Irama Residensi SIGC – Kediaman superlink mewah di Seremban

Tok yakin, semua orang ada pasang impian untuk beli rumah kediaman jenis atas tanah (landed). 

Tapi dengan rata-rata harga rumah yang semakin menggila, impian ini seperti sukar dicapai. 

Tok setuju dengan kenyataan dekat atas tadi. Tapi kalau korang usaha cari lagi, pasti akan jumpa rumah atas tanah pada harga yang berpatutan. 

Adalah tugas Tok untuk sampaikan kepada korang projek yang memiliki ciri-ciri ini. Dan kali ini, projek yang Tok maksudkan bertempat di Seremban, Negeri Sembilan. 

Korang berminat nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok pada hari ini. 

Seremban – Betul ke tempat ‘jin bertendang’?

Sumber gambar – Firdaus Zulfaa (Twitter)

Sebelum kita masuk tentang projek yang dimaksudkan, kita akan masuk bab yang Tok paling excited nak cerita – kawasan. 

Mungkin ada yang fikir macam ni: 

“Apa la yang ada dekat Seremban tu? Bukan tempat ‘jin bertendang’ ke?”

Tok tak suka nak hampakan korang. Tapi kalau masih ada yang fikir macam ni, maaf. Korang silap. 

Kawasan Seremban, Negeri Sembilan sekarang sudah jauh berkembang pesat berbanding dulu. 

Buat korang yang selalu gunakan Lebuhraya Utara Selatan, korang boleh nampak macam-macam projek perumahan yang sedang dibangunkan. 

Dan dari Seremban juga, tak ambil banyak masa untuk ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sekarang ni, ramai je orang yang tinggal di sini dan masih bekerja di Kuala Lumpur. 

Lagipun, korang ada kemudahan pengangkutan awam seperti bas dekat laluan Seremban-Kuala Lumpur. Setiap hari, ada lebih 40 trip sehari ya. 

Kalau korang tak nak memandu pun, boleh. Boleh jimatkan penggunaan kilometer kenderaan. Bermakna, korang tak payah hantar kenderaan servis secara kerap. Boleh jimat banyak di situ. 

Seremban dan Rancangan Malaysia ke-11

Sumber gambar – in deep tots

Ini satu lagi poin ‘baik punya’ buat korang yang masih menganggap Seremban sebagai kawasan kampung yang masih mundur (belum membangun). 

Seremban termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV).

Ini merupakan rancangan koridor ekonomi yang meliputi 108,000 hektar termasuk kawasan Seremban, Port Dickson, dan Negeri Sembilan. 

Bermakna, korang akan lihat kawasan ini ada potensi untuk lebih membangun pada masa akan datang. 

Selain tu, Seremban juga ada akses mudah ke jaringan lebuhraya seperti: 

  • NSE (North-South Expressway), 
  • ELITE Expressway, 
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), 
  • MEX (Maju Expressway), 
  • Nilai-KLIA Highway, 
  • Lebuhraya Damansara-Puchong, 
  • SKVE (South Klang Valley Expressway). 

Boleh kata, Seremban berpotensi menjadi kawasan ‘hot’ dalam masa 5 hingga 15 tahun akan datang. Jangan kata Tok tak payung korang awal-awal. 

Rumah yang sesuai untuk ‘kaki golf’? 

Sekarang, tiba masa untuk Tok cerita tentang projek kediaman mewah ini.

Projek yang Tok maksudkan ini, diberi nama Irama Residensi SIGC. 

Irama Residensi SIGC adalah sebuah projek kediaman dalam township yang dibangunkan dalam tanah seluas 41 ekar, lengkap dengan pemandangan semulajadi yang cukup menawan. 

Tambah pula, ada padang golf 9-lubang (Seremban International Golf Club) yang terletak bersebelahan dengan Residensi SIGC ini. 

Buat korang yang ‘kaki menebas,’ pasti suka menetap dekat sini. Tak perlu keluar jauh-jauh untuk bermain golf dah. Dekat je, dah sampai. 

Ini satu lagi maklumat yang suka Tok nak tambah. 

Kediaman dekat sini, mengambil konsep resort yang sudah pasti memberikan aura ketenangan pada penduduk setempat. Boleh rasa seperti bercuti, padahal korang duduk di rumah sendiri. Best, kan? 

Dengan hanya 78 unit kediaman jenis superlink 2 tingkat yang sedang dibina (dan dijangka siap pada April 2020). Tok dapat tahu, yang banyak unit dah terjual dan hampir sold out

Apa kemudahan yang dekat dengan Irama Residensi SIGC? 

Dekat sini, korang boleh jangkakan pelbagai kemudahan yang siap tersedia. Antaranya seperti: 

Pusat kesihatan 

Sumber gambar – hts.my

Antara yang dekat dengan kediaman ini adalah: 

  • Senawang Specialist Hospital (6KM),
  • Hospital Tuanku Jaafar (10KM),
  • Sehat Wellness & Medical Centre (12KM),
  • Pusat Perubatan NSCMH (13KM),
  • KPJ Specialist Hospital (15KM),
  • Columbia Specialist Hospital (17KM).

Pusat membeli belah dan kawasan rekreasi 

Sumber gambar – Cartoola
  • Stadium Paroi (1KM),
  • Komplekas Sukan Paroi (1.5KM), 
  • Plaza Angsana [Urban Transformation Centre] (3KM), 
  • KIP Mart Senawang (6KM), 
  • Giant Senawang (7KM), 
  • Mydin Senawang (8KM), 
  • Tesco Seremban Jaya (8KM), 
  • X-Park Sendayan. 

Pusat pendidikan 

Sumber gambar – brad.erva-doce.info
  • Keb. Paroi (1.5KM),
  • Men. Keb. Panchor (5KM),
  • Men. Keb Warisan Puteri (6KM),
  • Perguruan Raja Melewar (6.5KM),
  • Kolej MARA Seremban (7KM),
  • Men. Sains Tunku Munawir (8KM). 

Kediaman mewah pada harga mampu-milik 

Korang mesti fikir, projek ini khas untuk golongan elit je, kan? 

Jawapan Tok, tak. Semua orang boeh memiliki kediaman berkonsepkan resort yang mewah ini. 

Kalau nak ikutkan, susah nak dapat hartanah jenis landed (atas tanah) dengan harga ini dekat Kuala Lumpur. Rumah teres pun, belum tentu lagi. 

Tapi ini bukan lagi masalah kalau korang beli Irama Residensi SIGC. 

Sebelum Tok masuk bab harga, bawah ini adalah senarai kemudahan yang disediakan dekat Irama Residensi SIGC: 

  • Kolam renang, 
  • Gimnasium, 
  • Kawasan BBQ, 
  • Taman permainan kanak-kanak, 
  • Amphitheatre, 
  • Trek jogging, 
  • Gazebo, 
  • Gelanggang bola keranjang, 
  • Gelanggang futsal, 
  • Taman rekreasi, 
  • Tasik. 

Dengan keluasan tanah sebesar 24’ X 80’ kaki persegi, memang cukup luas untuk menjadi kediaman yang selesa untuk sebuah keluarga. 

Unit yang ditawarkan pula, berkeluasan 2,988 kaki persegi yang menempatkan 4 + 1 bilik, lengkap dengan 4 bilik air. Kawasan dapur juga ada 2, dapur kering dan dapur basah. 

Kalau korang jenis yang risau tentang bab sekuriti, tak perlu lagi. Irama Residensi SIGC adalah kediaman yang juga berkonsepkan gated and guarded. 

Lengkap dengan sekuriti 24-jam, sistem kamera litar tertutup, kad akses, sistem interkom, dan butang panik jika berlaku sebarang insiden kecemasan, korang dah tak payah pening kepala pasal keselamatan korang dan keluarga. 

Diskaun menarik menanti anda yang berminat

Harga asal rumah jenis superlink 2 tingkat ini, harga asalnya ditawarkan pada RM738,888. 

Tapi, nanti dulu. Tok tak habis cerita lagi. 

Untuk pembeli Bumiputera, korang akan dapat diskaun 18%. Untuk bukan Bumiputera juga, akan terima diskaun 13%. 

Bermakna dengan diskaun sebanyak 18%, korang boleh memiliki kediaman Irama Residensi SIGC dengan harga istimewa – RM605,888 saja! 

Bukan itu saja ya. Korang tak perlu pening kepala nak bayar yuran guaman dan duti setem. Semua ini ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. 

Tak cukup dengan itu, korang jugak akan dapat kelab keahlian SICG (yang bernilai ribuan Ringgit) secara PERCUMA. 

Tak nak terlepas peluang untuk dapatkan semua tawaran ini? Jemput isi maklumat korang dengan klik gambar bawah ini laju-laju: 

13 Shares

Leave a Reply