PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Apa yang ada dekat Iskandar Malaysia, Johor?”

Nak baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris (English)Klik sini sekarang.

Bukan satu kerja mudah nak membeli rumah. Tok yakin, korang semua dah tahu perkara ini.

Macam-macam faktor penting yang kita kena ambil kira. Ini termasuk bab nak bayar down payment (kalau korang beli rumah kategori second hand, atau subsale), atau duit booking (wang pendahuluan).

Ada satu lagi perkara yang pada Tok, sangat mustahak untuk korang fikirkan sebelum membeli – bab memilih kawasan.

Hal ni, wajib korang kaji sebaik mungkin. Kalau tak, kelak akan makan diri korang balik. Nah, Tok dah pesan siap-siap ya.

Dan buat korang yang nak beli rumah dekat kawasan Iskandar Malaysia, Tok nak belanja maklumat yang patut korang ambil tahu. Jemput hadamkan laju-laju.

Bakal jadi pusat pertumbuhan ekonomi terbesar menjelang 2025

Sumber gambar Propertygeek.my

Sumber gambar – Propertygeek.my

Sebelum Tok masuk lebih lanjut tentang kawasan Iskandar Malaysia, bagus untuk korang tahu serba sedikit tentang sejarah kawasan ini.

Iskandar Malaysia, atau dulu dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region), adalah sebuah koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian Selatan Johor.

Koridor ini diumumkan oleh bekas perdana menteri ke-5, Tun Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, koridor ini diberi nama Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER). Pada 4 November 2006, nama koridor ini bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Kemudian pada 11 April 2008, nama tempat ini ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia yang kekal sehingga hari ini.

Iskandar Malaysia akan menjadi sebuah pusat petumbuhan ekonomi terbesar di rantau ini. Bila dah siap nanti, keseluruhan kawasan ini akan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura.

Tempoh pebangunan pula, akan mengambil masa sehingga tahun 2025. Kos pembangunan pula, memerlukan sebanyak RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% dalam tempoh 5 tahun pertama.

Iskandar Malaysia merangkumi kawasan seluas 2,216.3 km persegi di Selatan Johor, meliputi Johor Bahru, Senai-Kulai, Gelang Patah-Pontian, dan Pasir Gudang-Tanjung Langsat.

Macam-macam kemudahan tersedia di sini?

Sebab pembangunan Iskandar Malaysia termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia ke-9, korang boleh jangkakan pembangunan yang pesat di kawasan ini pada masa akan datang.

Dan salah satu tarikan selain pilihan hartanah dari segmen low-cost (kos rendah), medium-cost (kos sederhana) sehingga high-cost (hartanah premium) yang ada dekat kawasan ini, korang juga disediakan dengan kemudahan yang pelbagai.

Tok akan jelaskan kemudahan yang ada dekat sini satu-persatu mengikut Zon masing-masing.

Sumber gambar Booking.com

Doubletree oleh Hotel Hilton. Sumber gambar – Booking.com

Dekat bahagian Zon perdana Iskandar Malaysia (Zon A), antara kemudahan yang tersedia termasuk:

  • Taman Aktiviti Angry Bird,
  • Pusat membeli-belah Komtar JBCC,
  • Doubletree oleh Hotel Hilton, Johor Bahru,
  • Bangunan Simpanan Nasional, dan banyak lagi.

Antara projek lain yang terletak dalam zon yang sama, seperti:

  • Mid Valley Southkey Megamall,
  • Astaka Padu @ Bukit Senyum,
  • Columbia Asia Hospital Tebrau,
  • Hilton Garden Inn Hotel, dan
  • Thompson Medical Specialist Centre.

“Apa projek pembangunan yang dah siap di Iskandar Malaysia?”

Untuk pengetahuan korang, banyak projek yang dah siap dibina di Zon B, bertempat di bahagian Selatan Johor.

Sumber gambar Legoland Malaysia

Hotel Legoland. Sumber gambar – Legoland Malaysia

Ini termasuk:

  • Educity @ Iskandar,
  • Bio-Xcel Malaysia,
  • Puteri Harbour,
  • Legoland Malaysia,
  • Pinewood Iskandar Malaysia Studio,
  • University of Reading Malaysia, dan projek kediaman yang pelbagai.

Senarai bawah ini pula adalah projek-projek yang sedang dalam pembinaan (under construction):

  • Sunway Iskandar International School,
  • Johor Darul Ta’zim Sports City,
  • Puteri Harbour Convention Centre,
  • Nusajaya Downtown,
  • Litar perlumbaan FASTrack Iskandar.
Sumber gambar EdgeProp.my

Forest City. Sumber gambar – EdgeProp.my

Dekat Zon C yang terletak di bahagian Barat Johor pula, antara pembangunan yang ada adalah:

  • Stesen janakuasa Tanjung Bin,
  • Forest City,
  • Sunway @ Pendas,
  • Resort kesihatan Sungai Pulai.

Di Zon D dekat bahagian Timur pula, ada 5 projek pembangunan yang telah siap:

  • Renaissance Hotel,
  • Pelabuhan Tanjung Langsat,
  • Taman Industri Tanjung Langsat,
  • Boulevard @ Permas Jaya, dan
  • City of Knowledge @ Bandar Seri Alam.

Dalam zon yang sama juga, antara pembangunan yang dalam pembinaan termasuk:

  • Johor Halal Park,
  • Sime Darby Business Park, dan
  • Senibong Cove.
Sumber gambar Lipstiq.com

Johor Premium Outlet. Sumber gambar – Lipstiq.com

Berikut adalah antara projek pembangunan yang telah siap dalam zon yang sama (Zon D) di kawasan Senai-Skudai:

  • Johor Premium Outlet (JPO),
  • Senai Technology Park,
  • Senai Hi-Tech Park,
  • i-Park @ Indahpura,
  • i-Park @ Senai Airport City,
  • Setia Business Park,
  • Eco Business Park,
  • Synergy Cloud Data Centra (Fasa Pertama), dan
  • Kilang Hershey Malaysia.

Ramai ke beli hartanah di Iskandar Malaysia?

Menurut laporan berita The Star Online, Johor menempah tempat ke-2 dalam transaksi pembelian hartanah selepas negeri Selangor.

Laporan NAPIC merekodkan sebanyak 10,058 transaksi berjumlah RM4.33 bilion dalam kawasan Iskandar Malaysia yang merangkumi bandar utama seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, dan Kulaijaya, dengan 3,995 transaksi.

Ini diikuti dengan Kluang sebanyak 745 transaksi, Batu Pahat sebanyak 521 transaksi, dan Muar sebanyak 480 transaksi.

Ini bermakna, sentimen rakyat untuk membeli hartanah di negeri ini semakin baik berbanding tahun terdahulu.

Mereka yang akan (atau sedang) bekerja di negara Singapura, akan tertumpu untuk membeli hartanah di sini berbanding di negara jiran itu. Tambahan pula, sekarang ni dah ada Laluan Ke-2 Malaysia-Singapura. Bertambah mudah nak ke sana.

Jadi, okay ke beli rumah dekat sini?

Lengkap dengan pelbagai kemudahan yang tersedia, Iskandar Malaysia wajib menjadi pilihan buat pembeli, tak kira sama ada untuk pelaburan atau kegunaan sendiri.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak kongsikan peluang untuk korang yang nak belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA.

Serius, korang 100% tak perlu bayar apa-apa. Cuma perlu daftar untuk tempah tempat duduk sahaja.

Jemput datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan di Forest City Sales Gallery pada hari Sabtu ini (24 November 2018).

Tempat duduk adalah terhad. Jadi siapa cepat daftar, dia dapat belajar.

Klik gambar bawah ini untuk mendaftar sekarang:

WhatsApp Image 2018 11 18 at 23.20.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *