Forest City Golf Resort Villa – Kediaman mewah, lengkap dengan pemandangan indah

Buat yang minat main golf, anda mungkin suka dengan apa yang Tok bakal kongsikan kali ini.

Lengkap dengan pemandangan yang unik, indah, serta terletak di kedudukan geografi yang menarik, ini adalah kediaman berkonsepkan vila yang pasti memukau perhatian sesiapa yang memandang.

Dan bukan setakat kaki golf semata-mata. Bahkan, sesiapa yang hendak menghuni bersama keluarga juga mampu terpikat sama.

Tambah pula, projek ini di bina dekat lokasi yang terkenal di mata dunia.

Tok tak nak buang masa anda lagi. Jemput selami perkongsian Tok ini.

Apa sebab orang membeli hartanah jenis villa golf?

Tak kira kalau kita bercakap dari segi reka bentuk atau kelengkapan, vila golf boleh dikelaskan sebagai hartanah yang mempunyai kelasnya yang tersendiri.

anda pergi dekat mana-mana pun, persepsi kebanyakan masyarakat kepada hartanah jenis ini adalah tinggi.

Ia menggambarkan gaya hidup yang serba mewah, dengan elemen binaan yang menawan, serta menjadi simbol kemewahan.

Cuma, hartanah jenis ini bukan sekadar sebagai alat untuk menunjukkan kekayaan seseorang. Tetapi lebih kepada mempersembahkan kebolehan manusia mengatasi norma dari sudut binaan, reka bentuk, dan kreativiti.

Pendek kata, hartanah jenis ini adalah sebuah karya seni. Dan hanya mereka yang tahu menghargai akan sedar akan nilai yang mereka dapatkan apabila menetap di hartanah seperti ini.

Berpengalaman bina lebih 300 projek hartanah?

Sebelum Tok masuk lebih mendalam tentang Forest City Golf Resort Villa, izinkan Tok kongsikan serba sedikit tentang pemaju yang membangunkan projek ini.

Projek ini dikelolakan oleh Country Garden Pacificview, yang merupakan sebuah anak syarikat Country Garden Group.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1992 di China, dan mereka adalah antara nama pemaju yang terkemuka di dunia. Nama mereka tersenarai dalam Hong Kong Stock Exchange, dan mereka adalah pemaju ke-6 terbesar di negara itu daripada segi jualan (sales revenue).

Mereka menempa nama sebagai pemaju yang telah membangunkan lebih daripada 300 projek hartanah berkualiti tinggi di seluruh dunia.

Country Garden Pacificview juga adalah nama yang bertanggungjawab membangunkan Teluk Danga (Danga Bay) dan juga projek berstatus mega, Forest City di tanah Iskandar Malaysia.

Forest City, Iskandar Malaysia – Bandaraya yang melangkaui masa depan

Forest City, sebuah perbandaran berkonsep pengunaan bercampur (mixed use) terletak di antara Malaysia dan Singapura, adalah sebuah bandar pintar ekologi meliputi kawasan seluas 30 KM persegi di Iskandar Malaysia.

Bandar ini di bina atas 4 pulau yang ditebus (reclaimed island) di Iskandar Malaysia, dan diiktiraf sebagai zon ekonomi khas di bawah Rancangan Malaysia ke-9.

Bandar ini juga akan menghubungkan Singapura dan Malaysia, yang boleh diakses melalui tanah dan air.

Projek ini diasaskan oleh Country Garden Pacificview Sdn Bhd (sebuah syarikat subsidiari Country Garden Group) dengan kerjasama Esplanade Danga 88 (EDSB), sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ).

Forest City adalah di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dan terletak dalam mukim Gelang Patah di Kampung Tanjung Kupang, bersebelahan Perlabuhan Tanjung Pelepas.

Bandaraya ini juga dijangka akan menjadi hub ekonomi, perkilangan, teknologi, perkhidmatan dan sektor kewangan pada masa akan datang.

Nak tahu lebih lanjut apa yang ada dalam kawasan Iskandar Johor? Klik sini untuk baca.

Projek kediaman ini, seluas lebih 8KM persegi?

Sekarang, tiba masa untuk Tok kongsikan tentang Forest City Golf Resort Villa.

Keseluruhan projek kediaman mewah ini dibina seluas lebih 8KM persegi, yang terdiri daripada:

  • Kawasan hotel golf (golf hotels),
  • Vila golf (golf villa),
  • Kawasan pameran (exhibition areas), dan
  • 3 padang golf 18-lubang yang mengikut standard antarabangsa.

Pada ketika ini, Padang Golf Legacy dan hotel golf bertaraf 5-bintang telah dibuka pada 1 September 2018.

Pembinaan lapangan golf ke-2 dan ke-3 juga sudah bermula, dan ini dijangka akan menarik minat peminat golf dari seluruh pelusuk dunia untuk datang dan menikmati pengalaman bermain golf di sini.

3 jenis unit kediaman untuk anda pilih

anda boleh pilih daripada 3 susun atur (layout) yang menepati citarasa anda:

Jenis V120

Jenis V160

Jenis V380

5 nilai teras Forest City Golf Resort (yang anda wajib tahu)

Country Garden Pacificview serius dalam memastikan produk mereka mencapai jangkaan pelanggan.

Berikut adalah 5 nilai teras (core value) mereka dalam membina Forest City Golf Resort Villa ini:

#1: Menempa nama sebagai pusat komuniti global

Di Forest City Golf Resort Villa, anda bukan sekadar bermain golf semata-mata.

Projek ini juga merupakan pusat peranginan antarabangsa untuk pelbagai fungsi seperti aktiviti sukan, hiburan, kediaman, dan juga sebagai tempat mesyuarat perniagaan bersepadu.

Ada 3 padang golf yang mengikut standard antarabangsa dan kluster vila (villa clusters), yang menempatkan lapangan golf 18-lubang yang direka oleh Jack Nicklaus dan juga pereka padang golf terkenal yang lain.

Bermakna, keluar saja dari rumah anda, boleh terus main golf. Siapa kaki golf, memang akan suka tinggal dekat sini.

Di samping itu juga, ada jambatan yang boleh diakses secara mudah dalam masa 15 minit yang akan membawa anda ke 4 pulau dalam kawasan Forest City.

Selain itu, terdapat juga pusat komersil gaya pesisir (coastal-style commercial streets), hotel mewah, taman air, dan lain-lain untuk memastikan gaya hidup yang kekal menarik di sini.

#2: Peluang buat warga negara jiran memiliki hartanah mewah (pada harga jauh lebih murah)

Beberapa tahun yang lepas, Singapura telah menjadi salah sebuah pasaran antarabangsa yang paling popular dan mahal.

Harga rumah disini meningkat hampir 80% (mengikut data kerajaan mereka).

Namun harga rumah kini telah jatuh dalam tempoh 2 tahun yang lalu, berikutan kesan kerajaan mereka mengenakan sekatan terhadap gadai janji (mortgages) dan warga asing dalam hal membeli hartanah untuk mengawal pasaran.

Menurut polisi pembelian hartanah untuk warga asing, pelabur dan pembeli dari luar negara perlu membayar sehingga 18% duti setem, yang merendahkan kebolehan membeli rumah untuk mereka.

Warga asing hanya boleh membeli hartanah (apartmen townhouse) di Sentosa Cove, dan harga seunit boleh mencecah sehingga SGD 5 juta (lebih daripada RM15,275,500.00).

#3: Menyediakan hartanah jenis freehold

Projek di kawasan Forest City adalah berstatus freehold (pegangan bebas).

Ini bermakna, hartanah, tanah (land), dan sumber mineral tanah di kawasan ini boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

#4: Lokasi pembangunan yang cukup strategik

Dari perspektif lokasi, Forest City Golf Resort Villa terletak dalam linkungan kawasan koridor ekonomi yang paling  pesat berkembang di Malaysia – Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) yang terletak bersebelahan dengan Singapura.

Pada ketika ini, Iskandar Malaysia telah menarik pelaburan perindustrian dari Singapura lebih daripada SGD 4.2 bilion (kira-kira RM22 bilion).

Sejak pembangunan ini, Iskandar Malaysia telah membawa peningkatan langsung sebanyak dari segi GDP untuk Johor Bahru.

Dalam masa 10 tahun akan datang, ia dijangka akan mengekalkan peningkatan kadar KDNK sebanyak 8%, yang jauh lebih tinggi berbanding 4,6% peningkatan yang dijangka di Singapura.

Di antara semua vila golf di serata dunia kecuali Forest City Golf Resort dan Sentosa Cove di Singapura, tiada vila golf lain yang bukan sahaja dapat menikmati pemandangan laut yang hebat, padang golf bertaraf antarabangsa dan persekitaran yang cantik.

Pada masa yang sama juga, kedudukan projek ini juga menyediakan akses mudah dan cepat ke pusat kewangan global, pusat perdagangan, dan juga pusat hiburan.

Forest City Golf Resort hanya berjarak 10 minit memandu dari Forest City, membolehkan anda mendapat akses cepat ke Linkedua, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, dan bandar-bandar global yang lain.

#5: Pusat kediaman buat golongan elit

Forest City telah dibuka selama kira-kira 2 tahun, dan pencapaian setakat ini boleh dikira luar biasa. Mereka berjaya menarik pembeli lebih daripada 30 buah negara.

Pada masa akan datang, tempat ini bukan sahaja akan menjadi sebuah metropolis dan pusat ekonomi yang pesat berkembang, tetapi juga menjamin persekitaran hidup yang mantap serta menyediakan pusat pendidikan terbaik untuk anak-anak anda.

Di samping itu, sukan golf dengan kelengkapan yang serba lengkap, pasti akan menarik puluhan ribu golongan elit dari serata dunia.

Perniagaan, hubungan sosial, dan jaringan (networking) bersama penduduk yang lain boleh dibangunkan secara sempurna di sini.

Dengan suasana kehidupan antarabangsa dan keadaan hidup yang matang dan elegan, sudah pasti ini tempat yang cukup sesuai untuk anda sekeluarga.

Berminat nak dapatkan unit vila di sini?

Pada pendapat Tok, projek kediaman ini menepati citarasa mereka yang suka kehidupan di bandar dan sukakan menikmati perkara baru dalam hidup mereka.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan, Forest City Golf Resort Villa wajib disenaraikan dalam hartanah pilihan anda.

Alang-alang anda dah baca sampai sini, Tok juga nak jemput anda hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada Sabtu ini.

Ini peluang anda belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA. 100% tak perlu bayar apa-apa. Hanya perlu mendaftar untuk tempah tempat duduk saja.

Cuma, tempat duduk adalah terhad (kurang daripada 9 tempat duduk). Jadi siapa cepat daftar, dia dapat belajar.

Jemput klik gambar bawah ini untuk mendaftar sekarang:

24 Shares

Leave a Reply