MEX), 
  • Putrajaya Link, 
  • Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP),
  • Lebuh raya PLUS, dan juga
  • Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE). 

Anda juga boleh sampai ke Kuala Lumpur dalam masa 30 minit saja dari sini (bergantung kepada keadaan trafik semasa). 

Untuk ke Putrajaya dan KLIA pula, masing-masing mengambil masa 20 minit dan 40 minit saja. Senang untuk anda yang bekerja dekat sana.

Tak cukup dengan itu, anda juga ada kemudahan MRT di sini. Ada 2 stesen yang akan dibina di sini – Stesen S34 Cyberjaya dan juga S35 Pusat Bandar Cyberjaya. Perkhidmatan MRT ini dijangka akan beroperasi seawal 2022 nanti. 

Pusat membeli-belah yang dekat belaka

Sumber gambar -ssfhome.com

Kalau jenis yang suka shopping pula, anda boleh ke pusat membeli-belah seperti: 

  • D’Pulze Shopping Mall, 
  • GEM IN Mall, 
  • Shaftbury Square, 
  • Tamrind Square, 
  • Skypark Mall, dan 
  • IOI City Mall di Putrajaya. 

Dekat IOI City Mall, terdapat macam-macam aktiviti bersama keluarga yang tersedia. Antara yang anda boleh lakukan seperti: 

  • Menonton wayang di Golden Screen Cinemas (GSC), 
  • Aktiviti ekstrim seperti wall climbing di District21, dan
  • Gelanggang luncur ais. 
Sumber gambar – limkokwing.net

Cyberjaya juga menyediakan pelbagai pusat pembelajaran untuk anda pilih seperti berikut: 

  • LimKokWing University of Creative Technology, 
  • Cyberjaya University College of Medical Science, 
  • Kirkby International College, 
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Cyberjaya, 
  • Sekolah Menengah Cyberjaya, dan 
  • ELC International School. 

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat sini?

Pada pandangan personal Tok, Lake Point Residence boleh jadi kediaman high-rise yang sesuai untuk pelbagai peringkat, tak kira yang masih bujang atau yang sudah berkeluarga. 

Apa yang Tok nampak, golongan profesional yang bekerja di kawasan Putrajaya, Puchong, Seri Kembangan, dan KLIA adalah mereka yang patut berikan perhatian kepada kediaman ini. 

Yang pasti, Tok yakin anda boleh jalankan kehidupan yang bagus di sini bersama ahli keluarga. Kalau nak tempat yang tidak terlampau sibuk dengan hiruk pikuk bandar, Lake Point Residence mungkin untuk anda. 

Tok ada satu lagi tawaran menarik untuk anda!

Tok nak kongsikan satu peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 26 Oktober 2019 (hari Sabtu) bersama Faizul Ridzuan. Banyak data tentang pasaran hartanah yang korang pasti suka nak tahu.

Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

Tok Penghulu

Read Previous

“Makin hari, makin tua. Tapi simpanan kau tak ke mana”

Read Next

10 matlamat kewangan anak muda wajib ada. Ikut nasihat lelaki ini

Leave a Reply