Kenapa Perjanjian Sewa Sangat Penting Bila Nak Menyewa?

| |

“Ok ke aku main sewa je tanpa hitam putih, kalau tiba-tiba tuan rumah suruh aku keluar macam mana?”

“Korang masuk minggu depan kira jadilah nak sewa rumah abang, sewa bulanan macam yang abang cakap hari tu.”

Kalau anda perhatikan dialog di atas, anda nampak keadaan orang yang ingin menyewa rumah dan tuan rumah yang ingin sewakan rumah. Kedua-duanya menggunakan mulut sahaja untuk menyewa rumah tanpa apa-apa hitam putih. 

Okay ke kalau tiada sebarang perjanjian? Okay kalau tiada sebarang masalah berlaku. Tapi sebagai penyewa, masalah timbu apabila tuan rumah menaikkan sewa tanpa apa-apa notis. Tuan rumah tak salah, sebab tiada disebut pun tentang kenaikan kadar sewa. 

Bagi tuan rumah pula, akan menjadi masalah apabila penyewa tiba-tiba lari ataupun rosakkan kelengkapan rumah.

Nak atasi masalah ini adalah dengan menyediakan perjanjian sewa rumah yang sah. Bermakna mereka perlukan satu dokumen untuk ditandatangani sebagai bukti aktiviti sewaan rumah telah terjadi. 

Kenapa perjanjian sewa rumah ini penting? 

#1 : Penentuan harga sewa dan deposit

Sebelum nak sewa rumah, anda mestilah kena tahu dulu harga sewa bulanan dan deposit yang sesuai dengan bajet. Melalui perjanjian sewa rumah juga, anda akan dapat pastikan berapa kadar sewa di masa hadapan. 

Katakanlah tempoh sewaan bulanan bagi tahun pertama adalah RM600. Selepas setahun kadar sewa akan disemak semula dan diubah mengikut budi bicara tuan rumah. Hal ini akan mengelakkan sewa rumah naik secara tiba-tiba. 

Bagi deposit pula, tuan rumah akan jadikan sebagai cagaran jika ada kelengkapan rumah yang rosak. Dalam perjanjian sewa rumah, anda harus lihat sama ada deposit akan dikembalikan ataupun tidak selepas tamat tempoh sewaan. Lihat juga ada tak syarat-syarat khas bagi pemulangan deposit. 

#2 : Keluar masuk penyewa 

Benda ni tuan rumah kena sentiasa alert. Ini kerana pernah juga terjadi penyewa mengundang rakannya untuk turut sama-sama menyewa tanpa mengetahuan tuan rumah. Hal tersebut akan memberi kesan kepada tuan rumah apabila tidak dapat bayaran deposit . Malah jika ada apa-apa kelengkapan rumah yang rosak, penyewa lain terpaksa menanggung akibatnya.

Bagi penyewa pula, beritahu dulu tuan rumah jika anda ingin sewakan bilik sebagai contohnya kepada rakan anda. Lihat dulu sama ada tuan rumah benarkan ataupun tidak. Kalau main langgar sahaja, berkemungkinan untuk anda dihalau keluar adalah tinggi.

#3 : Pertukaran tuan rumah

Melalui perjanjian sewa rumah juga penyewa dapat menyemak apa status sewaan jika pemilikan rumah bertukar tangan. Andai kata pemilik rumah menjual rumah sewaan ataupun meninggal dunia, lihat dulu terma dalam perjanjian. 

Jika perjanjian sewa masih sah selepas pertukaran hak milik, anda boleh terus tinggal di situ. Jika sebaliknya, tuan rumah boleh letakkan terma mungkin dalam tempoh dua bulan untuk penyewa cari rumah baru.  

#4 : Perkara yang boleh buat anda dihalau keluar

Tahukah anda, tuan rumah tidak berhak untuk menghalau anda tanpa apa-apa alasan yang munasabah. Malah tuan rumah juga tidak boleh datang ataupun menukar kunci sesuka hati. 

Namun begitu, tuan rumah ada hak berbuat demikian jika anda melakukan masalah yang mengganggu ketenteraman awam. Sebagai contoh, anda membawa rakan bukan sejantina ke dalam rumah sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kejiranan. Untuk itu tuan rumah berhak tamatkan terus perjanjian sewa rumah dan anda akan dihalau keluar. 

#5 : Bukti sewaan rumah

Akhir sekali, perjanjian sewa rumah akan menjadi bukti kukuh jika terjadi apa-apa isu di antara tuan rumah dan penyewa di masa hadapan. 

Sebagai contoh dalam klausa perjanjian, tidak tertulis bahawasanya amaun sewa akan dikurangkan. Gaji anda pula ketika itu telah ditolak kerana syarikat terjejas akibat PKP. Anda boleh duduk berbincang dengan tuan rumah untuk kurangkan sedikit amaun sewa.

Walau bagaimanapun, tuan rumah berhak mengekalkan harga sewa kerana anda telah tandatangani perjanjian yang menyatakan tiada pengurangkan amaun sewa. Samalah juga jika yang terjadi adalah sebaliknya. 

Apa-apapun Tok nak ingatkan sebelum turunkan tandatangan, pastikan anda semua baca segala terma dalam perjanjian sewa rumah. Halaman demi halaman. Jika terjadi sesuatu di masa hadapan, anda dan tuan rumah boleh merujuk kembali kepada perjanjian tersebut. Isu-isu berbangkit juga akan dapat diselesaikan secara diplomasi antara tuan rumah dan penyewa.  

Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Previous

Bank tak tengok CCRIS dan CTOS je untuk luluskan loan rumah. Ini perkara yang ramai orang tak tahu

“Kenapa ada orang beli rumah, dia rugi dan kenapa ada orang beli rumah, dia untung?”

Next