Login

Register

Login

Register

Gaya hidup moden, ketenangan alam Tiara Sendayan

| |

Reka bentuk dan konsep kediaman di Tiara Sendayan menepati ciri-ciri rumah impian kebanyakan  orang. 

Anda sedang mencari sebuah rumah idaman. Rumah dengan persekitaran kondusif untuk anak-anak  membesar dan selesa didiami sehingga meniti usia senja.

Antara ciri-ciri yang sering menjadi pilihan  selalunya ialah kediaman bertanah, lengkap dengan fasiliti dan kemudahan moden untuk gaya hidup  seharian namun pada masa sama menawarkan persekitaran tenang, damai serta terasing daripada  kesibukan kota. 

Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah lokasi serta harga berpatutan berdasarkan suasana  pasaran masa kini.

Tiara Sendayan terletak di lokasi strategik di kawasan selatan Lembah Klang. 

Sekiranya anda berminat dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku di kawasan selatan  Lembah Klang, projek Tiara Sendayan di bawah pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd.  wajar dipertimbangkan.

Terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan di daerah Labu, Negeri Sembilan, Tiara Sendayan meliputi kawasan seluas 295 ekar (119.38 hektar) yang dibahagikan  kepada sembilan presint termasuk premis komersial. 

Central Park merupakan tempat riadah terbaik buat penduduk Tiara Sendayan, membantu  memberikan keseimbangan buat pemilik dalam soal kerjaya, gaya hidup dan keluarga. 

Antara ciri eksklusif Tiara Sendayan ialah elemen hijau yang cuba diterapkan pemaju. Selain tanaman  pokok hiasan di sepanjang jalan, kemudahan Central Park seluas 12 ekar (4.85 hektar) menjadi  antara daya tarik utama projek pembangunan ini. 

Ia dilengkapi gelanggang futsal dan bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, trek joging serta  rumah pokok.

Lokasi tersebut turut mempunyai unsur air serta kawasan lapang yang menggamit  sekeluarga beriadah dan bersantai. Pemandangan menarik di tepi tasik ditambah fasiliti serba indah  juga sesuai dijadikan lokasi fotografi.

Antara kemudahan yang disediakan di Central Park Tiara Sendayan

Tiara Sendayan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban-Port  Dickson dan KLIA Linkage.  

Selain itu, kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan membolehkan  penduduk Tiara Sendayan akses mudah kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran, seperti  d’Tempat Country Club, Sekolah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan,  Klinik Kesihatan Sendayan serta Masjid Sri Sendayan yang kesemuanya berada pada jarak tujuh kilometer atau kurang. 

Dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik perhatian pembeli, tidak hairanlah setiap penawaran  kediaman di Tiara Sendayan sebelum ini mendapat sambutan hangat dengan lima presint yang  dilancarkan sebelum ini telah habis dijual dalam tempoh dua tahun.

Bilik utama Gacella mempunyai pencahayaan semula jadi yang baik untuk memberi ketenangan  dan suasana rehat buat pemiliknya

Untuk tahun 2020, Tiara Sendayan menawarkan fasa baharu pembangunannya, Gacella, iaitu  perumahan teres moden dua tingkat terletak di presint enam.  

Orang ramai yang berminat dengan jenis kediaman ini boleh memilikinya pada harga mampu milik,  bermula daripada RM498,888 sahaja. 

Kediaman ini cukup selesa untuk didiami dengan luas binaan bermula daripada 2,174 kaki persegi  (201.97 meter persegi). Gacella dilengkapi dengan empat bilik tidur yang boleh dipelbagaikan  fungsinya selain sebagai kamar beradu serta tiga bilik air. 

Kediaman selesa dan luas sesuai untuk mereka yang berkeluarga 

Dengan potensi peningkatan nilai hartanah yang tinggi hasil gabungan pelbagai faktor termasuk  lokasi strategik kira-kira 22 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, status pegangan bebas, reka bentuk kediaman moden dan kemudahan asas lengkap, penawaran terbaharu  Tiara Sendayan ini semestinya sesuatu yang sukar untuk dilepaskan. 

Pembeli juga bakal menerima pelbagai promosi menarik untuk tempoh terhad. 

Anda mencari rumah landed di bawah harga RM500K?

Buat korang yang sedang mencari rumah landed, Tok ada satu projek nak kongsikan dekat korang. 

Korang boleh pilih unit berkeluasan antara 2,174 kaki persegi hingga 2,568 kaki persegi.

Projek ini sesuai untuk korang yang mencari kediaman landed. 

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH UNIT ANDA SEKARANG

Previous

9 sebab popular bank reject loan rumah anda

5 port makan menarik yang korang harus cuba di Shah Alam

Next